View: 67|Reply: 2
|
[Tempatan]
Ibu tak nak daftar anak ke sekolah, takut tengok kes buli, kes liwat dan rogol
[Copy link]
|
|
Kes buli dan gejala sosial melibatkan pelajar sekolah yang banyak didedahkan di media sosial sejak kebelakangan ini cukup merisaukan orang ramai terutamanya ibu bapa.
Dek kerana itu juga seorang ibu merancang supaya anaknya menjalani kaedah persekolahan di rumah atau homeschool.
Namun pada masa sama, wanita berkenaan tertanya-tanya sama ada hasratnya itu merupakan langkah tepat atau sebaliknya.
"Adakah salah kalau saya rasa macam tak nak hantar anak ke sekolah? Terlalu banyak tengok kes buli, kes liwat dan rogol.
"Ini termasuk kes terpengaruh dengan rakan sebaya. Saya tak nak anak saya jadi salah satu mangsa atau pemangsa," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Bercerita lanjut, wanita itu turut mempersoalkan adakah dia merupakan ibu yang mementingkan diri sendiri kerana mahu anaknya menjalani proses pembelajaran dari rumah.
"Jahat ke saya? Tak boleh ke bagi anak belajar kat rumah je?" soalnya.
Wanita tersebut kemudian tampil mendedahkan bahawa kini anaknya baru berusia tiga tahun namun dia sudah mula berfikiran jauh mengenai persekolahan si kecil itu.
Jelasnya, dia bagaimanapun tidak mempunyai masalah untuk menghantar anaknya ke tadika seperti kanak-kanak lain.
"Nak hantar masuk tadika okey saja sebab saya akan pilih tadika yang betul-betul elok.
"Tapi masuk sekolah rendah nanti, circle jadi makin besar dan makin susah nak kawal," ujarnya.
Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mahu anaknya terpengaruh melakukan perbuatan tidak baik, bahkan juga mempengaruhi perkara negatif kepada rakan-rakan.
"Saya tak nak anak mencarut sebab terpengaruh dengan kawan-kawan. Saya juga tak nak dia ajar benda yang tak baik dekat kawan-kawan dia.
"Beratnya hati. Tak mampu nak reda jika apa-apa jadi dekat dia. Saya tahu doa tu kena sentiasa tapi macam mana nak sedapkan hati ni," luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan hasrat wanita itu dengan memberikan pelbagai reaksi dan pandangan.
"Sampai bila nak 'simpan' anak? Kita pun bukan boleh selamanya bersama anak.
"Boleh je homeschool. Tapi kena sedia hakikat yang dia juga akan hidup di dunia luar apabila sampai masanya.
"Anak-anak perlu perkembangan sosial, belajar berkawan dengan pelbagai perangai manusia. Jadinya dunia ni keras. Risau mana pun kita, anak-anak sendiri yang akan berhadapan dengan realiti dunia nanti," komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah kenapa mak?
Tak pergi sekolah lagi la bahaya
Menda kalau nak jadi budak kat rumah pun jadi
Dah kalau penjahatnya kat rumah
Mak kalau dah bodo jgn nak bg anak2 ikut bodo jugak
Hantar la p sekolah
Ke ko pemalas
Beranak banyak banyak je pandai
Hurgghhh |
|
|
|
|
|
|
|
kau buka tv buka internet berlambak benda tak senonoh anak boleh ikut..
dan dan nak salahkan sekolah..
education start from home..
kalau kau didik anak kau mana betul mana salah, elok la jadinya..
nijam, cikgu or orang lain tegur marah anak kau, kemahen kau melenting..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|