View: 253|Reply: 5
|
Bekas suami Kim Seri ditahan kes penipuan pakej pelancongan Korea
[Copy link]
|
|
POLIS menahan bekas suami kepada pempengaruh yang dikenali sebagai Kim Seri berhubung siasatan terhadap kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, suspek berusia 41 tahun itu merupakan pemilik akaun yang digunakan untuk menerima pembayaran daripada mangsa yang terpedaya melalui promosi di aplikasi TikTok.
"Suspek ialah pemilik akaun kepada sebuah syarikat yang digunakan untuk menerima bayaran daripada mangsa yang didakwa terpedaya dengan tawaran pakej pelancongan itu.
"Tangkapan pertama terhadap suspek dibuat pada 21 April lalu dan dia kini masih dalam tahanan polis Johor untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kumar berkata, semakan mendapati lapan kertas siasatan dibuka berhubung akaun terlibat di beberapa daerah, termasuk Johor Baru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang.
"Kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kumar juga berkata, suspek dipercayai turut terlibat dengan modus operandi sama di kontinjen lain.
"Siasatan terhadap kes itu diteruskan," katanya.
Sumber : mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
The real bekas bini setan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia betul lah dia jadi scapegoat, memang busuk betul si kim seri. Sekarang senang2 kim seri bina hidup baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade baca katanya ex laki yg scam psl investment restaurant, seri scam psl TA. Aku nk dgr ape hasil siasatan pulis…kalu innocent ex nya moga dibebaskn segera la. Kesian anak2… |
|
|
|
|
|
|
|
Binatang apa Kim Seri ni hoiii? |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kat IG kakak sulung bekas laki dia, teruk juga scam si kimark tu buat. Ex dia kene seksyen "keldai akaun" bukan penipuan |
|
|
|
|
|
|
| |
|