“Selepas habis penggambaran drama ini, saya memang mahu berikan fokus kepada anak-anak sahaja. Saya juga berkemungkinan tidak lagi ambil sebarang tawaran untuk tahun ini lagi dan akan bersambung semula tahun depan.
“Bagi saya, anak sangat perlukan ibu bapa sewaktu kecil mereka dan saya mahu mereka membesar di depan mata saya. Saya punya tugas sekarang ini mahu melihat mereka membesar dengan baik,” katanya kepada mStar.
Mawar berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi fotografi drama Nikmat Yang Sesaat di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Drama mengenai kehidupan ‘Sugar Baby’ itu turut dilakonkan oleh Fadlan Hazim, Arash Mohamad dan Sherry Ibrahim.
Sumber: mStar