CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 11

[Tempatan] Satu maut, dua parah buat aktiviti samseng jalanan

[Copy link]
Post time 20-4-2025 08:51 PM | Show all posts |Read mode


KLANG – Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah ketika dipercayai melakukan aktiviti samseng jalanan di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Uda di sini, hari ini.


Kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu berlaku selepas semua mangsa berusia 16 dan 22 tahun disyaki melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah kereta di lokasi tersebut.


-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kemalangan itu melibatkan tiga motosikal dan sebuah Perodua Axia.


Jelas beliau, pemandu kereta yang membelok ke kanan simpang itu bagaimanapun dilanggar sekumpulan penunggang motosikal yang tidak berhenti di lampu isyarat merah.


“Akibat perlanggaran itu, tiga motosikal dikenal pasti terlibat dengan seorang daripadanya berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


“Dua lagi mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya petang ini.


Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan keadaan kecoh di kawasan itu dengan sekumpulan penunggang motosikal mengerumuni lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga anak2 kh dijauhkan dr berperangai begini
Kesian mak ayah, bela anak sampai besar....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah,

Sorry No Al Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
punya la ramai yg join tp sikit sgt yg mati+parah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian driver axia tu. X pasal2 kereta rosak. Trauma lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:14 AM | Show all posts
Macam tu sahaja nyawa melayang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2025 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati and cacat kekal.sampai lumpuh je ubat utk bdk2 mcm ni...kalau injured sikit2 tak jadi hal punya...mmg tak tau serik
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:24 AM | Show all posts
Telah tiba saat kau tinggalkan....... Ramai sgt org dtg melawat td... kau baik sgttt.... puii!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 11:39 AM | Show all posts
geng2 rempit semua dok salahkan axia tu walhal yg dok racing langgar lampu merah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 12:28 PM | Show all posts
mat rempit

satu lagi legasi Umngok
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun
Tu le kot dah tahu takde ilmu kebal jgn nak cuba2. Tak memasal achik axia jd mangsa korang. Trauma tu satu hal lg tau tak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka yg mati tu..im just sorry tak ramai mati..yg duduk situ taula lumba haram dari zaman 80an lagi..ni masuk kategori anak cucu agaknya penyambung legasi. moga byk lagi yg mati lepas ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 2.520636 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list