CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 550|Reply: 26

[Tempatan] Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut bunuh dan pukul, kurung lelaki

[Copy link]
Post time 25-4-2025 12:16 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Lapan individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan termasuk mengugut membunuh, ugutan memukul serta mengurung seorang lelaki, minggu lalu.


Tertuduh, Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 19; Ahmad Rushdi Jumadi, 20; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 25; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 19; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 25; Syamsul Haniziew Saiful Razali, 20, dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.


Ia selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Azimah Wahab.


Menerusi pertuduhan pertama, lapan individu berkenaan termasuk Nuredrianna Balqqisyh Anabella yang dikenali sebagai Bella didakwa secara bersama-sama menakutkan secara jenayah terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian dengan niat menakutkan mangsa.


Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh termasuk Bella bersama-sama dua lagi yang masih bebas dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Muhammad Faris Syahmi, bahawa mereka tidak akan berhenti memukul mangsa sehingga dia bersetuju membayar wang RM3,000.


Ia mendorong mangsa menyerahkan wang RM650 dan kunci motosikal Yamaha Y16 kepada tertuduh, Mohammad Amierul Hakim.


Mengikut pertuduhan ketiga pula, kesemua tertuduh termasuk Bella serta dua lagi yang masih bebas didakwa secara bersama-sama mengurung mangsa.


Kesemua tujuh tertuduh lelaki turut mengaku salah terhadap pertuduhan keempat iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Muhammad Faris Syahmi, dengan seorang lagi masih bebas.


Kesemua kesalahan berkenaan dilakukan mereka di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai, di sini, antara jam 10 malam hingga 4 pagi, pada 18 hingga 19 April lalu.


Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506; Seksyen 384 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan keempat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nuraini Nik Azman dan Nur Fatihah Mohd Nizam, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahin Mohd Yazid dan T Nadarajan.


Terdahulu, Abdul Ghafar memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin atas setiap pertuduhan berkenaan.


"Ini bermakna kesemua tujuh tertuduh lelaki dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM40,000 setiap seorang bagi empat pertuduhan, manakala tertuduh wanita iaitu Bella dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM30,000, bagi tiga pertuduhan dihadapinya," katanya.


Bagaimanapun Norfarahin memohon supaya mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah kesemua tertuduh sekali gus mengenakan jaminan lebih rendah.


"Tiga tertuduh termasuk Bella tidak bekerja manakala empat tertuduh lain bekerja sebagai pekerja kilang manakala seorang lagi bekerja sebagai pekerja kelab dengan pendapat antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan sahaja.


"Bella tinggal bersama ibu bapanya dan dia menderita penyakit asma," katanya.


Majistret kemudian memerintahkan kesemua tujuh tertuduh lelaki dijamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin, manakala Bella dijamin sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin.


Mahkamah menetapkan tarikh bacaan fakta kes dan jatuh hukum pada 3 Jun depan.


Terdahulu, media melaporkan semua suspek ditahan kira-kira jam 2.30 pagi, Isnin lalu ketika cuba melarikan diri dari Pangsapuri Plentong Baru Masai, Pasir Gudang di sini.


Sebelum ini, tular di media sosial beberapa klip video, memaparkan seorang pemuda longlai selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah rumah yang dipercayai berlaku di Pasir Gudang di sini. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 12:26 PM | Show all posts
Dah buat jahat, pi rakam. Pastu pi sebarkan dlm medsos. Pastu masuk ke dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 12:43 PM | Show all posts
selalu jantan rambut kaler mcm tu idong kembang kaki kerak mmg anak2 b40
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish..buruknya perangai seburuk ejaan namanya si Bella tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik betul berani buat jenayah..mmg nak dok dalam penjara ke apa kalah konoha benaknya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 25-4-2025 12:26 PM
Dah buat jahat, pi rakam. Pastu pi sebarkan dlm medsos. Pastu masuk ke dalam.

Kesian dilahirkan bodoh sissy. Elok dihukum humban dalam kolam buaya jah sissy. Lahirmu tidak dirancang, mati tidak dikenang, gayyyyyytoh sissy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 25-4-2025 01:03 PM
Pelik betul berani buat jenayah..mmg nak dok dalam penjara ke apa kalah konoha benaknya

Tapi diorang lari sissy. Tu yang peliknya tu khen sistah. Kalau mmg nak dok dalam penjara, patut lepas rakam tu dia sendiri pergi balai bagi bideo kat pulis sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Asma2 pun boleh ugut, pukul n kurung org. Yihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 02:01 PM | Show all posts
nama kemahen danish haikal annabella dont dont...
tapi dok flat rempit belen
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama urban sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakes..berebut pepek ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
7laki bodoh ikut 1 pmpn..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Freezies replied at 25-4-2025 06:12 AM
Apakes..berebut pepek ke?

iyooo kes pompuan..iolllss tadi ada dalam court tadi patut la ramai reporter..iollss pegi tadi sebab jadi penjamin Ank abg aku dia mngisap..menyusahkan weyhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 02:41 PM | Show all posts
i syak pompuan tu jadi tukang 'goda' dgn niat supaya lelaki yg dipancing akan datang berjumpa dgn tujuan seks...dah sampai kena tawan dgn geng peras ugut. klu x kantoi video tu mesti mangsa x berani nak dedahkan apa2 sbb malu kn tipu dgn pompuan. agaknya berapa ramai lelaki hidung belang dah jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana mak dia boleh letak nama anak Annabelle . Ye la ejaan ujung tu lain sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kene ikat jamin 30k dan2 la bella tak keje dok dgn makpak sakit asma bagai. hoihhh time buat keje jahat hilang igtan semua tu jin ifrit pun surrender tgk peel sekor2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 04:08 PM | Show all posts
budak ppuan ni dah kawen ke? kat fb siap dah penah gugur tahun 2022 selamba post kat fb
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 04:35 PM | Show all posts
Nama taknak kalah, anabella
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa Kes ni? Laki yg kena pukul tu kaya ke ko nak peras ugut bagai. Kasi Mati je la semua dorang ni. Ala2 kurangkan populasi manusia
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng Muhammad2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063474 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list