KAPSUL masa yang ditanam hampir tiga dekad lalu di Menara Kuala Lumpur buat pertama kali dibuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.
Kapsul masa Wawasan 2020 yang disimpan sejak 1 Oktober 1996 itu berusia kira-kira 28 tahun menyimpan pelbagai barangan.
Antara barang yang dikeluarkan adalah beberapa keping gambar pembinaan, wang kertas RM2, poster, filem, iklan Menara Kuala Lumpur, cakera padat video (VCD) dan barang lain.
Mahathir juga ditemani isterinya, Dr Hasmah Mohd Ali dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika majlis tersebut.
Menariknya, kapsul tersebut dibuka pada usia Mahathir 100 tahun.
Pada masa sama turut mencuri perhatian apabila melihat Mahathir membuka kapsul dengan keadaan tangan yang berbalut.
Meskipun begitu, majlis itu dilaporkan berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia. — Majoriti
|