View: 502|Reply: 11
|
Wanita tak puas hati kawan wajah ‘biasa-biasa’ cepat dapat jodoh... Kecewa diri sendiri hanya jumpa lelaki otak kuning, biawak hidup!
[Copy link]
|
|
AJAL maut, jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan Allah.
Jadi, tidak semestinya orang yang cantik sentiasa 'laris' dan mudah untuk mencari pasangan hidup.
Begitu juga dengan insan berwajah 'biasa-biasa' kerana ada kalanya mereka yang lebih cepat berjumpa jodoh.
Di aplikasi TikTok, seorang wanita dikecam netizen selepas dia membangkitkan isu jodoh yang dikaitkan dengan rupa paras seseorang.
Dalam hantaran itu, dia membangkitkan persoalan mengenai rakan-rakannya yang dilabelnya sebagai tiada rupa, tetapi diberi rezeki mendirikan rumah tangga lebih awal.
"Kadang hairan dengan kawan-kawan yang senang je jumpa jodoh. Walaupun tiada rupa, tetap berkahwin.
Untuk dapat jodoh yang baik... cermin diri sendiri, perbaiki akhlak dan betulkan niat. - WANITA LAMBAT JODOH
"Kenapa diri ini susah sangat nak jumpa orang yang tepat? Tapi jumpa (lelaki) yang otak kuning, biawak hidup, pinjam duit dan tak reti menghargai," tulisnya.
Hingga kini hantaran video itu menerima lebih 110,000 tontonan.
Malah, ia turut dibanjiri teguran netizen terhadap wanita itu.
"Ayat 'yang tiada rupa pun berkahwin' merupakan jawapan kepada persoalan kamu. Perbaiki diri anda, Allah akan beri kalau kita dah bersedia dan sampai waktunya.
"Orang tiada rupa tu mungkin baik akhlak dan peribadi. Untuk dapat jodoh yang baik, cermin diri sendiri, perbaiki akhlak dan betulkan niat.
"Kenapa nak sebut pasal yang tiada rupa tu? Something wrong betul," tulis beberapa netizen.
Namun, ramai juga netizen yang memberikan sokongan dan meminta wanita itu bersangka baik dengan aturan Allah.
"Percayalah kita akan diuji dengan macam-macam jenis lelaki untuk pengajaran sebelum dipertemukan dengan yang tepat.
"Ada yang terbaik untuk awak, cuma masa belum tiba," komen netizen lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik
perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik
kalau dah jodoh, tak ke mana
tapi kalau dah bodoh pun tak ke mana
kalau rupa jadi ukuran untuk orang berkahwin, ramai kat luar ni tak kahwin tau. bunga yang mekar pun satu hari nanti, layu dan mati jua. begitu la manusia. nanti dah tua, botak, beruban, layut, ganyut, gelebeh, kedut, tapi sebab sayang, tetap la nampak cantik dan hensem
abang akak cameraman, buh filter banyak2 bagi pasangan pengantin serupa model catwalk. baru kau taaaauuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Pmpuan ni cuma nk britau...dia lawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
secara tak langsung awak kutuk kwn2 kan.. hati tu tak bersih.. p bersihkan dulu.. iols pun tak kawen lg tp tak pernah persoalkan knp itu knp ini.. jodoh da smpai kawen laa |
|
|
|
|
|
|
|
SEBAB HATI KAU BUSUK!
Haaa tu je jawapan dia. Hati kau berkulat kerak2 hitam mcm jalan tar tu hah. Sbb tu kau tak laku. Kalaupun kau indirectly nk fefeling kau tu lawa, tapi kalau hati kau hitam busuk kohong, muka kau terus masuk gear 5 jadi huduh. Ada faham ka |
|
|
|
|
|
|
|
perasan lawa belum tentu betul² lawa... |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb ko hati busuk ko mereput le jadi andalusia delulu |
|
|
|
|
|
|
|
aku pulak memikirkan yg rempit2 cepat nau dapat jodoh,
yg perempuan berjenis belajar pandai, keje bagus, susah nak lekat..
rupa tu mmg subjective, kalau berakal tu mcm bonus point sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti rasa dia terrrrpaling cantikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Ko melayan dpt la jantan sangap.cuba xmelayan.
Kwn2 tu dah mmg jodoh diorg.aku pon ramai je kwn2 bdn besar,oku, semua dh kahwin.ada anak.
Dah nama pon jodoh kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang jodoh bukan soal rupa atau usaha semata, tapi waktu yang Allah dah tetapkan. Yang penting, bersihkan 'hati', jaga diri, akhlak dan teruskan berdoa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|