CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 4

[Lain-Lain] Thunderbolts hebat, cukup rencah

[Copy link]
Post time 10-5-2025 01:57 PM | Show all posts |Read mode


PENULIS ada banyak perkara untuk diperkatakan tentang filem terbaharu Marvel Cinematic Universe (MCU), Thunderbolts.


Biarlah dimulakan dengan menyifatkan naskhah arahan Jake Schreier itu antara yang terbaik selepas tamatnya era End Game.


Thunderbolts membuktikan sebuah filem bernuansa adiwira bukan sekadar bertarung menumpaskan musuh tetapi lengkap dengan segala elemen lain seperti emosi, aksi, lelucon dan lakon layar yang sempurna.


Schreier memastikan filem ke-36 MCU itu tidak langsung menghampakan penonton selepas lama tercari-cari apa resepi terbaik untuk jump-start atau menghidupkan kembali kelompok adiwira kesayangan ramai, The Avengers.


Selain plot penceritaan yang membekas, antara penguat Thunderbolts adalah terjemahan karakter kesemua pelakon terlibat terutama Florence Pugh sebagai Yelena Belova dan semestinya, Lewis Pullman (Bob Reynolds/Sentry/Void).




Yelena, Bob saing-saing


Pugh berjaya keluar daripada ‘bayang-bayang’ Black Widow sekali gus membina jenama sendiri yang kian disayangi ramai peminat Marvel seluruh dunia.


Dengan lontaran dialog bersahaja bersama aksen Rusia, permainan emosi dan aksi yang cukup mempesona sebagai Yelena, pujian sewajarnya diberikan kepadanya. Satu persembahan lakonan yang sangat hebat!


Sementara itu, antara lain yang mencuri tumpuan dalam Thunderbolts semestinya watak dimainkan Lewis Pullman.


Dia datang entah dari ceruk mana dan tiba-tiba menjadi fan-favourite. Perkembangan karakter untuk watak Bob sangat cemerlang ditambah dengan lakonan membekas Pullman.


Secara teorinya, ada tiga karakter dibawa Pullman dan Sentry atau Void yang merupakan antara entiti paling berkuasa. Paling berkuasa sampaikan satu segerombolan Avengers pun tidak dapat menandinginya.




Visual


Dalam pada itu, dari segi visual, Thunderbolts berjaya melunaskan segala segi berkaitan perihal terbabit secukup rasa.


Teknik janaan komputer (CGI) dalam filem ini tidak terlalu ‘ambitious’ dan untuk itu, semuanya berjalan dengan sebaik-baiknya.


Filem ini juga memberi mesej kepada audiens bahawa dalam diri kita ada sisi gelap yang perlu ditawani. Depresi, kemurungan dan gangguan emosi itu adalah perkara yang nyata.


Filem ini juga memberi mesej kepada audiens bahawa dalam diri kita ada sisi gelap yang perlu ditawani. Depresi, kemurungan dan gangguan emosi itu adalah perkara yang nyata.


Untuk sama-sama bangkit daripada semua itu, apa yang kita perlukan adalah kemahuan diri sendiri dan sokongan daripada orang sekeliling.




Untuk rakyat Malaysia, inilah filem yang berjaya ‘memetakan’ Malaysia di mata dunia. Tersergam Merdeka 11 ketika Yelena terjun dari puncak tertinggi menara ikonik tersebut.


Sekurang-kurangnya, ada lagi ‘sumbangan’ kita kepada dunia perfileman orang putih dan kali ini, menjadi antara ‘tuan rumah’ filem terbaharu MCU dan mendapat respons positif dunia.


Keseluruhannya, Thunderbolts lengkap sebagai sebuah filem MCU yang tidak wajar dilepaskan para pencinta sinema—inilah harapan paling tepat menghidupkan The Avengers. – HIBGLAM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2025 02:41 AM | Show all posts
Sape yg dh tengok? Bg rating pls
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala...bkn dia ckp msia pun..dia bg nama negara rekaan je..nk bangga celah mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 11-5-2025 10:17 AM
Ala...bkn dia ckp msia pun..dia bg nama negara rekaan je..nk bangga celah mana

mmg dia mention Kuala Lumpur, Malaysia sis..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by L.U.S.M at 11-5-2025 12:04 PM
pisanggoreng replied at 11-5-2025 11:12 AM
mmg dia mention Kuala Lumpur, Malaysia sis..


Xsilap bulan lepas ada artikel psl movie pki Merdeka 118 tp dia namakan negara fiksyen dlm movie tu..seingat aku filem ni la..xtau la dh berubah plot ke apa..baca Komen #10 https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5415481&extra=page%3D1

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Madripoor



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.044145 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list