CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 6

[Dunia] Transgender bukan wanita atau lelaki secara biologi – Mahkamah Agung UK

[Copy link]
Post time 18-4-2025 11:28 AM | Show all posts |Read mode


LONDON: Keputusan bersejarah oleh Mahkamah Agung United Kingdom (UK) menetapkan istilah ‘wanita’ dalam Akta Kesamarataan 2010 merujuk kepada wanita dari segi biologi, bukan identiti jantina.


Lima hakim Mahkamah Agung termasuk Lord Hodge, membuat keputusan sebulat suara bahawa wanita dan jantina dalam Akta Kesamarataan bermaksud wanita dan jantina secara biologikal.


Dalam keputusan 88 halaman, hakim-hakim menyatakan definisi jantina dalam Akta Kesamarataan 2010 menjelaskan konsep jantina adalah binari iaitu seseorang sama ada wanita atau lelaki.


Keputusan ini boleh memberi kesan besar terhadap hak berasaskan jantina, termasuk pengurusan ruang eksklusif untuk wanita.


Pemimpin Konservatif, Kemi Badenoch memuji keputusan itu sebagai kemenangan untuk wanita dan menyatakan era di mana Keir Starmer (pemimpin Buruh) mendakwa wanita boleh menjadi lelaki sudah berakhir.


Kes ini bermula daripada pertikaian antara kerajaan Scotland dan kumpulan hak wanita For Women Scotland (FWS) mengenai definisi wanita dalam undang-undang Scotland yang mewajibkan 50 peratus perwakilan wanita dalam lembaga awam.


Isu utama adalah sama ada seseorang yang mempunyai Sijil Pengiktirafan Jantina (GRC) sebagai perempuan harus dianggap sebagai wanita di bawah Akta Kesamarataan.


Kerajaan Scotland berhujah mereka berhak mendapat perlindungan berasaskan jantina, manakala FWS mendakwa hak itu hanya untuk individu yang dilahirkan sebagai perempuan.


Keputusan Mahkamah Agung ini membatalkan keputusan mahkamah Scotland pada 2023 yang menyatakan bahawa mengiktiraf GRC sebagai wanita adalah sah di bawah Akta Kesamarataan.


Lord Hodge menekankan keputusan ini bukan kemenangan satu pihak ke atas yang lain, sambil mengingatkan komuniti transgender tetap dilindungi daripada diskriminasi di bawah undang-undang sedia ada.


“Akta Kesamarataan melin­dungi orang transgender bukan sahaja daripada diskriminasi berdasarkan ciri ‘penukaran jantina’, tetapi juga daripada diskriminasi langsung, tidak langsung, dan gangguan dalam gender yang mereka iktiraf.


“Di satu pihak iaitu wanita terdiri daripada separuh daripada populasi telah berjuang lebih 150 tahun untuk kesamarataan dengan lelaki. Di pihak lain, iaitu minoriti transgender sering menghadapi diskriminasi berusaha hidup dengan bermaruah,” katanya yang mengakui sensitiviti isu ini. - Utusan



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 04:26 PM | Show all posts
Ada kes bapok yang disumbat dalam cell pompoan, telah merogol banduan pompoan.
Kalau campak dalam cell lelaki, kawatir dia yang kena rogol.

Serupa hantu raya laa... ke kiri pun tak kena, ke kanan pun tak kena.
Terapung antara dua alam gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 10:54 PM | Show all posts
Benda paling basic dlm ilmu biologi pun kena bawak bincang kat court. Gitulah org jantan, dah tukar jadi betina pun terbawak2 sifat agresif dan entitled nya tuh

Lord Hodge menekankan keputusan ini bukan kemenangan satu pihak ke atas yang lain, sambil mengingatkan komuniti transgender tetap dilindungi daripada diskriminasi di bawah undang-undang sedia ada.


Betul lah tu. Bukankah sebelum ni memang dah ada akta utk menjamin kebebasan mereka hidup sbg transgender, tanpa diskriminasi. Tp org kata dah diberi betis, nak mintak peha la pulak kan - nak pengiktirafan sbg wanita secara rasmi. isu nilah punca kejatuhan kerjaya politik acik nicola sturgeon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
'Kerajaan Scotland berhujah 'mereka' berhak mendapat perlindungan berasaskan jantina, manakala FWS mendakwa hak itu hanya untuk individu yang dilahirkan sebagai perempuan.'

Berapa kali ulang baca baru faham. 'mereka' dalam petikan di atas bermaksud transgender la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 06:22 AM | Show all posts
Transgender ni merujuk pd lelaki berpakaian seperti wanita kn? X semestinya dia dh ptg anu dia... Acik teringat kejadian terserempak dlm tandas pompuan dgn pereka fesyen tersohor yg dulunya berpakaian wanita. Serba salah acik nk masuk tp acik butakan mata je la & terus g shishi. Nape pula acik yg nk kena rasa malu dlm tandas tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
acikonion replied at 19-4-2025 06:22 AM
Transgender ni merujuk pd lelaki berpakaian seperti wanita kn? X semestinya dia dh ptg anu dia... Ac ...

Umbrella term untuk mereka yang merasa jantina heshe tak seperti yang ditulis dalam surat beranak. Contoh SB kata jantan tapi dia rasa (dan consistently and persistantly insist) dia seorang wanita. Dah potong atau tidak itu irrelevant. Can happen both ways juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-4-2025 10:54 PM
Benda paling basic dlm ilmu biologi pun kena bawak bincang kat court. Gitulah org jantan, dah tukar  ...

Do you like teabagging?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.260448 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list