CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Terlanjur cakap petik nama Jamal Abdillah, Farid Kamil dah minta maaf tapi tak dilayan

[Copy link]
Post time 25-4-2025 07:02 PM | Show all posts |Read mode



Menyesali tindakannya, pelakon Farid Kamil sudah pun membuat permohonan maaf kepada Datuk Jamal Abdillah selepas terlanjur cakap memetik nama penyanyi tersebut dalam satu rakaman podcast sehingga menerima kecaman ramai.

Kata Farid atau Farid Kamil Zahari, 44, penyanyi legenda itu juga sudah membaca mesej yang dihantar, namun  sehingga kini masih belum menerima respons balas.

“Sejujurnya video itu saya telah arah untuk turunkan kerana keterlanjuran saya bercakap. Saya menyesali jalan cerita yang saya kongsikan itu.

“Saya sudah pun berhubung dengan Datuk untuk penjelasan dan permohonan maaf. Dia sudah baca, tetapi tiada respons. Saya akui silap,” katanya kepada mStar.
  
   

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi sidang media selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Telaga Suriram di Dadi Cinema Pvillion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu video temu bual Farid Kamil yang memetik nama Jamal dan ia dikaitkan dengan barangan terlarang.

Dalam perkembangan lain, Farid membintangi filem Telaga Suriram yang bakal ditayangkan bermula 1 Mei ini.

Selain Farid, ia turut dibintangi oleh Nabila Huda, Maya Karin, Ellie Suriaty, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.075932 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list