View: 288|Reply: 8
|
[Tempatan]
Flat usang jadi sarang ular sawa, nilai hartanah menjunam
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 29-4-2025 06:37 PM
Farah Marshita Abdul Patah
am@hmetro.com.my
29.APRIL.2025
NGA bergambar bersama penduduk ketika hadir meninjau sekitar kawasan perumahan Taman Desa Bakti Selayang. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Flat Sutera, Taman Desa Bakti, Selayang, yang berusia 31 tahun bukan sahaja kotor dan daif, malah kini menjadi sarang ular sawa sejak beberapa tahun lalu.
Lokasinya yang strategik dan berada bersebelahan Pasar Borong Selayang, tidak mampu menaikkan nilai hartanah tapak berkenaan, sebaliknya nilai flat itu hanya sekitar RM75,000 hingga RM150,000.
Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mengadakan lawatan kajian khas ke tapak itu bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Ketika mengikuti lawatan itu, peserta ekspedisi mendapati dalam jarak kurang 10 meter sudah boleh menghidu bau hanyir ekoran takungan air dipenuhi sampah yang tidak diurus sejak sekian lamanya.
Malah, pelbagai kerosakan terdapat pada bangunan berusia lebih 30 tahun itu, antaranya saluran paip yang bocor, sampah yang berselerakan dan pembiakan nyamuk yang tidak terkawal.
Lantai yang licin dan berlendir menyukarkan pergerakan, malah tinjauan mendapati beberapa blok flat itu dibiarkan kosong dan tidak berpenghuni.
Lebih membimbangkan, flat yang mempunyai 148 unit itu kini menjadi pilihan pekerja asing, terutamanya warga Myanmar yang hanya membayar sewa sekitar RM450 hingga RM500.
Nga berkata, rakyat tempatan di kawasan itu sudah mula meninggalkan flat berkenaan dan perkara itu adalah kerugian besar kerana nilai aset merudum serta tidak berkembang.
"Sekitar tempat itu banyak kereta terbiar, sistem pengurusan sampah yang tidak terurus, perparitan yang kurang memuaskan kerana tidak ada banyak pengurusan yang berfungsi di flat berkenaan.
"Malahan, kewujudan ular sawa di kawasan itu sudah menjadi lumrah. Dari segi ekonomi, harga flat itu tidak setanding dengan harga pasaran di kawasan sekitar," katanya pada sidang media ekspedisi itu, di sini, hari ini.
Terdahulu, tiga bas membawa lapan Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan sembilan Ahli Dewan Negara memulakan perjalanan dari Parlimen.
Lawatan itu membabitkan tinjauan ke dua flat uzur di ibu kota bagi mengkaji keadaan daif serta isu-isu setempat yang dihadapi penduduk, sebelum meninjau kejayaan dua projek pembaharuan yang membangunkan semula flat usang menjadi kawasan kediaman moden dan berdaya huni.
Nga berkata, melalui lawatan itu, kerajaan ingin menekankan keperluan mendesak untuk menggubal RUU PSB yang dirangka sejak 2013 dan dijangka dibentangkan Jun ini.
Katanya, ketika mengadakan lawatan itu, penduduk tempatan yang ditemui menggesa supaya pembaharuan flat itu dilakukan dengan segera.
"Setakat ini, lebih 90 peratus penduduk di kawasan itu sudah memberi persetujuan bertulis untuk melaksanakan projek pembangunan semula.
"Namun, ketiadaan Akta PSB (pindaan) menyebabkan projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang lama memerlukan persetujuan 100 peratus daripada pemilik," katanya.
Nga berkata, selain memastikan rakyat mendapat pulangan setimpal, Akta PSB akan melindungi penduduk daripada ditipu atau dianiaya oleh pemaju.
"Tanpa akta, kerajaan tidak boleh campur tangan. Oleh itu, pemaju boleh buat pelbagai taktik.
"Sekarang kita ada jawatankuasa mediasi. Kalau penduduk atau pemilik tak setuju, boleh jumpa Ketua Pengarah, dia akan duduk jadi pengantara," katanya.
Selain melawat dua lokasi lain iaitu Flat Kuchai Jaya dan Razak Mansion, rombongan ekspedisi kemudian tiba di lokasi terakhir iaitu Residensi Kerinchi di Bangsar South.
Beliau berkata, Residensi Kerinchi dahulunya hanya berkeluasan 399 dan 504 kaki persegi (kps) dengan harga asal RM70,000.
"Selepas siap dibina semula pada 2016, keluasannya adalah 800 kps dan bernilai hampir RM450,000.
"Ia dilengkapi dengan bilik sukan, kolam renang, kedai serbaneka dan gelanggang futsal serta mempunyai akses terus ke pusat beli-belah KL Gateway," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-4-2025 06:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
"Jangan halang Kerajaan MADANI bantu rakyat," - Nga Kor Ming
Oleh Farah Marshita Abdul Patah
April 29, 2025 @ 2:48pm
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming meninjau keadaan flat yang usang sempena Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar (XPDC PSB) bersama Ahli Parlimen di Flat Kuchai Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menyelar tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menghadiri lawatan kajian khas bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Terdahulu sebaik selesai lawatan ke empat lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Kor Ming menyuarakan kekecewaannya apabila tiada seorang Ahli Parlimen pembangkang yang hadir mengikuti lawatan itu.
