CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 7

[Tempatan] Penuntut UniSZA lemas, lima rakan terselamat

[Copy link]
Post time 12-5-2025 07:57 PM | Show all posts |Read mode

Setiu: Penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama tujuh rakan di Hutan Lipur Lata Changkah, Permaisuri, hari ini.

Seorang rakannya, Muhammad Hady Izzudyn Ikmal Hisam, 23, berkata, mereka ke kawasan rekreasi itu untuk berkelah sempena cuti umum dan ketika kejadian, mangsa, Wan Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24, sedang mandi bersama lima rakan di tengah sungai.

"Sebelum kejadian saya dan enam rakan (termasuk mangsa) mandi bersama, manakala seorang lagi rakan mandi di tempat berbeza.

"Saya kemudian naik ke tebing dan ketika itu melihat Irfan bersama lima rakan mandi di tengah sungai tiba-tiba kelihatan tenggelam timbul.

"Saya terus terjun untuk menyelamatkan mereka dan berjaya menolak empat orang ke darat sebelum menyedari Irfan hilang. Seorang lagi rakan pula diselamatkan orang ramai," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, difahamkan Wan Ahmad Irfan dan lima rakannya tidak pandai berenang tetapi mereka sudah beberapa kali berkunjung ke lata itu.

"Saya sendiri tidak sangka kedatangan kami ke sini, hari ini berakhir dengan tragedi," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Zuraidi Mohd Yusuf memaklumkan menerima panggilan kejadian pada 3.42 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa ditemukan terdampar di dasar sungai pada kedalaman 4.5 meter selepas anggota melakukan selaman.

Katanya, lima rakan mangsa yang hampir lemas dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.  - HARIAN METRO

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 01:15 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nenek aku selalu pesan "water is your enemy"
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pisanggoreng at 13-5-2025 07:39 PM

   
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Teknik utk org x pandai berenang kena tenang je. Jgn panik. Jgn buat aksi terkapai kapai tu. Tarikh napas kuat2 penuhkan paru2. Tgn n kaki je gerak dlm air bagi terapung bagi paras leher keatas je yg timbul
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pisanggoreng replied at 13-5-2025 03:07 PM
nenek aku selalu pesan "water is your enemy"

Acik takut air sebab tak reti berenang.

Acik suka hutan yang ada laluan trekking, suka jungle trekking
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2025 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-5-2025 03:47 PM
Acik takut air sebab tak reti berenang.

Acik suka hutan yang ada laluan trekking, suka jungle tre ...

Aku pandai berenang. Tp cuma berani terjun swimming pool. Laut, sungai, kawasan air terjun pd aku unpredictable.
Masuk hutan trekking² lg aku takut. Binatang buas, haiwan berbisa, ntah segala mala serangga pelik2 yg mgigit, menda mistik... aku nk dok kt umh aje. Mereput
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
masih berani lagi ye org p mandi sg skg.. i sejak sg congkak kena kepala air banjir lumpur dulu2 dah xbrani dah p mana2 sg.
pdhal sblm tu mmg sll fml bkelah kat mana lata2 area selangor, pahang, perak.. lagi pulak jenis tak pandai berenang, pls jgn cari penyakit org tua kata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042631 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list