CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 14

Hutang Shuib tidak lagi cecah puluhan juta, berjaya bayar sebahagian dalam tempoh 2 bulan

[Copy link]
Post time 19-4-2025 04:54 PM | Show all posts |Read mode


PELAWAK dan usahawan Shuib menganggap hutang mencecah puluhan juta ringgit yang sedang ditanggungnya adalah perkara biasa memandangkan dia membuka perniagaan berskala besar.


Bagaimanapun kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, dia berjaya membayar sebahagian hutang miliknya hanya dalam tempoh dua bulan.


"Alhamdulillah (hutang) sudah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini.



  

"Saya percaya apabila buat perniagaan bernilai jutaan ringgit, hutangnya pun begitu juga," katanya kepada mStar.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran restoran Nasi Bakar Bangkit di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Restoran cawangan di Bandar Permaisuri, Cheras itu turut melantik anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin sebagai duta restoran berkenaan.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu setiap bulan dia akan berkunjung ke beberapa agensi kerajaan bagi berbincang cara terbaik menyelesaikan hutang tertunggaknya.

  

Selain pihak bank, hutang Shuib turut membabitkan beberapa agensi kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Melihat kepada perkembangan perniagaannya semakin positif, Shuib yakin mementum itu dapat dikekalkan sekali gus membantunya melunaskan hutang tetap pada waktu.

Janji Shuib, dia tidak akan lari daripada tanggungjawab dan akan melangsaikan hutang-hutang ditanggungnya.

  

"Saya melihat perniagaan saya sedang meningkat kembali. Jadi saya harap ia terus berkekalan.

"Perniagaan memang akan ada turun naik. Jangan risau saya akan berusaha selesaikan dan percaya Allah akan bantu dan permudah urusan saya," katanya.

Pada Februari lalu, Shuib mengaku menanggung hutang mencecah puluhan juta ringgit selain berdepan tindakan mahkamah susulan gagal membayar caruman Perkeso selain didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada gak yg sapot. Geli hirup napas udara yg sama dengan penyokong-penyokong dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun bukan puluhan juta tapi masih juta kan? nama pun hutang kena la bayar
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 09:50 PM | Show all posts
Takpa, anak dia Dekta dan Matin nak jadi retis dan paid reviewer, mesti akan tolong bapak diaorang kannnn…. Apa guna ada anak, kalau tak boleh tolong bayar hutang ayah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
SANKURIANG replied at 19-4-2025 09:50 PM
Takpa, anak dia Dekta dan Matin nak jadi retis dan paid reviewer, mesti akan tolong bapak diaorang k ...

Uolss komen camni, iolss teringat benang Ben Laden pasal mak pak dia scam orang
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 10:05 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 19-4-2025 09:57 PM
Uolss komen camni, iolss teringat benang Ben Laden pasal mak pak dia scam orang

Kannn...sampai hati parents dia buat camtu. Guna nama anak, skrng Ben yg kena kejar, budak tu baru nak hidup, bapak mak lak scam dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2025 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
SANKURIANG replied at 19-4-2025 10:05 PM
Kannn...sampai hati parents dia buat camtu. Guna nama anak, skrng Ben yg kena kejar, budak tu baru ...

Bukan anak je kena, bapak (atok Ben) pun kena jugak.

Ni macam iolss punya SV la...dia hutang Ah Long, anak dia tolong settle. Pastu 2nd time kena kejar Ah Long, dia attempt bundir. Nasib baik anak dia jumpa. Yang 2nd time ni tak tau la macam mana. Anak dia tolong settle jugak ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:17 AM | Show all posts
Dh boleh start groom anak2 masuk dunia hiburan. Lepas ni jd manager anak2 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
acikonion replied at 19-4-2025 05:17 PM
Dh boleh start groom anak2 masuk dunia hiburan. Lepas ni jd manager anak2 je.


tak payah suruh dah start dah pun..yg si pompuan bawak jumpa ajai walaupun suara below park so dapat la join konsert ride nama wife..yg si mantin dah bawak ke ajl buat video feeling2 rupa macam akim..ni dah jadi duta plak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:23 AM | Show all posts
Apa juga bisnes shuib ni selain bubblebee tu? Air bubblebee dia tu dari mula ke kemuncak dah nak bankrup, sekali pun iols x pernah berminat nak rasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmglah kau ambik anak kau jadi duta utk restoren kau. Mestilah ambik "org dalam" kan
Nak harapkan brand2 lain yg ambik anak2 kau jadi duta? LAMBERTTTTT LAH LAGI.
Sembang hutang juta2 mmg patut, mcm la kau tu ada basic berniaga. Hoiii kau tu dulu kerja angkat beg, then jadi pelawak, then berkwn dgn bijjk kanna gemok! Tu je basic engko.
Sembang mcm ada degree business management. Lancau kau lah shahmira muka bulan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 07:26 AM | Show all posts
jihah_kudat replied at 20-4-2025 01:20 AM
tak payah suruh dah start dah pun..yg si pompuan bawak jumpa ajai walaupun suara below park so dap ...

X lama lg dia tunggang la citer sedih anak bongsu dia tu pula
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
acikonion replied at 19-4-2025 11:26 PM
X lama lg dia tunggang la citer sedih anak bongsu dia tu pula

yang i pun sudah nyah... asal story pasal arwah nanti ada la selit cite si bongsu..so he dah guna semua anak2 he tu keep org bercakap..tinggal nak tunggu ank dia dgn watie je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran dia jual apa? Harga menu caner? Aku suka pi bumbu babah yg ajak punya punya tu.. Harga pon murah. Cuma drink selection tak banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 10:12 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.259549 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list