View: 651|Reply: 18
|
11 buah lagu Siti Nurhaliza masih dalam 'peti besi' SRC
[Copy link]
|
|
PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza masih mempunyai 11 buah lagu yang belum dilancarkan di bawah bekas syarikat rakamannya iaitu Suria Records (SRC).
Pengarah urusan SRC, Edwin Tan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk melancarkan kesemua lagu tersebut dalam sebuah album khas suatu hari nanti.
Bagaimanapun kata Edwin, perkara itu perlu dibincang dan mendapat persetujuan daripada Siti sendiri walaupun kesemua lagu tersebut milik SRC.
"Ketika menerbitkan setiap album Siti di bawah SRC, kami memang menghasilkan lebih daripada 10 buah lagi.
"Sekarang kami ada baki 11 buah lagu Siti yang belum pernah kami keluarkan. Niat melancarkan lagu-lagu berkenaan memang ada tapi perlu ada persetujuan bersama.
"Ini kerana ia tetap lagu yang dinyanyikan Siti dan kami tidak boleh hendak melancarkan lagu-lagu tersebut sewenang-wenangnya," katanya kepada mStar.
Edwin berkongsi perkara itu ketika ditemui di Raya Media Gathering by Suria Records yang diadakan di Suria Records Lab, Cheras Perdana, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Edwin memberitahu selain Siti, SRC turut menyimpan beberapa lagu penyanyi popular lain yang pernah bernaung di syarikat rakaman berkenaan.
Kata Edwin, kebanyakan lagu nyanyian Siti dalam simpanan SRC adalah ketika penyanyi tersohor itu masih muda.
"Lagu yang kami simpan itu kebanyakannya bergenre pop dan menonjolkan vokal Siti yang masih muda. Sekarang ini kita tak dengar lagi vokal Siti yang sebegitu.
"Kita ada simpan lagu artis lain tapi setakat ini lagu Siti paling banyak," ujarnya.
Untuk rekod, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, pernah merakamkan sebanyak 11 album studio bersama SRC.
Album terakhir Siti bersama SRC yang diterbitkan pada 2004 berjudul Prasasti Seni memuatkan 13 buah lagu.
Selepas tidak menyambung kontrak bersama SRC yang tamat pada 2006, Siti menerbitkan sendiri menerusi syarikat miliknya iaitu Siti Nurhaliza Productions (SNP). - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mesti lagu2 tu suara siti masih sgt sedap |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ada few yang dah leak ke? tak ingat lagu apa tapi penyanyi lain dah nyanyi lagu tu tak silap marsha dengan jaclyn victor?
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 12-4-2025 12:21 PM
bukan ada few yang dah leak ke? tak ingat lagu apa tapi penyanyi lain dah nyanyi lagu tu tak silap m ...
Yang 2 lagu tu dah release chuols dalam album kompilasi SRC tahun 2000an slps tok ti keluar src.
11 lagu tu iols percaya ia fresh dan belom leak dan release lagi di mana2. Salah satu tu iols harap ada lagu ciptaan KRU sbb dlu pernah baca Yusry pernah jaga vojal tok ti dalam studio. Tp nan hado sampai sekarang x keluar.
Yg pasti 2 hari lagi ada 1 lagu baru tok ti release tajuk Sesal utk soundtrack cerita hantu. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba bagi Aina Abdul record balik salah satu dari 11 lagu tu...mana tau boleh letopssss  |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 dpt lah dilancarkan..mesti lagu2 zaman Kesilapanku Keegoanmu, Purnama Merindu,Nian Di Hati, Percayalah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 12-4-2025 07:38 PM
Baru smlm dgr spotify lagu2 lama siti sambil mengemas rumah. dgr lagu bisikan asmara, 1 cinta2 jiwa, engkau bagaikan permata, debaran cinta & ku milikmu & seindah biasa
SG paling suka lagu2 siti yg rancak. Time mmg suara siti on top lah. Rasa susah kot siti nak dpt balik suara yg dulu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti buat proper promosi dan gimik besar2an sbb rasanya xpnh lagi projek mcm ni dibuat kt malaysia. Kalau ada pun myb sekadar singles bukan full album dgn 11lagu mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu ciptaan KRU tu diorg dah bagi kat Amy Mastura....masuk dlm album Bintang Hati. kalau betul la itu lagunya
tajuknya 'Tekanan Jiwa'
|
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 12-4-2025 07:36 PM
Baru smlm dgr spotify lagu2 lama siti sambil mengemas rumah. dgr lagu bisikan asmara, 1 cinta2 jiwa, ...
