CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 5

Ramai kutuk piza free Jofliam

[Copy link]
Post time 14-4-2025 08:28 PM | Show all posts |Read mode


Niat baik pempengaruh dan usahawan terkenal, Jofliam, berkongsi rezeki selepas melangsungkan perkahwinan dengan Emira Delyati Dewi mencetuskan sedikit kontroversi.

Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita memuat naik foto piza percuma berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan saiz serta kualitinya.

Malah, piza berkenaan turut disamakan dengan roti nan cheese kerana saiznya yang kecil dan sedikit rentung.

"Nan cheese mamak depan rumah nampak lagi menyelerakan dari yang ini.

"Piza pun rentung. Kasihan la walajo (peminat Jofliam) tu. Macam tu je dapat," komen netizen.



Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi, sebelum ini berjanji akan memberikan piza secara percuma kepada orang ramai apabila dia selamat mendirikan rumah tangga.

Dia sah bernikah dengan Dewi pada 5 April lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.

Sebagai ganti majlis resepsi, Jofliam menganjurkan rumah terbuka dan menepati janjinya dengan pemberian piza dan makanan percuma pada Ahad, bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Menariknya, tetamu perlu ‘battle’ atau bersaing untuk mendapatkan piza tersebut sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.



Acara tersebut dihadiri peminat, malah turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah seperti char kuey teow, apam balik, cendol, pasta, lemang serta air kopi dan teh ais.

Dalam beberapa perkongsian video di laman Instagram milik Jofliam, kelihatan ramai tetamu teruja dan menikmati suasana santai bersama keluarga sambil menjamu selera.

Pada September 2024, Jofliam yang terkenal dengan piza wagyu 'signature' menerima pengiktirafan apabila disenaraikan dalam 100 Chef Pizza Terbaik Dunia 2024 pada kedudukan ke-99.

Namun difahamkan, bagi meraikan peminat pada hari resepsinya, piza yang diagihkan bukan versi wagyu premium, sebaliknya jenis peperoni biasa.

Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti media sosial, Cik Epal, sebelum berpisah pada Oktober 2024.

Pasangan ini memiliki sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki sepanjang 10 tahun selepas berkahwin pada 1 Jun 2014.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2025 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah ye ntah tidak ada 300jemputan yang dpt pizza..
ntah2 150 org je since piza dh pecah 4keping...

Lemang n rendang yang dia sembang tu langsung xnmpk batang buluh pun..laki bini sama2 kaki auta kaki spin kaki putar alam
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 03:43 PM | Show all posts
Lol.. sape le yg hadap sgt pi makan kat rumah depa tu.. cik epal tak hadir samakah? ekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 12:30 PM | Show all posts
Kahkahkahkahaaak...hamak sgt ngan pizza free...jatuh maruah siot..takat beep p'roni biasa tu...baru 5 hengget je kat pijahat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Taj payah battle laa ank aii p tuition slu dapat voucher pizza..mcm2  cash voucher pizza teacher bagi sbb dapat jawab kuiz..murah & berbaloi redeem pizza..ada Domino's, pizza hut & us pizza
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 03:46 PM | Show all posts
tlg ckp takde acikpor yg merendahkan martabat diri g battle utk sekeping pizza yg x menyelerakan mcm ni pls?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.326096 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list