CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 5

Lama hilang, Aniq Suhair merajuk ke?

[Copy link]
Post time 25-4-2025 05:56 PM | Show all posts |Read mode


Aniq Suhair menafikan dakwaan dirinya kecewa mahupun merajuk dengan dunia hiburan, sebaliknya kehilangan buat seketika disebabkan mahu menumpukan perhatian terhadap pengajian dalam jurusan perniagaan.

Ujar Aniq atau nama sebenarnya Mohammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 24, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika demi menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum kembali aktif berlakon dan melakukan kerja-kerja seni lain.

“Saya tidak pernah rasa kecewa atau kecil hati. Cuma saya ambil sedikit masa untuk berehat. Rasanya sudah lebih setahun saya menjauh dari kamera.

“Dalam tempoh itu, saya beri sepenuh perhatian pada pelajaran, usahakan beberapa bisnes, dan yang paling utama, saya nak pulihkan kembali semangat agar dapat menyambung kerjaya lakonan dengan lebih fokus. Insya-Allah.

“Pengajian saya pun masih belum selesai, jadi saya belum bersedia beri komitmen penuh,” katanya kepada Kosmo! Online.

  


Tambah bekas peserta Hero Remaja itu, pengajian yang memerlukan tumpuan penuh tidak boleh dilakukan sambil lewa apatah lagi bergelar anak seni yang sentiasa terikat dengan jadual padat.

“Saya sedar dunia lakonan menuntut tenaga dan masa yang banyak.

“Tapi bila saya rehat seketika, saya perasan saya boleh beri sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Semua subjek saya dapat keputusan yang membanggakan.

“Sebab itu saya tekad untuk habiskan belajar dulu sebelum fikir pasal kerja seni,” ujarnya pada pada majlis rumah terbuka produksi Global Station Sdn. Bhd, baru-baru ini.

  


Pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu juga turut membuka cerita berkenaan kontroversi panas yang pernah mengaitkan namanya kononnya terlibat dengan skandal menghamilkan seorang wanita.

Katanya, pengalaman tersebut dijadikan iktibar dan pengajaran untuk lebih berhati-hati memilih rakan serta mengenal keikhlasan manusia sekeliling.

  


“Saya ambil perkara itu sebagai pengajaran besar dalam hidup.

“Pengalaman itu ajar saya supaya lebih waspada dan tidak mudah percaya pada sesiapa yang hadir dalam hidup kita.

“Kini saya lebih selesa berkawan dengan individu yang benar-benar jujur, saling menyokong dan memberi nilai dalam hidup saya,” katanya.

Aniq dijangka menamatkan pengajian pada Ogos ini di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bengap la kalau ada yang sokong jantan tak guna ni lagi.

kaki pompuan, kaki pukul. Hamjad betul. Huntong la kaya, ada rupa terus orang lupa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yolah tu. Kenalah lay low utk sucikan diri khuens. Owkayy
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 25-4-2025 06:56 PM
bengap la kalau ada yang sokong jantan tak guna ni lagi.

kaki pompuan, kaki pukul. Hamjad betul. Hu ...

Sbb pengajian la sgt kn
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyucikan diri ler.. G umrah dgn abam. Anas dan geng...
Huhuju
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 25-4-2025 07:15 PM
Sbb pengajian la sgt kn

ya, padahal semua orang tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068736 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list