CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 10

[Jenayah] Mati diserang, ditikam lepas tiga hari bergaduh

[Copy link]
Post time 29-4-2025 08:57 AM | Show all posts |Read mode



SEBERANG PERAI – Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan yang mengakibatkan kematian seorang warga emas berusia 63 tahun di Cherok Tokun, di sini petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan berdekatan sebuah pondok di kawasan terbabit kira-kira pukul 3.22 petang.

“Mangsa bersama lima rakan termasuk suspek berusia 70 tahun sedang bersembang di pondok tersebut. Suspek tiba-tiba datang dari belakang dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu menyebabkan mangsa rebah ke lantai.

“Suspek kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian,” katanya di sini, lewat malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, pergaduhan tercetus dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang berlarutan sejak tiga hari lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 10:07 AM | Show all posts
uish tak padan dah 70 tahun nak membunuh org. ehhhh barannya atok pun!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:15 PM | Show all posts
Edited by silance at 29-4-2025 01:25 PM

Apa punca perselisihan? Project condominium 500M kah? Tender bekal konkrit highway value billions kah? Airlines business berebut destinations kah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:23 PM | Show all posts
tempat aku pun ada geng-geng orang tua ni berkumpul bawah pokok, dalam pondok

masing2 dah pencen, bersembang dari pagi sampai tengahari. balik makan jap, petang sambung balik. dah macam fulltime kat situ

kadang2 diorang gi jalan makan sama2 kat kedai. dah tua ada kawan bagus lah. tapi kalau topik sensitif, topik politik, habis..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 29-4-2025 01:23 PM
tempat aku pun ada geng-geng orang tua ni berkumpul bawah pokok, dalam pondok

masing2 dah pencen, b ...

okla drp pi dangdut dan danok...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 03:34 PM | Show all posts
Nganjing 3 hari berturut2 kot mana tak panas. Ko ingat orang tua ni tak reti naik angin ka? Kudrat ja yang membezakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua2 ni, dia pun xkesah kena masuk dlm, asalkan hati puas
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe, banyak privilege banduan lelaki tua. Sedangkan ya g ke tali gantung pun lepas sebab dah tua. Babi betul Hakim yang menilai rayuan jantan pembunuh sialan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 03:07 PM | Show all posts
P. Ramlee dah kata lama dah..'Dah Tua pon Bodoh!'
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 03:22 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 04:25 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 29-4-2025 10:07 AM
uish tak padan dah 70 tahun nak membunuh org. ehhhh barannya atok pun!

Kan.. Sepatutnya usia begini boleh beribadah dah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-4-2025 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051814 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list