CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 6

Alvn kecewa lagu tiada sambutan

[Copy link]
Post time 12-4-2025 01:14 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong meluahkan perasaan kecewa kerana lagu yang dihasilkannya sebelum ini tidak mendapat sambutan daripada pendengar.



Penyanyi yang kini mahu dikenali sebagai Alvn berkata, dia juga tidak merancang untuk menghasilkan lagu baharu pada tahun ini kerana hasilnya tidak seperti diharapkan.

Saya berasa penat dan tidak mahu buat lagu baru tahun ini kerana tidak laku. Lagu sudah banyak kali keluar tapi tiada orang nak dengar pun?

"Sebenarnya, saya buat lagu kerana nak buat 'show' (persembahan) tapi nampaknya tiada 'show'.

"Saya bukannya penyanyi popular yang boleh bertahan dengan lagu sahaja. Jadi saya kekalkan nama dalam bidang lakonan sahajalah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Tiada Seperti Leyla TikTok Live bersama pelakon Rita Nadira di sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini.

  


Mengenai bidang nyanyian lagi, kata Alvn, dia memang meminati cabang seni yang juga menjadi hobinya itu.

"Saya buat lagu dengan mendapat inspirasi dari kawan-kawan.

"Saya juga pernah bekerjasama dengan komposer terkenal untuk buat lagu tetapi masih tidak laku.

"Mungkin sebab saya juga bukan penyanyi dari Anugerah Juara Lagu," katanya yang pernah berduet dengan Janna Nick menerusi lagu Aku Kamu yang menjadi lagu runut bunyi drama bersiri My Coffee Prince.

Dari segi persaingan pula, Alvin tidak menafikan sukar untuk penyanyi bukan Melayu sepertinya dikenali ramai.

  


"Saya akui sukar untuk penyanyi bukan Melayu yang menyanyi lagu Melayu menjadi 'famous' (terkenal) kerana stesen radio pun tidak putarkan lagu itu.

"Salah sayakah lagu dihasilkan tidak mendapat sambutan? Atau nak saya buat kontroversi lagi?," katanya yang tampil dengan bingkisan album berjudul Between The Lines pada tahun lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2025 10:13 AM | Show all posts
sedap sgt ke sore ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 02:17 PM | Show all posts
_edited_
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 14-4-2025 06:17 AM
_edited_

Ala...Meols nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 04:27 PM | Show all posts
ikut jejak fazura dgn bang long ke keluar lagu jugak... walauponnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer dia lagu nya sedap ke idop?suara letak tepi dlu..kalau lagu x sedap xda demand mmg radio xputar kut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh ehhh... Nak paksa2 pula...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.111762 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list