CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 5

[Tempatan] Lebih RM10 juta baik pulih kolej usang

[Copy link]
Post time 11-4-2025 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 11-4-2025 08:19 PM


SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menerima peruntukan lebih RM10 juta daripada kerajaan bagi membaik pulih bangunan kolej kediaman universiti berkenaan yang didakwa usang serta banyak kemudahan rosak.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, pihaknya telah memulakan usaha penambahbaikan infrastruktur sejak tahun lalu termasuk bangunan kuliah dan kemudahan pelajar.

“Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MOF) atas peruntukan lebih RM10 juta yang disalurkan kepada UiTM Dungun. Dana ini amat penting untuk membaiki kolej dan bangunan akademik yang sudah lama digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau yang turun padang meninjau fasiliti di Kampus UiTM Dungun memberitahu, sebanyak RM1 juta lagi diperuntukkan khusus untuk membaik pulih peralatan dapur Hotel UiTM yang tidak pernah diganti sejak penubuhan institusi tersebut.

Hotel tersebut merupakan pusat latihan industri bagi pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

“Kerja-kerja pembaikan akan dijalankan secara berperingkat mengikut blok kediaman bagi memastikan pelajar masih boleh mendiami kampus tanpa perlu berpindah ke luar. Ini sekali gus meminimumkan gangguan terhadap sesi pengajian,” ujarnya.

Jelasnya, pihaknya tekad memastikan kemudahan prasarana kembali berada dalam keadaan terbaik selaras genap 50 tahun usia UiTM Cawangan Terengganu, tahun ini.

“UiTM dan KPT komited untuk terus memastikan semua kemudahan pengajian tinggi disenggara dengan baik demi memberi persekitaran pembelajaran yang selesa dan selamat kepada mahasiswa,” katanya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan keceriaan pelajar universiti di Dungun, Terengganu untuk me­nyambung pelajaran semester 2 selepas cuti Aidilfitri terencat apabila kolej kediaman mereka didakwa berada dalam keadaan tidak terurus dan kotor.

Bangunan premis kolej kediaman tersebut didakwa bukan sahaja usang, malah banyak kemudahan seperti bilik mandi, tandas serta kipas angin terbiar rosak serta berkulat.

Senario itu turut menimbulkan rungutan ramai ibu bapa dan ahli keluarga pelajar terbabit yang menghantar mereka pulang ke kampus pada hujung minggu lalu. - KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2025 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
UiTM kedua yang iols suka adalah UiTM Dungun....sebab view dia cantik...tapi berhantu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah nasib ipta. Terpaksa merayu kepada kerajaan untuk baikpulih fasiliti. Yuran pengajian pun tak mampu nak tanggung kos nak maintain infra.Harap pelajar tu sedar diri dan bayar pinjaman ptptn kelak. Kalau nak sediakan pendidikan percuma mcm di negara eropah memang boleh buat. Tapi kena sedar bahawa rakyat mereka perlu bayar cukai pendapatan yang tinggi untuk support social benefits. Sedangkan berapat kerat aje rakyat malaysia yang bayar cukai pendapatan. GST pulak dihapuskan. Belum campur orang yang lari dari bayar cukai pendapatan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak buat uu ai tee eng dungun ni tepi pata..mmg akan rosak la segala sebab air masin..besi2 pun berkarat..kalo renovate pun kejapan akan rosak jugak kene rajin maintain je la apa nk buat..rumah area situ pun kete,barang besi,gate cepat gila karat
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kmbg replied at 13-4-2025 08:26 AM
Apa nak buat uu ai tee eng dungun ni tepi pata..mmg akan rosak la segala sebab air masin..besi2 pun  ...

Betul udara air masin.

Sebab cikgu sains aku pernah buat perbandingan  tempat tinggal dia Pekan Sg Besar dengan tempat dia mengajar Pekan Sabak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-4-2025 04:39 PM
Betul udara air masin.

Sebab cikgu sains aku pernah buat perbandingan  tempat tinggal dia Pekan S ...

Tu tak kira time ombak kuat lagi,confirm kaki melekit je udara air masin tu mcm bole tempias kat lantai rumah .. pengalaman duduk area situ dulu2..jenuh oi tengok barang rumah yg besi cepat nau berkarat.tapi memang syok la student situ,view cantik depan laut belakang sungai.. mcm pegi bercuti je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.362783 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list