CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 729|Reply: 23

Cik Epal, Dewi 'Bercakaran'

[Copy link]
Post time 29-4-2025 12:34 AM | Show all posts |Read mode


PERSONALITI media sosial, Cik Epal mengejutkan ramai dengan mendakwa dia dicederakan isteri kepada bekas suaminya.


Perkara itu dikongsi menerusi laman Instagram pada petang Isnin.


"Bet*** hamak ni cakar dan lukakan mata aku. Ini la pasangan penyondol yang hamak barang-barang aku," tulisnya.


Menerusi video singkat yang dikongsi, kelihatan Emira Delyati atau Dewi menghempas pintu rumah ketika Cik Epal sedang membuat rakaman video.


Turut kelihatan dalam video itu adalah bekas suaminya, Jofliam.




Terdahulu, Cik Epal berkongsi di Instagram Story tentang rancangannya untuk berkunjung ke rumah pasangan itu.Ia bertujuan mengambil semula barang-barang miliknya yang masih berada dalam kediaman berkenaan.


Antaranya adalah set pinggan mangkuk, pakaian, perabot dan jam tangan yang dibeli ketika dia masih bergelar isteri kepada Jofliam.


Dalam pada itu, Jofliam menerusi Instagram Story pula berkata dia akan berkongsi kronologi kejadian dalam masa terdekat.


Jelasnya, dia juga mempunyai rakaman serta dokumen lengkap berhubung kes yang tidak dinyatakan secara jelas itu.


Namun, ia disyaki mempunyai kaitan dengan perkongsian video yang dimuat naik Cik Epal.


Sementara itu, Dewi juga mendakwa dia cedera akibat dikasari oleh bekas isteri suaminya, Cik Epal.


Dewi, 28, turut memuat naik satu salinan laporan polis menerusi Instagram pada Isnin malam.


  


Menurut Dewi, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood melanggar perjanjian ketika dia datang ke rumahnya dan Jofliam kira-kira pukul 3 petang, Isnin.


Dakwanya, Cik Epal hanya dibenarkan berada di tingkat bawah, namun pempengaruh itu bertindak naik ke tingkat satu kediaman.


“Munirah terus membuat tindakan berlari ke level satu, saya mengejar dia untuk mengingatkan dia bahawa dia tidak dibenarkan naik ke level satu.


“Saat Dewi naik, Munirah telah melempar dekorasi rumah di tangga dan menjerit. Saya cuba menghalang, sebaliknya Munirah bertindak menggunakan kekerasan terhadap saya.


“Tindakan saya selepas itu adalah untuk mempertahankan diri,” jelas Dewi menerusi kapsyen di Instagram.




Menerusi laporan polis itu pula, Dewi berkata dia mengalami luka dan calar di bahagian muka serta hidung disebabkan rambutnya ditarik, manakala wajahnya dicakar.


Dakwa wanita itu lagi, Cik Epal turut menariknya dengan kuat dan menghempasnya ke atas lantai.


Terdahulu, Cik Epal memuat naik video, mendakwa dia cedera akibat diserang oleh isteri bekas suaminya.


Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan penceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.


Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.


Jofliam dan Dewi pula mengumumkan mereka sudah bernikah 5 April lalu. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ewwww
Lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 08:32 AM | Show all posts
tak habis2 pasal dua ekor tersangkak ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 09:00 AM | Show all posts
teruskan la korang gaduh.tunjuk perangai hauk masing2
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 09:44 AM | Show all posts
terpaling tersakiti la dia ni tak habih2.. pergi la hire loyer utk settlekan hak milik barang2, harta sepencarian pe semua..kata berduit sangat... dan kau pun dah org tu tak bagi naik atas, kau naik juga kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 10:14 AM | Show all posts
drama yg tak berkesudahan.. kesian ank2 tgk peel mak apak gini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2025 11:00 AM | Show all posts
Edited by osheenz at 29-4-2025 11:02 AM

x penah lagi i jmp betina yg sgt evil mcm si Dewi tu..

diberi kerja, diberi makan, dijemput ke rumah, dibawak holiday, alih2 dicarasnya laki org tu.... mmg evil sgt2.....Wanita dari neraka sgt!

pasal lain malas nak komen...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 11:21 AM | Show all posts
kucingitam replied at 29-4-2025 09:44 AM
terpaling tersakiti la dia ni tak habih2.. pergi la hire loyer utk settlekan hak milik barang2, hart ...

setuju..tak side mana-mana, tapi betul apa awak cakap
Dah orang tu tak bagi naik atas, kenapa naik juga..cuba sama-sama beri kerjasama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 11:33 AM | Show all posts
apa yang lembap sgt baru nak ambik brg2 lepas dah berbini baru jantan tu..dua2 problem..sama2 kuat drama...kesian H&Y....mak pak tak habis bergasak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 11:53 AM | Show all posts
tak sangka kan dulu loving nak mampos meninggal segala rupa la
sekarang ni tanpa sekelumit ehsan takde ke?
sebab duit?
sebab dendam?
korang rasa sebab ape
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 12:18 PM | Show all posts
dulu terpaling disayangi laki kan
sanggup saman menyaman kalau org petik nama

skrg terpaling disakiti, apala nak jadi
xhabis2 drama
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 12:39 PM | Show all posts
ape lagi la dia org ni mcm mcm hal
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 12:58 PM | Show all posts
kucingitam replied at 29-4-2025 01:44 AM
terpaling tersakiti la dia ni tak habih2.. pergi la hire loyer utk settlekan hak milik barang2, hart ...

betul la ni. tapi pentaksub dia ramai backup dia.
ada aje isu yang nak di bawa.tak habis2 dgn cerita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:21 PM | Show all posts
I serba salah nak komen tp bergaduh over barang2 yg takde la hebat sgt and dlm rumah sewa plak tu...dgn keta sewa parking kat depan...ntah la...bila tak filter lain naw eh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar tgk screenshot epal tu. kemain mengata ex pendek, dia pon bantut, mekap tebaiii gila. Si dewi plak muka tipikal indon caprut muka tua gitu pon jo nk. Lawa lg muka reno ce
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 29-4-2025 09:44 AM
terpaling tersakiti la dia ni tak habih2.. pergi la hire loyer utk settlekan hak milik barang2, hart ...

Ada jgk org waras mcm ni. Meluat jgk org duk slhkan jo semata2, ckp jo kuat provoke bagai. I tgk epal ni lg kuat provoke. 163, kondom, samtot, then tiba buat pizza mendunia. Lg si jo ni diam buat bodo dia provoke. Yg jo plak x respect parent epal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
toynme replied at 29-4-2025 11:53 AM
tak sangka kan dulu loving nak mampos meninggal segala rupa la
sekarang ni tanpa sekelumit ehsan tak ...

I speku duit panas. Cuba check selama ni kapel ni darah daging buat mkn, melancong apa smua duit sumber hasil apa??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:36 PM | Show all posts
hari tu kemain packing..ni tak bagi pulak? mesti tau tak mampu beli sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:56 PM | Show all posts
sama2 problem
memalukan diri sendiri je dua2 pihak ni

topi merah tersenyum bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 02:38 PM | Show all posts
anony-mous replied at 29-4-2025 01:30 PM
I speku duit panas. Cuba check selama ni kapel ni darah daging buat mkn, melancong apa smua duit s ...

erm betul jugak
tu yang panas je relationship dorang ek
kena tunggu next couple plak la
mcm ramai je makan duit panas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.510774 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list