View: 448|Reply: 4
|
Muflis & Tiada Simpanan, Amitabh Bachchan Terpaksa Pinjam Wang Pekerja
[Copy link]
|
|
Kalau kamu nak tahu, Amitabh Bachchan merupakan pelakon Bollywood popular dan menerima bayaran yang paling tertinggi dalam industri. Tetapi ada suatu ketika dahulunya, Amitabh pernah muflis dan tiada wang simpanan sehingga terpaksa meminjam daripada pekerjanya.
Sekadar info, Amitabh berada di ambang muflis pada 1999 apabila syarikatnya, Amitabh Bachchan Corporation Ltd (ABCL) menghadapi kerugian besar sehingga menjerumuskannya ke dalam hutang.
Mengimbau kembali fasa sukar itu, Amitabh mendedahkan keadaan menjadi lebih buruk apabila pemiutang mengunjungi rumahnya dan bertindak kasar. Situasi ini membuatkan Amitabh terpaksa meminjam wang daripada pekerjanya untuk membelikan makanan untuk keluarga.
Malah dalam salah satu temu bual lamanya, Amitabh memberitahu dia telah berhutang lebih daripada Rs 90 crore (RM46,454,418.00) daripada orang berbeza.
“Saya membayar balik satu per satu termasuklah Doordashan. Apabila mereka meminta komponen faedah, saya melakukan iklan sebagai ganti. Saya tak boleh lupa bagaimana pemiutang berada di depan pintu rumah, bertindak kasar dan mengancam saya serta keluarga.”
Memikirkan penyelesaian daripada masalah ini, Amitabh bertemu dengan Yash Chopra dan meminta pengarah untuk berikannya kerja. Akhirnya Amitabh bangkit dengan kejayaan filem ‘Mohabbatein’ dan debut rancangan televisyennya, ‘Kaun Banega Crorepati’.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali raya, tiap kali tu jugak lah Kabhi Kushi Kabhi Gham. persoalannya, hari apa, pukul berapa, tv berapa je. asal ada perayaan je, kitorang satu family main teka, KKKG tayang hari apa
Malaysia ni dah lah banyak hari raya
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia cengei tak mcm dalam filem watak mak mak keibuan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka bini dia..dh la x lawa ,rendek,nyombong lak tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang kaya menantu x. Anak dia kan sendu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|