CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 79|Reply: 0

[Sabah] Anil cadang longgarkan kemasukan orang ramai di DUN

[Copy link]
Post time 17-4-2025 08:32 AM | Show all posts |Read mode


ANIL

KUNAK: Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu melonggarkan kemasukan orang ramai ke Bangunan DUN bagi mengikuti persidangan secara langsung di dewan legislatif itu.

Bendahari Pemuda UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata peraturan DUN ketika ini yang mengehadkan kemasukan orang ramai ke Bangunan DUN tidak sesuai kerana institusi berkenaan tidak seharusnya ‘tertutup’ dan menjarakkan diri daripada rakyat.

Katanya, kekangan kemasukan ke DUN ketika pandemik COVID-19 sebelum ini memang difahami, namun selepas pandemik itu diisytiharkan tamat, DUN seharusnya kembali boleh dikunjungi orang ramai.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, kawalan ketat ke atas kemasukan ke DUN adalah difahami bagi membendung penularan COVID-19.

“Bagaimanapun, dalam suasana negara sudah beralih ke fasa endemik, pendekatan ini wajar disemak semula,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, ketika menghadiri sidang DUN untuk mengikuti perbahasan hari pertama dan hari kedua, banyak aduan daripada orang awam yang mengalami kesukaran mendapatkan pas masuk.

“Ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk mendengar perbahasan wakil rakyat, namun terpaksa pulang hampa kerana halangan birokrasi,” katanya
Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu itu berkata, situasi itu berbeza dengan Dewan Rakyat di Parlimen yang mana proses untuk memasuki bangunan jauh lebih mudah, teratur dan mesra rakyat, dengan syarat prosedur keselamatan dipatuhi.

Katanya, DUN adalah institusi rakyat, bukan institusi eksklusif untuk wakil rakyat semata-mata.

“Memang ada akses untuk pegawai-pegawai kakitangan setiap wakil rakyat namun sebaiknya dibuka juga untuk orang ramai. Kalau soal hidangan makanan boleh juga difikirkan untuk buka gerai jualan.

“Maka sewajarnya akses ke DUN dipermudahkan supaya rakyat dapat menyaksikan sendiri proses demokrasi berjalan dengan telus dan terbuka,” katanya.

Beliau berkata, keterbukaan itu bukan saja membina keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi, malah dapat menggalakkan masyarakat untuk lebih cakna terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.

“Saya juga mencadangkan supaya satu prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas dan mesra rakyat diperkenalkan, termasuk permohonan pas pelawat secara dalam talian, kuota khas untuk pengunjung harian dan hebahan maklumat yang lebih awal serta menyeluruh kepada orang awam.

“Setiap individu yang hadir sudah tentu perlu mematuhi kod pakaian, menjalani saringan keselamatan, dan menghormati tatacara DUN.

“Dengan syarat ini dipenuhi, tiada sebab untuk menghalang rakyat mendengar perbahasan secara langsung,” katanya

Beliau berkata, nasihatnya itu bukan bertujuan untuk mengkritik, sebaliknya hanya satu cadangan untuk membina dan menambah baik.

“Oleh itu, saya meminta agar tindakan segera diambil oleh pihak berwajib untuk memperbaiki prosedur ini demi memastikan prinsip ketelusan, keterbukaan dan kebebasan rakyat mengakses institusi demokrasi terus dipertahankan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.227655 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list