CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 1

[Jenayah] [VIDEO] Bapa Zalim Pukul & Henyak Toddler Di Backseat Kereta ~ (Off Sound Kalau Tak Sanggup Dengar Rintihan Baby)

[Copy link]
Post time 8-4-2025 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by begg at 8-4-2025 01:32 AM



Baru-baru ini, kecoh di media sosial tindakan seorang bapa yang didakwa mengajar anak dengan cara yang disifatkan agak kasar oleh kebanyakan orang.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang individu yang menyaksikan dan merakam kejadian tersebut.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook Nazhatul Shima, kelihatan lelaki berkenaan didakwa sedang memukul dan menghenyak anaknya yang dibaringkan pada tempat duduk bahagian belakang.

Kejadian itu turut disaksikan oleh dua orang kanak-kanak lain yang dipercayai anak si pelaku serta isterinya yang duduk pada bahagian tempat duduk hadapan.

  


Tidak tahan melihat tindakan lelaki berkenaan, suami si perakam video terus menegur perbuatan kasar lelaki tersebut.

Namun, jawapannya agak mengejutkan. Jelas lelaki itu, dia bertindak demikian kerana mahu mengajar anaknya yang dikatakan membaling barang pada orang.

“Memang la dia budak abang, dia baling barang pada orang. Tak payah nak record (rakam) video. Kalau tak diajar macam mana, dia baling barang orang,” kata si bapa dalam video tular itu.

Pun begitu, si perakam serta suaminya berpendapat tindakan lelaki itu tidak sesuai dilakukan apatah lagi kepada kanak-kanak yang dianggarkan berusia 2 hingga 3 tahun.

“Betul ke cara ajar anak macam ni? Apa pendapat korang. Anak umur 2 ke 3 tahun. Baling barang orang (mungkin kat kedai), bapa penampar 2 ke 3 kali sebelum masuk kereta.

“Bawa masuk kereta baringkan, henyak-henyak dan hempas baby tu banyak kali. Emak dia tengok je dekat depan. Cara ajar anak katanya.

“Aku pun ada 4 (orang) anak, anak aku pun sebaya baby tu. Budak umur macam itu tahu apa? Biasa la kalau nak barang apa-apa kita tak bagi. Dia baling-baling je.

“Takkan sampai macam tu sekali. Sampai merah padam muka baby tu kena penampar. Kesiannya, itu (baru) dekat luar tu, kalau dekat rumah entah macam mana la dia buat anak dia ya,” tulis individu berkenaan menerusi ruang kapsyen.

Ramai Geram Tindakan Bapa, Mahu Pihak Berwajib Ambil Tindakan

Video yang telah mendapat lebih 3.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan menegur tindakan bapa terbabit yang dilihat ‘kasar’ dalam mengajar si kecil itu.

Malah, ada juga yang berpendapat si ibu seharusnya bertindak menghalang si suami apatah lagi lelaki itu telah menggunakan kekerasan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by saliv at 8-4-2025 03:31 AM

Patut la masuk channel Munafik Hunter.  Janggut kelihatan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 2.559789 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list