CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 3

Bina 'saham akhirat' di kampung sendiri, pusat tahfiz Janna Nick hampir siap

[Copy link]
Post time 26-4-2025 07:04 PM | Show all posts |Read mode


DI sebalik kesibukan dalam dunia seni dan perniagaan, pelakon popular Janna Nick, 30, terus komited dengan usaha kebajikan yang lama dirancangnya.


Menerusi satu projek wakaf ilmu yang digerakkan sejak beberapa tahun lalu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner kini semakin hampir merealisasikan impian membina pusat tahfiz demi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.


  


Dalam satu hantaran di Instagramnya pada Jumaat, usahawan produk kecantikan itu berkongsi perkembangan terkini berkaitan pembinaan Pusat Pengajian Al-Quran Nurul Jannah yang sedang giat dijalankan di Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.


Menurut beliau, proses menaik taraf dan pembinaan pembangunan baharu pusat tahfiz tersebut kini memasuki fasa seterusnya.


"Sebelum ini dewan makan dah siap, tambak tanah pun dah siap. Sekarang kami akan mula memperbaharui kelas," katanya dalam video tersebut.


Tambahnya, segala sumbangan diterima dimanfaatkan sepenuhnya demi keselesaan dan kemajuan pembelajaran pelajar-pelajar di pusat tahfiz berkenaan.


Isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann itu juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyalurkan sumbangan kepada usaha pembinaan tersebut.


Beliau menambah, orang ramai masih berpeluang untuk menyumbang bagi menjayakan usaha murni itu.


Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya menyambut baik inisiatif itu dan mendoakan terbaik buat beliau.


“Syukur Alhamdulillah. Semoga pahala terus mengalir sampai alam sana,” tulis @iammissnick.


"Masha-ALLAH. Syukur Alhamdulilah. Impian Janna tercapai juga akhirnya," komen @rozie_fayrose.


"Tahniah Janna. Saham akhirat," ujar @rosiahmohdisa ringkas.


Terdahulu pada 2022, Janna menyatakan hasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz dengan anggaran kos mencecah RM6 juta.


Lokasi Masjid Kampung Bukit Kechil menjadi pilihan kerana ia merupakan tempat beliau dibesarkan. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ok aku ada soala tapi maap la mulut aku laser.

apa hukum buat sekolah tahfiz dari sumber hiburan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak nak beli saham utk akhirat. Millionaire senanglah masuk syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarberbisa replied at 26-4-2025 11:57 PM
ok aku ada soala tapi maap la mulut aku laser.

apa hukum buat sekolah tahfiz dari sumber hiburan?  ...

This....

Pastu aku terfikir jugak, ada sumbangan orang awam tapi terpampang nama retis.

Adakah retis yg terpampang namanya akan pastikan pusat tahfiz ini diuruskan dengan baik. Kalau berlaku sebarang kes yg tak sedap didengar adakah beliau akan bertanggungjawab?

Aku rasa baik dana yg ada digunakan untuk bantu pusat2 tahfiz sedia ada yg memerlukan sumbangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036401 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list