CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 8

Menantu berpantang, Sheila Rusly gigih rancang menu

[Copy link]
Post time 20-5-2025 07:17 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Sheila Rusly, meraih pujian ramai warganet apabila tindakannya melayan menantu, Elisya Sandha bak puteri raja ketika sedang berpantang dianggap sangat menyentuh hati.


Menerusi satu hantaran video, Sheila dilihat semangat menyediakan pelbagai menu makanan berpantang untuk Elisya dan ia telah menarik perhatian netizen.


Sheila juga sempat meluahkan rasa teruja apabila menantunya itu mahu menjalani proses berpantang anak kedua di rumahnya.




“Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis rancang menu,” kongsinya.


Momen menarik yang menjadi bualan ramai ialah apabila adik kepada aktres Fasha Sandha itu memeluk ibu mentuanya itu sebagai tanda berterima kasih kerana menyediakan makanan berpantang buatnya.


Kalangan warganet menyifatkan Elisya seorang menantu bertuah kerana mempunyai ibu mentua yang baik seperti Sheila.


  


“Bestnya dapat mentua macam ini. Kita pun gembira nak pantang.


“Cita-cita aku nak jadi mentua macam ini. Sebab aku nak dia gembira jadi isteri anak aku nanti.


“Beranak ramai pun tak kisah ini kalau dapat mak mentua macam ini,” komen beberapa pengguna media sosial.


  


Pada Jumaat lalu, Elisya berkongsi berita gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Bahtera ElHaq.


Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Just nak cakap, Bunga cantik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 03:13 PM | Show all posts
Berianya, mcm menantu takde mak sendiri..

Maaplah i kuno sikit, nak mak sendiri jugak jaga.. Tak sama dgn mak mertua.. Walau dgn mak mertua rapat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Meolls tengok si elisya ni dok tayang stok susu badan, meolls pulak rasa malu..Ntahlah maybe meolls ni org kampung yang rasa tak perlu nk tunjuk dlm media sosial susu badn sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramah dan bagus elisya ni. Kalau aku dah rimas dah. Tak selesa nak duduk rumah orang lama2. Rasa serba salah diri menyusahkan mak mertua tu. Baik bayar sendiri confinement lady je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2025 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 23-5-2025 03:13 PM
Berianya, mcm menantu takde mak sendiri..

Maaplah i kuno sikit, nak mak sendiri jugak jaga.. Tak sa ...

Untungnya uols mak masih sihat dan hidup. Tak sama kasih dan layanan mak kandung dengan mak tiri dan mak mertua. Beruntungnya u.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia ada confinement lady. Sheila kan sibuk di restaurant, so takkan takde orang teman kat rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama rare dan simple...x berat buat anak..
Anak dia cantik..untung mertua syg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.082561 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list