CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 18

[Jenayah] "Itu Makan Dia" - Bengang Dengan Barang Fake, Campak Dalam Sungai Melaka Tempat Paling Sesuai!

[Copy link]
Post time 21-4-2025 07:44 AM | Show all posts |Read mode


Sungai Melaka adalah salah satu aset pelancongan penting untuk negeri tersebut. Namun tindakan seorang influcner ini benar benar mengecewakan netizen.

Niat seorang influencer dan usahawan mahu menunjukkan rasa marah ke atas  barang fake bertukar menjadi tempat dia dikecam balik.

Usahawan tersebut telah memesan baju tiruan produknya. Dan kemudian melihat kualiti baju tiruan tersebut secara teperinci.

Ini termasuk rekaan font dan juga kualiti kain dan cetakan pada baju tersebut.

Dan kemudian dia telah  membaling baju tiruan  tersebut ke dalam Sungai Melaka.

Di ruangan komen netizen meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah atau MBMB mengambil tindakan ke atas influencer tersebut yang jelas telah membuang sampah.

Campak baju dalam Sungai Melaka

Dia telah mencemarkan sungai tersebut secara terang terangan. Dia menganggap baku fake itu sebagai sampah dan tempatnya adalah ‘di Sungai Melaka’.

Walaupun ada pengikut usahawan itu menyatakan bahawa ushawan itu pastinya akan mengambil balik sampah tersebut.

“Takkan terang terang nak cemarkan sungai, siap buat video,” kata pengikut yang mempertahankan tindakan usahawan tersebut.

Yang lain tetap tidak berpuas hati dengan cara usahawan tersebut yang dianggap bukan sahaja mencemarkan sungai dan alam sekitar, namun tidak menghormati kerja orang lain yang mencuci membersihkan Sungai Melaka demi saujana mata pelancong.

Mereka mempersoalkan sama ada usahawan tersebut memang suka buang sampah dalam sungai? Dan ada juga yang menyatakan: “Yang bijak  pandai buang dalam sungai itu apahal? Macam tu nak suruh orang beli barang kau.”

Netizen turut yakin usahawan tersebut pasti ada melihat papan tanda di sekitar sungai tersebut yang memberikan peringatan agar sentiasa menjaga kebersihan sungai.

Dan yang lain menambah: “Kau jangan bagi malu orang Melaka bang.”

Dan komen netizen di hantaran tersebut semakin ramai yang kecewa dengan tindakan influencer itu.

Netizen Kecam Influencer Buang Sampah Dalam Sungai Melaka Secara Terang Terangan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2025 01:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampah lain kali buang dalam tong sampah lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:07 AM | Show all posts
lenkali wat video kambus belakang rumah jer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:15 AM | Show all posts
Ini namanya cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:21 AM | Show all posts
ler yg pergi buang kat sungai dah kenapa...tong sampah takde ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2025 08:37 AM | Show all posts
memalukan golongan designer aja
kaedah yg betul, proceed la saman,
bincang dgn team, hired peguam, jual baju rm129 sehelai mampu sgt amik peguam

pstu copy paste semua alamat seller tu , hantar notis bagai, minta ganti rugi sekian2 berdasarkan rekod jualan yg tertera dlm pages

itu barula berakal sket
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mencemarkan sungai je mangkok ni.tangkap,denda  dia cepat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 09:12 AM | Show all posts
harap pihak polis ambik tindakan org buang sampah dalam sungai ni. bukti dah nyata tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 09:25 AM | Show all posts
Pokcik petai buang petai dalam sungai ada kena kompaun tak?
Tanya je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 09:35 AM | Show all posts
terang2 buang sampah dlm sungai, ko marah ke apa ke, tongsampah tak ada ke...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 09:49 AM | Show all posts
elok kau bakau je baju tu abes cite.. sungai melaka tu dah la sejenis teh tarik pekat likat siap bau & kau pegi campakkan lg sampah sarap.. tu belum lg org2 yg lemas dlm tu dgn biawak2 nye.. bebal
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Content je ni. Kena kecam jadi viral dah ramai org tau brand dia...tapi jenis t-shirt mcm ni mmg semua mahal kenapa ye..setakat design camtu buat sendiri pun boleh tambah 2 pakai ai skang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts


Eewwww...kuningnya air sungai....negeri bersejarah.



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 10:45 AM | Show all posts

fake 20
ori 129

kualiti kain die la kot yg tip top
tp design alahai...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 10:52 AM | Show all posts
dah tua2 pon .....!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 10:52 AM | Show all posts
dah tua2 pon .....!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 10:57 AM | Show all posts
sapa si bodoh babi ni
mesti selalu buang sampah merata2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 02:26 PM | Show all posts
Buang dalam tong sampah efek dia lagi dramatik dan simbolik kepada status barang tu tahap sampah. Sungai itu nature's gift dan dicintai ramai unless ko ni memang jenis yang anggap sungai itu macam tong sampah lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 1.087498 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list