CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 5

Hubungan dingin, Aliff Syukri tetap doakan kebahagiaan ibu

[Copy link]
Post time 26-4-2025 03:14 PM | Show all posts |Read mode



KONFLIK yang berlaku dalam keluarga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri turut memberi kesan terhadap hubungannya dengan ibu.

Akui hubungan sedikit dingin, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, tetap mendoakan yang terbaik buat ibunya iaitu Rozita Ibrahim.

"Sejujurnya hubungan dengan ibu sedikit dingin.

"Adat dalam keluarga, ada pasangn surutnya. Apa yang penting dalam doa saya tidak pernah melupakan ibu," katanya kepada mStar.

Aliff mengulas tentang kekecohan yang berlaku selepas ada dalam kalangan keluarganya saling berbalas kenyataan di media sosial.

Isu ini berbangkit selepas Rozita mengumumkan kembali berumah tangga bersama seorang usahawan yang juga merupakan abang kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.

Sementara itu, Aliff sebagai anak berkata dia kurang bersetuju dengan beberapa kenyataan Rozita yang bercerita tentang perihal keluarga.

"Ada kenyataan yang tidak perlu ditularkan seperti katanya dia gagal mendidik anak-anak. Itu agak memalukan saya.

"Suami baru dia juga tahu sepatutnya perkahwinan ini tidak perlu dihebohkan. Sebagai anak saya agak sedih.

"Nak lawan lebih-lebih, dia itu ibu saya. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk keluarga," jelasnya.

Dalam pada itu, Aliff juga memainkan peranan sebagai suami ketika isterinya iaitu Datin Seri Shahida turut terpalit dengan kontroversi yang berlaku.



Bagi dirinya yang dikenali, dia juga sedar setiap apa yang berlaku sering menjadi perhatian ramai.

"Isteri saya agak 'melatah' juga. Siapa senang kalau kena kecam? Saya tidak boleh nak burukkan lagi keadaan. Saya tenangkan apabila isteri sedang emosi.

"Apa yang berlaku ini bukan satu drama yang kami cipta. Ia berlaku secara kebetulan. Saya tidak mahu panjangkan dan keruhkan lagi keadaan. Biarlah masa tentukan semua," jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama realiti....
Oklah tu... Netizen terhibur...
Org suka nak dengar hal gaduh2 ko mengata aku.. aku mengata ko..
Barang2 korang jual pun laris. Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 06:42 PM | Show all posts
Edited by nolya at 26-4-2025 06:43 PM

Apa yg sepatutnya tak perlu masyarakat dengar  telah pun terdengar.  OKlah, anggap sudah terlanjur/terlepas  cakap.  Lepas ni, jgnlah ulas-mengulas apa2 lebih2 lagi di socmed. Nak gaduh, nak bertengkar, biarlah di kalanga keluarga sahaja.
Wartawa pun, silalah hormati privacy kehidupan rumahtangga Bonda Rozita dn hubungan anak beranak dia.  
Walaupun Datuk Alif Shukri tigkahnya begitu, bukan bererti kita boleh tambahkan lagi keburukan dia. Kelakunya tak semenggah, berilah teguran yg munasabah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tgh angau diulit cinta baru..mcm tulah , lama2 nnti baru la ada 'episod baru'.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lama2 nanti laki yg ni pun akan dpt title laki tak guna jugakkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 09:43 PM | Show all posts
hari ni nampak bonda join sukan sekolah anak dato aliff. ok dah kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039836 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list