AHLI kumpulan 2NE1 Park Bom menyangkal dakwaan dia menggunakan aplikasi penapis kamera atau 'filter' dalam foto-foto yang dimuat naik di media sosial.
Sebaliknya kata Park Bom, 41, wajahnya kelihatan cantik hasil tatarias jurusoleknya yang hebat.
"Berlatih untuk konsert Seoul dengan jurusolek saya.
"Bukan filter tapi solekan," katanya.
Park Bom berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Park Bom turut menyiarkan foto bersama rakan sekumpulannya iaitu CL yang sedang berlatih untuk konsert 2NE1 akan datang.
Malah sekali lagi Park Bom tegaskan dia tidak menggunakan apa-apa filter pada hantaran berkenaan.
"Berlatih untuk konsert hari ini dengan CL, tiada filter digunakan," ujarnya.
Sebelum ini segelintir netizen membuat spekulasi Park Bom menggunakan filter berlebihan untuk mengambil swafoto terutamanya menunjukkan saiz matanya.
Membalas respon berkenaan, Park Bom menyiarkan gambar tambahan untuk menyangkal tuduhan itu dan dengan tegas menafikan sebarang penggunaan filter. - mStar
|