CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1160|Reply: 30

[Tempatan] Cubaan rogol ketika joging: Suspek ditangkap dua jam selepas kejadian

[Copy link]
Post time 11-4-2025 03:12 PM | Show all posts |Read mode



MELAKA: Lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita ketika mangsa sedang berjoging seorang diri di Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini, malam tadi berjaya diberkas polis, dua jam selepas kejadian.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Banda Hilir kira-kira pukul 12.05 tengah malam, hasil tindakan pantas berdasarkan maklumat dan pengecaman oleh mangsa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, penahanan dilakukan selepas mangsa tampil membuat laporan sebaik kejadian berlaku pada pukul 10 malam.

“Suspek didapati datang dari arah belakang sebelum memeluk mangsa, menekup mulutnya dan mencabulnya. Dia turut cuba menarik mangsa ke arah kawasan semak, namun wanita itu berjaya melawan dan menjerit meminta pertolongan.

“Susulan maklumat yang diperoleh, polis menjalankan gerakan mengesan suspek sebelum berjaya menahannya tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita menjadi mangsa serangan seksual apabila dicabul seorang lelaki ketika sedang berjoging di Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa didatangi suspek dari arah belakang sebelum dipeluk, mulutnya ditekup dan dicabul. Bagaimanapun cubaan menarik mangsa ke kawasan semak gagal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, mangsa berjaya diselamatkan selepas kejadian itu disedari orang awam yang berada di lokasi.

Dzulkhairi berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan kini direman selama empat hari hingga 14 April ini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman, jika disabit kesalahan.

Tambah Dzulkhairi, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dengan keselamatan diri terutama ketika melakukan aktiviti bersendirian di tempat awam.

“Polis Melaka komited memastikan keselamatan awam dan akan terus mempertingkatkan rondaan di kawasan rekreasi dan tumpuan orang ramai,” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 03:26 PM | Show all posts
gile ke apa jogging pkl 11 malam. takde hari siang ke ko tu dahla perempuan jangan dok buat berani sangat wei. pompuan pkl 11 mlm ni patut dok dalam rumah dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 03:26 PM | Show all posts
gile ke apa jogging pkl 11 malam. takde hari siang ke ko tu dahla perempuan jangan dok buat berani sangat wei. pompuan pkl 11 mlm ni patut dok dalam rumah dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
11mlm joging apa benda laginya sorang2. Nak sihat pun agak-agaklah, pakai otak tu fikir selamat ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 04:22 PM | Show all posts
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, penahanan dilakukan selepas mangsa tampil membuat laporan sebaik kejadian berlaku pada pukul 10 malam.

Beli la treadmill, nak lari sampai subuh pun takpe.
Jenayah boleh berlaku bila ada mangsa, pemangsa dan peluang.
Dalam kes ni female, lari sorang, pukul 10, kawasan taman (mungkin takde orang) sungguh bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 05:04 PM | Show all posts
area hartamas pukul brp je ada je orang jogging..
walaupun area gelap gelita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sihat sampai lupa keselamatan
Suspek dah lama aim kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sihat sampai lupa keselamatan
Suspek dah lama aim kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 11-4-2025 05:21 PM

Hujung2 semua salah perempuan gitu, perogol tetap berkeliaran keliling korang, dalam rumah pun sama perogol pergi merogol anak, perogol tetap ada dlm rumah, rumah jiran, hospital, sekolah, masjid, luar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 05:34 PM | Show all posts
Iols seriau tengok jogger yang dok pakai earphone/headphone ni. Macam menempah jah. Kalau bukan kes rogol pon, banyak benda luar jangka boleh berlaku kat luar kan elok kalau kita dalam keadaan peka. Tak mati pon tak dengar lagu dalam playlist tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 08:04 PM | Show all posts
Kerlas ko dek kena cabul pukul 11, pukul 10 dah buat report.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita di malaysia dik. Sadly tak berapa selamat untuk perempuan sorg2 jogging tempat sunyi malam2
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 11-4-2025 05:17 PM
Hujung2 semua salah perempuan gitu, perogol tetap berkeliaran keliling korang, dalam rumah pun sama  ...

Victim blaming is real...even kalau pompuan tu berjalan balik dari keje br turun dari train pun agaknya disalahkan pompuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-4-2025 08:04 PM
Kerlas ko dek kena cabul pukul 11, pukul 10 dah buat report.

reporter pening tak tido cari news pagi2 buta agaknya bertunggu tangga di balai polis
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 09:57 AM | Show all posts
syamzana replied at 12-4-2025 12:54 AM
reporter pening tak tido cari news pagi2 buta agaknya bertunggu tangga di balai polis

Itulah nya. Kena cabul pukul 10 malam. Pukul 11 polis terima report. Lepas 2 jam, si pencabul kena tangkap. Reporter pening kot dok pikior ape kejadah pempuan jogging sorang2, malam pulak tu dekat taman. Waktu tu elok2 je pempuan lain dok baring atas katil tengok Netflix.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 11-4-2025 03:50 PM
11mlm joging apa benda laginya sorang2. Nak sihat pun agak-agaklah, pakai otak tu fikir selamat ke t ...

Nak senang tido kot, bila dah penat cepat tertidur.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 12-4-2025 08:54 AM
reporter pening tak tido cari news pagi2 buta agaknya bertunggu tangga di balai polis

TT macam dah edit tajuk tapi isi masih sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 12-4-2025 09:57 AM
Itulah nya. Kena cabul pukul 10 malam. Pukul 11 polis terima report. Lepas 2 jam, si pencabul kena ...

Terbalik lah. Baca artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 10:15 AM | Show all posts

Artikel kat atas tu salah. Kan dah kata reporter pening. Kronologi nya mcm yg aku cakap la. Kena cabul pukul 10, pukul 11 terima report, lepas 2 jam dicabul dah kena tangkap.


https://www.sinarharian.com.my/article/722283/berita/semasa/wanita-dicabul-cuba-ditarik-ke-semak-ketika-joging-malam

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-4-2025 08:04 PM
Kerlas ko dek kena cabul pukul 11, pukul 10 dah buat report.


Haha jam 10 malam tu merujuk kepada masa berlaku kejadian la kot. Ni kes samy vellu kata poslaju, besok hantar hari ni sampai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.255518 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list