CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

[Sarawak] Beberapa laluan utama di sekitar Stadium Perpaduan ditutup sempena Sambutan Aidilfitri Madani 2025 pada Sabtu

[Copy link]
Post time 15-4-2025 05:54 PM | Show all posts |Read mode


TUTUP… Lokasi penutupan jalan semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025.

KUCHING: Beberapa laluan utama di sekitar kawasan Stadium Perpaduan akan ditutup kepada semua kenderaan pada Sabtu sempena penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, penutupan jalan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran penganjuran majlis yang bermula 8.30 pagi serta menjamin keselamatan masyarakat.

“Penutupan jalan ini melibatkan kawasan-kawasan Bulatan Kesuma Resort; Persimpangan Sumber Alam ke Stadium Perpaduan ; simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Stadium (hadapan) dan simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Stadium (belakang).

“Seterusnya, simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Diplomatik (hadapan Pusat Akuatik); jalan masuk ke Pusat Akuatik Pandelela Rinong (1 & 2); jalan masuk ke Padang Gasing; Jalan Diplomatik (Squash Centre); lorong masuk ke tempat letak bas (sebelah Stadium Negeri) dan Jalan Stadium (Ring) / Simpang ke parkir awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


LALUAN…Laluan keluar masuk orang awam ke Stadium Perpaduan kelak.
Bagi mengelakkan kesesakan, Farhan menasihatkan orang ramai agar menggunakan laluan alternatif untuk menuju ke tempat letak kenderaan yang disediakan.

Bagi kenderaan yang datang dari arah Bulatan Sesco, pengunjung diminta membuat pusingan ‘U’ di Bulatan Casuarina dan seterusnya melalui Jalan Casuarina untuk memasuki simpang Jalan Stadium (Ring), katanya.

“Pengunjung yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus masuk ke kawasan parkir di belakang Stadium Sarawak.

“Bagi laluan keluar dari stadium, kenderaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan Stadium Sarawak disarankan untuk keluar melalui Jalan Diplomatik menuju ke Demak.

“Kenderaan yang melalui Jalan Stadium (Ring) diminta keluar melalui Jalan Stadium (Ring) menghala ke Jalan Casuarina,” katanya lagi.

Dalam pada itu, orang ramai diminta agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082259900, kata Farhan lagi.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051247 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list