CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5391|Reply: 103

Fazura luah perasaan, jadi ibu tunggal bukannya mudah

[Copy link]
Post time 9-4-2025 03:01 PM | Show all posts |Read mode


Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura menasihati wanita yang senasib dengannya untuk terus bersemangat dan tidak putus asa meneruskan kehidupan.

Fazura atau nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia sangat menghormati golongan ibu tunggal yang mampu membesarkan anak seorang diri meskipun tahu hal itu tidak mudah.

  


"Saya sangat menghormati para ibu tunggal di luar sana, macam saya baru seorang anak tapi di luar sana ada ibu tunggal yang sampai empat hingga lima orang anak.

"Saya doakan mereka terus kuat, menjadi ibu tunggal memang tidak mudah. Harapan saya untuk semua ibu tunggal supaya sentiasa bersemangat dan jangan terlalu sedih.

Tambah pelantun lagu Pum Pang Raya itu, dia juga ada menerima beberapa kiriman mesej daripada para ibu tunggal yang meluahkan perasaan terhadap ujian dihadapi.

  


"Saya juga ada menerima DM daripada beberapa ibu tunggal yang kata sudah tidak tahan dengan hidup.

"Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita, sentiasa memohon kepada-Nya. Tiada orang lain yang boleh kita harapkan selain Allah. Inilah momen dan pengorbanan yang anak-anak akan ingat apabila mereka sudah besar.

Dalam pada itu, Fazura berkata, fokusnya kini adalah untuk membesarkan anak tunggalnya, Fatima yang kini berusia empat tahun.

  


"Fokus dan keutamaan saya sekarang adalah untuk membesarkan Fatima, saya juga berkerja keras untuk dia, untuk masa depan dan pengajiannya.

"Banyak juga tanggungjawab lain yang saya harus galas termasuk uruskan perniagaan dan saya juga ada keluarga.

"Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya kurniakan saya kesihatan yang baik untuk terus bekerja dan boleh beribadah.

  


Imbas kembali, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor dan penyanyi, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: OhBulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Krik krik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:21 AM | Show all posts
Yg lebih susah bila org tu status berkahwin tp bab urusan rumah, anak... Mcm ibu tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:29 AM | Show all posts
bibik 3 org pun ko masih rasa susah. bayangkan kat luar sana ramai jer single mother bangun pagi siapkan anak, sedia bekal, hantar ke sekolah, ambik anak sekolah, hantar ke daycare, ambik anak balik, sampai kat rmh kene masak, kena siapkan anak, nak ajar anak belajar lagi. kerja tak siap selagi tak tidur.
nikmat mana yang ko dustakan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:30 AM | Show all posts
to all single mothers out there, u have my respect. ramai jantan msia skrg nak berbini tp dia xnak jadi suami. dia more to cari 'maid'. kalau baca kat thread tu, hari2 kisah single mothers. gila betul rate cerai msia skrg. dah kalau jantan xnak jadi lelaki dlm rumahtgga, kenalah pompuan step up jadi 'jantan' dlm marriage tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:28 AM | Show all posts
Zaiton Sameon lagi hiba, dah le sebatang kara anak pun dah arwah janda lak tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2025 09:59 AM | Show all posts
masing masing ada ujiannya sendiri. My respect to all ibu tunggal yg baik baik besarkan anak anak.. baik artis atau bukan artis.

tak payahlah nk krik krik sangat bila ibu tunggal artis bersuara.. their voice just to be hear not to be judge.

baiklah jadi ibu tunggal dari jadi isteri tapi kena usaha cari rezeki dan support the whole family.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:59 AM | Show all posts
double post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla kurangkan aktviti clubbing and concert kat oversea tu. Ada hekmahnya noks.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 10:23 AM | Show all posts
KamikuP replied at 10-4-2025 09:28 AM
Zaiton Sameon lagi hiba, dah le sebatang kara anak pun dah arwah janda lak tu..

ye la, very the kesian dia ni tau...harapkan ihsan kawan2 jer yg bawak dia ke sana sini menyanyi...
dia pon macam tak berapa betul sangat, semoga Allah sentiasa lindungi sheols dari sebarang kejahatan manusia...
semoga sheols selalu sihat2 jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
**insert eyeroll
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 11:59 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 10-4-2025 08:29 AM
bibik 3 org pun ko masih rasa susah. bayangkan kat luar sana ramai jer single mother bangun pagi sia ...

single mom yg meluahkan perasaan kat dia tu tak pikir ke logik ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapayah la nk ukur level single mother yg berbibik atau tidak..raikan usaha deyol yg nk bg terbaik utk anak2 baik yg mmpu baik yg kais pg mkn pg...faz ni aku nmpak wlau ada bibik xdalah letak sepenuhnya di bahu bibik tu tugas jaga anak..dia masak je utk fatima, antar pg school etc..tugas bibik tgk xbg hilang je..aku tgk jln2 pun dia yg kelek anak, tolak stroller anak..gitula kalu da benci sebesar nyamuk kebaikan pun xleh nk terima...lg mau kata dia bad mom
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:13 PM | Show all posts
ayukpingu replied at 10-4-2025 08:29 AM
bibik 3 org pun ko masih rasa susah. bayangkan kat luar sana ramai jer single mother bangun pagi sia ...

true.

with luv,
achik hoola jando
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:13 PM | Show all posts
Edited by Hoola at 10-4-2025 12:15 PM
ayukpingu replied at 10-4-2025 08:29 AM
bibik 3 org pun ko masih rasa susah. bayangkan kat luar sana ramai jer single mother bangun pagi sia- ...

-dable post-
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:13 PM | Show all posts
Edited by Hoola at 10-4-2025 12:14 PM
ayukpingu replied at 10-4-2025 08:29 AM
bibik 3 org pun ko masih rasa susah. bayangkan kat luar sana ramai jer single mother bangun pagi sia ...

triple post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 12:15 PM | Show all posts
i salute single mother yang marhaen mcm arwah abam punye balu contoh nye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:16 PM | Show all posts
i salute single mother yang marhaen mcm arwah abam punye balu contoh nye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:18 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 10-4-2025 08:30 AM
to all single mothers out there, u have my respect. ramai jantan msia skrg nak berbini tp dia xnak j ...

thank you moongakertas

with luv,
achik hoola jando

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:19 PM | Show all posts
aiols paham ada yg x suka dia... tapi cuba baca artikel tu betul betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064456 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list