CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 11

[Tempatan] Malaysia negara pertama diberi kebenaran edar kad nusuk

[Copy link]
Post time 23-4-2025 12:39 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi negara pertama di dunia diberi kebenaran oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengedarkan kad Nusuk dalam negara ini kepada Jemaah Haji sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kebenaran yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi itu merupakan satu pengiktirafan kepada kecekapan sistem pengurusan jemaah haji Malaysia.


"Tahun lepas, kad Nusuk diserahkan di Makkah menjelang Wukuf, namun tahun ini ia diagihkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan jemaah.


"Jika kita berjaya menguruskan agihan kad Nusuk dalam negara ini, inisiatif ini akan diperluaskan ke negara Islam lain.


"Ia satu pengiktirafan besar daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji negara, hasil hubungan erat dan strategik antara Tabung Haji (TH) dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim ini.


Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman.


Kad Nusuk ialah kad pengenalan rasmi yang diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi semua jemaah haji dari seluruh dunia.


Dalam pada itu, Mohd Na'im merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kecekapan dalam pengeluaran visa serta penambahbaikan sistem kad Nusuk berkenaan.


"Insya-Allah, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha TH untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Malaysia," katanya.


Sementara itu Mohd Na'im berkata proses pengeluaran visa bagi jemaah haji Malaysia musim 1446 Hijrah/2025 Masihi telah mencapai 45 peratus.


"TH juga sudah bersedia sepenuhnya (untuk mengendalikan urusan jemaah haji Malaysia) dengan persiapan hampir 100 peratus. Tahun ini, TH membawa seramai 632 petugas haji yang terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan wakil agensi luar yang terbabit," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 01:11 PM | Show all posts
adakah mesia masih lagi presiden oic?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu pulangkan semula ke?

Kad tu tusuk di mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:08 PM | Show all posts
kad nyusup kaaaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:12 PM | Show all posts
ketat kemasukkan kali ni.
Yg nak pi jalan kaki tu apa cerita ya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-4-2025 02:41 PM
Lepastu pulangkan semula ke?

Kad tu tusuk di mana?

memana yg akak fikir sesuai la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemaah Malaysia Dan TH khususnya memang terkenal sgt bagus sejak dulu lagi
Guard2 kalau tahu jemaah Dari mesia... Depa mmg tunjuk isyarat bagus
Moga kekal momentum bagus ni utk kemudahan jemaah akan datang

Jemaah Indonesia pun ramai bagus juga
Kalau tawaf Tu Kita tahu dah ni mesti Dari kumpulan Indonesia sbb formation diorg Tu bagus betul... Cantik je nampak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 04:49 PM | Show all posts
Kad tu Arab Saudi yg buat

kad tu gantung kat leher guna landyard

hanya jemaah haji (yg dapat kelulusan tunai haji) iaitu lulus Visa Haji yg dapat

bila hampir musim haji..

guard2 n polis2 kat Mekah akan check visitor2 area Masjidil Haram terutama yg kuar masuk solat di Masjidil Haram..

sesapa yg x de kad ni disyaki cuba tunaikan haji tanpa kebenaran (x der dalam kuota)

mungkin yg cuba tunaikan haji tanpa kebenaran ni mai Mekah guna Visa Umrah masa atau selepas Syawal.. lepas tu overstayed sbb nak buat haji

ikut pengalaman..

dalam bas sebelum berangkat ke Arafah

Gov Arab saudi akan check n pastikan hanya jemaah haji yg ada kad ni bole ke Arafah

wukuf di Arafah tu rukun haji

kalo x buat mmg x sah ler haji tu

  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 04:51 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 23-4-2025 05:01 PM
pengecatbintang replied at 23-4-2025 04:49 PM
Kad tu Arab Saudi yg buat

kad tu gantung kat leher guna landyard

tahun lepas...

di mekah gov Saudi bagi kad ni kat semua jemaah haji

sebab TH mmg bagus n jemaah haji Mesia mmg berdisiplin n ikut peraturan

gov Saudi serah kad Nusuk ni kat jemaah haji Mesia di bumi Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 05:14 PM | Show all posts
Jangan ada bersekongkol dengan sindiket clone kad nusuk Malaysia ni dah... tak pasal2 kena tarik balik dan worse case kena blacklist terus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-4-2025 02:41 PM
Lepastu pulangkan semula ke?

Kad tu tusuk di mana?

Byk la ko punya tusuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 23-4-2025 04:51 PM
tahun lepas...

di mekah gov Saudi bagi kad ni kat semua jemaah haji

Ok paham thanx
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 1.347118 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list