Layan rancangan Bintang RTM+ kat rtm2 ni.. artis minggu ni tokti.. dpt tgk blk klip2 nyanyian dia masa muda2 dolu.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt x kecoh org cite rate tokti nyanyi dkt mjlis raya affin bank baru2 ni 1lagu rm40k tu klau guna mines one klau live lain reganya tax client yg byrkn dan ada bayaran lain client kn byr selain bayaran tokti nyanyi yg org ni cite dgr je blh bt org ternganga mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Rhyno replied at 12-4-2025 07:14 PM
cuba bagi Aina Abdul record balik salah satu dari 11 lagu tu...mana tau boleh letopssss
Tak payah la chuols..nanti elok² merdu lagu tu, jadi terjerit² plak lagu nya. Lgpon aina kan nyanyi lagu ciptaan sendiri jah. Dia mana nak nyanyi lagu org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
tidak_kelihatan replied at 12-4-2025 09:26 PM
lagu ciptaan KRU tu diorg dah bagi kat Amy Mastura....masuk dlm album Bintang Hati. kalau betul la ...
Lah ye ke? Dah bagi ke amy mastura ke? Hahaha..ingatkan ada lagi. Tp tok ti pon dah rakam kan? So bole la jd versi lagu marsha dgn jaclyn tu. Keluarkan kemudian pon x pe. Janji nak dgr versi tok ti. |
|
|
|
|
|
|
|
katanya total payment untuk nyanyi saja sama dengan total 2 juara GV, haruslah RM200k khuenz pastu lelain tu macam alatan apa semua pihak penganjur yang sediakan. Kerlaz gaytoh..tapi tak pelik pon dah namanya ctdk. Lagipun vokal dah kembali stabil + dah makin slim, stamina pon jadi lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Imkhai at 12-4-2025 11:29 PM
hyie replied at 12-4-2025 11:02 PM
katanya total payment untuk nyanyi saja sama dengan total 2 juara GV, haruslah RM200k khuenz ...
Ada bc jgk yeeikk kt x haha,yg nyanyi utk asean br2 ni dgr2 masyuukkk jgk kn live orkestra lagi,200k jgk kot ke lebih huhu,aku ada pergi kt pavi tgk show case 30th anniversary dia 6april,xsampai 1minggu 400k dlm tangan aku nk duit bnyk sikit pon tunggu gaji hujung bln wkwkwk |
|
|
|
|
|
|
|
kat pavi tu kawan meols je yang pegi. Meols suka la baju barbie doll ABP tu, rasa nak pinjam kejap je baju RAH kaler pink pun cantik. Tiber meols teringin nak pegi ke konser sheols kat singapore nanti, tapi matilah tak tau camne nak pegi sana dengan nak kena tukar duit lagi. Tapi lebih rela pegi ke singapore daripada genting haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Imkhai replied at 12-4-2025 11:20 PM
Ada bc jgk yeeikk kt x haha,yg nyanyi utk asean br2 ni dgr2 masyuukkk jgk kn live orkestra lagi,20 ...
4kali baca baru paham |
|
|
|
|
|
|
|
Imkhai replied at 12-4-2025 10:45 PM
Dkt x kecoh org cite rate tokti nyanyi dkt mjlis raya affin bank baru2 ni 1lagu rm40k tu klau guna m ...
Retis paling tak berbaloi bayo puluh2 ribu tapi komitmen sampah. Acah2 1st class tapi team & diri sendiri loww class   |
|
|
|
|
|
|
| |
|