CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36|Reply: 0

[Sabah] Kesan anak hilang melalui rakaman suara dron PGU

[Copy link]
Post time 23-4-2025 06:56 PM | Show all posts |Read mode


TUARAN: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki autistik berusia lima tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Bahagia II, Tamparuli sejak 20 April lalu melakukan pelbagai kaedah bagi mengesan mangsa.


Antara usaha yang dilakukan bagi pencarian yang memasuki hari keempat ialah menggunakan rakaman suara ibu mangsa yang dipasang di sebuah dron milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Rakaman suara berbunyi “Aniq, pulang Aniq, pulang sayang…” kedengaran sayu bergema daripada dron terbabit.


Kanak-kanak autisme itu dilaporkan hilang pada 20 April lalu, selepas kali terakhir dilihat sekitar jam 1.30 tengah hari di kawasan berhampiran rumah keluarganya yang terletak di belakang Pejabat Daerah Tamparuli.


Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendent Noraidin Ag Maidin memaklumkan bahawa operasi SAR hari ini turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tuaran, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta penduduk kampung.


“Seramai 112 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan orang awam terlibat dalam pencarian hari ini.


“Operasi pencarian diperluas ke kawasan radius tiga kilometer dari rumah mangsa, termasuklah di kawasan sungai yang dipercayai sering menarik perhatian mangsa.


“Maklumat yang kami terima menyatakan bahawa mangsa menyukai sungai, namun dia juga takut untuk menghampirinya. Oleh itu, kami tidak menolak kemungkinan dia berada berdekatan kawasan sungai, dan pencarian ditumpukan di kawasan itu,” katanya.


Katanya, pasukan SAR juga turut menggunakan bantuan unit anjing pengesan K9 dalam pencarian selain sokongan daripada komuniti setempat.




“Pihak berkuasa turut merancang untuk meminta bantuan nelayan setempat bagi menggiatkan pencarian melalui laluan air.


“Setakat ini, masih belum ada petunjuk jelas mengenai keberadaan mangsa. Namun, kami tidak akan berputus asa dan akan meneruskan pencarian selagi ada harapan. Kami menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil dan membantu,” katanya.


Kehilangan mangsa bukan sahaja meruntun hati keluarganya, tetapi turut mendapat perhatian masyarakat yang mengikuti perkembangan kes ini dengan penuh harapan. - UTUSAN BORNEO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.476999 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list