Katanya, sebelum ini Ahli Parlimen pembangkang terutamanya Perikatan Nasional (PN) cuba mempolitikkan isu Akta PSB.
"Saya sudah mengeluarkan jemputan khas kepada semua Ahli Parlimen pembangkang PN. Mula-mula mereka janji nak hadir.
"Tapi waktu kita mulakan ekspedisi, pembangkang gagal hadir sesi yang penting ini," katanya pada sidang media ekspedisi Akta PSB bersama Ahli Parlimen di sini, hari ini.
Terdahulu ekspedisi itu dihadiri lapan Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan sembilan Ahli Dewan Negara.
Lawatan itu membabitkan tinjauan ke dua flat uzur di ibu kota bagi mengkaji keadaan daif serta isu setempat yang dihadapi penduduk, selain meninjau kejayaan dua projek pembaharuan yang membangunkan semula flat usang menjadi kawasan kediaman moden dan berdaya huni.
Kor Ming berkata, melalui lawatan itu, kerajaan ingin menekankan keperluan mendesak untuk menggubal RUU PSB yang dirangka sejak 2013 dan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Jun ini.
Katanya, sebelum ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdahulu bersetuju untuk melaksanakan RUU PSB.
"Tapi sekarang mereka bantah…Dulu setuju, sekarang bantah, sedangkan garis panduannya sama dan sudah diwujudkan pada 2013.
"Jangan halang Kerajaan MADANI bantu rakyat," ujarnya dengan tegas.
Kor Ming berkata, ketika ini Seksyen 57 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) menetapkan persetujuan 100 peratus diperlukan bagi penamatan hak milik strata.
"RUU PSB mencadangkan nilai ambang pada tahap 80 peratus bagi bangunan berusia kurang 30 tahun manakala 75 peratus bagi bangunan melebihi 30 tahun dan 51 peratus bagi bangunan yang tidak selamat dan terbengkalai," katanya.
Beliau juga berkata, RUU PSB juga akan memastikan pemilik asal mendapat pulangan setimpal.
"Undang-undang di bawah akta itu jelas menyatakan bahawa apa yang akan diterima tidak boleh kurang daripada nilai sedia ada. Jika unit sedia ada adalah seluas 450 kaki persegi (kps), maka pemilik akan menerima tidak kurang daripada itu, malah lebih," katanya.
Kor Ming berkata, ketika ini KPKT mengenal pasti 534 kawasan berpotensi untuk pembangunan semula bandar di Semenanjung Malaysia.
Katanya, daripada jumlah itu, 139 kawasan berada di Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan ialah 1,297 hektar.
"Untuk makluman, negara kita sudah ketinggalan 35 tahun berbanding Hong Kong, Singapura dan Australia yang sudah mula memperkenalkan RUU itu sejak 1991," katanya.
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak timbul isu kerajaan ingin merampas tanah rizab Melayu apatah lagi mengusir melalui cadangan RUU PSB.
Anwar sebaliknya mempersoalkan tindakan sesetengah individu yang membantah cadangan tersebut termasuk menjadikan perkara itu sebagai sentimen politik.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Posting pertama paragraph 3 - 7 sungguh kronik situasinya. Takada maintenance office selenggara ke? Mereka lari tak sanggup hadap asing worang ke? Kesian local yang takada rumah lain nak pindah terpaksa hadap situasi buruk ini. Respek NKM juga sanggup datang tinjau tempat begini bukan sekadar cakap dari office dalam aircond. |
|
|
|
|
|
|
|
"Tapi sekarang mereka bantah…Dulu setuju, sekarang bantah, sedangkan garis panduannya sama dan sudah diwujudkan pada 2013..."
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Singapore buat macam mana? fotostat ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini lah penting Seksyen 57 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) di pinda semula. Tp nak buat mcm mana, MP PN & penyokong bodoh mereka dakwa pindaan akta ni bakal mengusir org melayu dari bandar. Padahal sapa yg nak tinggal kat apartment kotor & usang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pinda akta akan mengusir M dari bandar. Itu belum terjadi.
Sekarang asing worang sudah conquered, local pun tak sanggup duduk sana/cari rumah/penempatan lain. (refer posting pertama paragraph 8) |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh pilot project kan ada disebutkan dalam artikel tu.
Bila dijemput, tak datang. Sombong.
Bila berceramah, dialah terpaling tau serba serbi walhal site visit pun tak pegi. Bodo.
Makanya bodo sombong. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-4-2025 08:20 PM
Singapore buat macam mana? fotostat ja.
Diorg bukan ke flat2 lama dirobohkan je |
|
|
|
|
|
|
| |
|