CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 1

Bahaya NCD: Kenapa penyakit jantung, diabetes & kolesterol mudah menyerang lepas raya?

[Copy link]
Post time 17-4-2025 11:14 AM | Show all posts |Read mode


SERONOK pulang ke kampung berjumpa ibu bapa. Berkumpul bersama sambil menziarahi sanak saudara dan menjamu selera tanpa henti selama beberapa hari.


Tahukah anda, amalan sedemikian boleh menyumbang kepada Noncommunicable Diseases (NCD) atau lebih dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit iaitu sekumpulan penyakit yang bukan disebabkan oleh jangkitan akut.


Laporan World Economic Forum menganggarkan NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan gangguan pernafasan kronik yang meragut 40 juta nyawa setiap tahun. Daripada jumlah itu, 17 juta adalah individu berumur bawah 70 tahun dan 8.5 juta daripadanya berada di Asia.


Sebanyak 15 juta kematian NCD melibatkan kumpulan umur antara 30 hingga 69 tahun. Walaupun begitu, melihat gaya pemakanan sekarang ini, kanak-kanak dan remaja juga berisiko terdedah untuk mempunyai penyakit tersebut.




Menurut perkongsian oleh doktor perubatan di Klinik Medikputra, Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, Dr Hanif Arshad, gaya hidup menyumbang kepada 60 hingga 70 peratus punca mendapat penyakit ini, manakala faktor genetik hanya 50 peratus sahaja.


“Sebagai contoh, ibu bapa ada penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol. Jangkaan 50 peratus anak-anak akan mewarisi penyakit yang sama. Namun, jika gaya hidup tidak dijaga sebaiknya, maka peluang untuk mendapat penyakit ini lebih tinggi.


“Orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas berisiko tinggi untuk mendapat NCD tetapi jika dilihat sekarang ini, ramai anak-anak kecil yang obes. Buat masa sekarang, mereka masih sihat tetapi berkemungkinan untuk mendapat penyakit-penyakit ini pada usia muda,” katanya.


Untuk anda yang memang sudah mempunyai penyakit, selepas raya pasti bacaan darah dan gula akan naik, buah pinggang bermasalah, ada yang kena gout dan tiba-tiba kena serangan jantung.




Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko dan berhari raya dengan tenang:


Jaga diri sendiri - Sudah tahu diri sendiri ada penyakit maka jaga pemakanan semasa hari raya. Boleh makan lauk-pauk yang dihidangkan tetapi biarlah dalam jumlah yang sedikit. Sekadar rasa sahaja.

Jaga masa makan – Banyak rumah sanak saudara dan sahabat handai yang perlu dikunjungi. Itu belum lagi program rumah terbuka selepas raya. Sarapan jam 8 pagi, kemudian makan lagi jam 10 pagi. 12 tengah hari makan lagi, selepas itu jam 2 petang berkunjung ke rumah lain pula. Jangan amalkan gaya sebegini kerana perut tidak sempat hadam dan jantung bekerja keras. Pastikan jarak sekurang-kurangnya 4 jam untuk makan.

Minum air masak – Sudah tahu akan berkunjung ke banyak rumah, bawa air masak dari rumah atau pun minta air masak dari tuan rumah. Minum air manis dua atau tiga gelas sahaja, selebihnya minum air kosong.

Pemeriksaan kesihatan – Sebelum keluar beraya, pastikan anda membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Periksa tekanan darah dan bacaan gula. Selepas dua jam makan, buat pemeriksaan sekali lagi bagi memastikan keadaan baik-baik sahaja. Jika bacaan tinggi, anda perlu segera ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.

Makan ubat – Seronok pergi beraya, jangan lupa makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan. Kadang-kadang ada yang lupa kerana sibuk menyediakan juadah untuk tetamu. Perkara penting seperti ini perlu dijadikan keutamaan setiap masa. Masukkan ubat ke dalam beg sebelum pergi beraya.

Aktiviti fizikal – Walaupun tidak sempat untuk bersenam kerana penat beraya sakan, anda boleh amalkan berjalan kaki ke rumah jiran. Jika rumah yang ingin dikunjungi hanya setaman, boleh sahaja berjalan kaki. Tidak perlu menaiki motosikal atau kereta.

Rehat yang cukup – Sama ada dewasa mahupun kanak-kanak, anda memerlukan rehat yang secukupnya agar badan sentiasa sihat. Tekanan berpanjangan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang meningkatkan risiko berlakunya NCD, terutamanya penyakit jantung. Oleh itu, rancang perjalanan anda sebaiknya.

Tidur yang mencukupi – Saudara-mara yang ramai tidak bermakna anda perlu pergi ke semua rumah dalam masa sehari. Begitu juga buat tetamu, elakkan berkunjung ke rumah orang pada waktu tengah malam. Tuan rumah juga memerlukan rehat yang cukup. Tidur merupakan salah satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah NCD.

Berhenti merokok – Merokok bukan sahaja tidak elok untuk diri, malah memberi kesan kepada insan lain. Seronok berborak bersama rakan sambil menghisap rokok berbatang-batang. Merokok boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat, mengurangkan kadar aliran darah dan menyebabkan ketagihan. Rokok sangat berisiko terhadap NCD seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser dan gangguan pernafasan kronik. - Sinar Plus




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 02:38 AM | Show all posts
ini standard lah dgn cara hiudp dan pemakanan kita di malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 2.890614 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list