View: 476|Reply: 4
|
[Dunia]
Drama Bidaah bongkar kegiatan ustaz tindih pelajar di Indonesia
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang pelajar perempuan membuat laporan polis terhadap ketua yayasan sebuah sekolah pondok bergelar ustaz selepas dia menonton drama bersiri Bidaah, lapor portal berita espos.id kelmarin.
Kejadian berlaku di Gunung Sari, Lombok Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Pelajar berkenaan menuduh ketua yayasan itu melakukan pencabulan dan persetubuhan haram terhadap pelajar perempuan.
Suspek yang dikenali sebagai AF kemudian ditahan di lokap ibu pejabat polis Mataram susulan aduan tersebut.
“Dia menjadi suspek perbuatan pencabulan dan persetubuhan terhadap pelajar perempuan,” kata Ketua Polis Mataram, Deputi Komisioner Polis, Regi Halili.
Drama bersiri Bidaah popular di Indonesia kerana menceritakan tentang kehidupan peribadi pengamal ajaran sesat, Walid lakonan Faizal Hussein di sebuah perkampungan.
Regi berkata, suspek dalam kes itu memberikan kerjasama dan telah mengaku perbuatannya.
“Persetubuhan (haram) mangsanya ialah lima orang, pencabulan sebenarnya ada empat orang,” ujarnya sambil menambah, jumlah pelajar yang terlibat dalam kes tersebut semakin meningkat. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dari CNN Indo
Joko menjelaskan modus AF melakukan pelecehan seksual dengan cara menjanjikan keberkatan agar kelak melahirkan anak-anak baik.
"Modusnya adalah si pimpinan ponpes ini menjanjikan akan memberikan keberkatan di rahimnya (korban) supaya dapat melahirkan anak-anak yang akan menjadi seorang wali," ungkap Joko.
Baca artikel CNN Indonesia "Korban Bongkar Pelecehan Santri di Lombok Usai Viral Film Walid Bidaah" selengkapnya di sini: https://www.cnnindonesia.com/nas ... -film-walid-bidaah.
Syukur drama bidaah bukan sekadar mendidik tapi mendedahkan kejahatan penonggang agama...paling bahaya sbb syaitan bertopengkan agama ni susah nk tahu yg mana baik dan yg mana jahat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 26-4-2025 06:16 PM
"kaka..mau tanya la...kita cakap kita islam rohingya kina simblih,parampuan kina rogol..mari sini Malezia kita korek orang mata..rogol itu budak autisme...itu panggil 'TUNGGANG AGAMA' ada jugak ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk sangat sampai perlu tgk drama nak react sesuatu perkara..mak pak tak didik anak ka dari kecil?hukum skali mak pak pelajar ni bru bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
|