CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75|Reply: 0

[Kedah] Kawasan jajaran paip gas PETRONAS di Pendang diceroboh untuk dapatkan tanah merah - EXCO Kedah

[Copy link]
Post time 23-4-2025 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Kawasan jajaran paip gas PETRONAS di Pendang diceroboh untuk dapatkan tanah merah - EXCO Kedah

Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 23, 2025 @ 4:56pm





Mansor Zakaria. - Foto ihsan Pejabat SUK Kedah



ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan aktiviti pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik PETRONAS di dua kawasan di Pendang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria, berkata kejadian itu dikesan Majlis Daerah Pendang dan sudah dimaklumkan kepada pihak PETRONAS.

"Tadi saya ada bangkitkan perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)... kejadian pencerobohan ini berlaku berdekatan Kampung Sungai Jagung dan Kampung Padang Pusing.

"Ia berlaku di kawasan ladang di tanah yang kosong dan dekat rizab jalan. Di rizab jalan ada beberapa buah rumah, ada orang pi (pergi) korek tanah di kawasan itu, tapi depa korek tak dalam, paip gas itu ditanam kedalaman lebih 21 kaki (6.4 meter).

"Bagaimanapun kita takut lama-lama ia semakin dalam dan boleh mengundang bahaya dan kita tak mahu insiden di Putra Height berulang (di Pendang)," katanya ketika ditemui selepas Sidang DUN hari ini.

Mansor berkata, beliau difahamkan segelintir individu didakwa menceroboh kawasan itu untuk mengambil dan mengeluarkan tanah merah untuk membuat rumah dan sebagainya.

"Ada kemungkinan kejadian itu sudah berlaku dua hingga tahun lalu.

"Kita sudah meminta menutup kawasan itu sama ada letak tali atau tanda supaya tiada lagi pencerobohan berlaku, sebab ini bidang kuasa PETRONAS ," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah meminta Utiliti Infra Darul Aman (UiDA) untuk bekerjasama dengan PETRONAS melakukan pemetaan semula dengan memasukkan semua jajaran paip gas PETRONAS dalam peta.

"Selepas ini jika ada pembangunan ke hadapan atau berkaitan kebenaran merancang, kita boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa kawasan itu mempunyai paip gas supaya tidak ada sebarang pembangunan di kawasan berkenaan," jelasnya.

Terdahulu, pada sidang DUN, Mansor berkata, perbincangan dengan semua pihak termasuk UIDA untuk membuat pemetaan semula laluan paip gas seluruh Kedah penting supaya tidak berlaku pertindihan dengan pembangunan masa depan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1388065/kawasan-jajaran-paip-gas-petronas-di-pendang-diceroboh-untuk





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.032867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list