CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1330|Reply: 26

[Tempatan] Seorang maut, dua cedera insiden amukan di Felda Jengka 2

[Copy link]
Post time 6-4-2025 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 6-4-2025 11:37 PM


MARAN: Seorang lelaki maut manakala dua cedera selepas berlaku insiden pergaduhan membabitkan serangan bersenjata di Felda Jengka 2, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek, Hasdi Abdul, 57, dilaporkan mengamuk secara tiba-tiba dan menikam dua mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan kaki dan tangan terikat oleh penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita bernama Nurin pada pukul 10.15 pagi  yang memaklumkan berlaku kejadian pergaduhan di rumah bernombor 213, Felda Jengka 2.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak ganas apabila menyerang dua individu dengan senjata tajam sehingga mencederakan mereka.

“Mangsa pertama, Salma Mustapha, 52, mengalami kesan tikaman sedalam tiga sentimeter di bahagian perut, selain luka pada tangan kanan dan dagu. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh dan dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Kim Wai, mangsa kedua, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, Mohammad Syahmil Iqbal Mohd. Samsuri turut cedera di paha kanan akibat tikaman dan sudah dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan.

Tambahnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Jerik bersama Unit Risikan dan Operasi yang dikerah ke lokasi mendapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan kebiruan pada mata, selain tangan terikat.

“Pasukan perubatan dari Hospital Jengka mengesahkan kematian suspek di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

Susulan kejadian, polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pergelutan dengan suspek dan mereka akan direman esok bagi membantu siasatan lanjut berhubung punca kematian lelaki berkenaan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan senjata. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatod kitew
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru tau pagi ni tu pun sbb terbaca berita kat kosmo
Padahal kejadian ni berlaku kat umah mil
Sorang pun takde cerita apa2,senyap sunyi dlm group.
Maka iols cari laa info sendiri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat pet tak dapat barang kew?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
yg mati ni saspek kan tp sbb apa?
tak pasal2 plak 4 org lain kene reman
pakcik neh dah knp tiba2 amukan ablasa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
maran kerapu kepunden maran sekepperrrrrr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2025 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-4-2025 08:49 AM
Iols baru tau pagi ni tu pun sbb terbaca berita kat kosmo
Padahal kejadian ni berlaku kat umah mil
S ...

Dia nak menrompak kut?  Tak macam mengamok je. Or lepas ambil barang khayal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 7-4-2025 09:52 AM
Samerosie replied at 7-4-2025 09:35 AM
Dia nak menrompak kut?  Tak macam mengamok je. Or lepas ambil barang khayal.


Yg amuk tu org tua
Umah dia sebelah ngn akak yg cedera jual nasi tu
Tktaula apa punca dia mengamuk
PM pun lum kuar lagi
Mayat dia kena PM kat kontan
Takde video pun viral
Apatah lagi video dia dikeronyok tu
Btw dia dh mati jd kita taktau la kalau kena provok ke apa
Yg hidup boleh bercerita mcm2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 pembela belon xmau interframe ke kes cmni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:00 AM | Show all posts
mmg mental kut.. tp tak dirawat

to acik2 yg rasa ada masalah otak wengtak center tu, bawak2 la pi berubat

kang tak memasal bawak parang nak hempuk ongramai kat stesen mrt
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran dia ckp td 7 org yg belasah dia
Peliknya anak buah akak yg kena tikam tu jawab komen org kata takde sapa pun belasah pakcik tu
Mati sbb ajal dh sampai..
Adoii agakk2laah kat berita pun sebut kena belasah, malah ada yg kena tahan reman.
Mayat pun ada lebam2.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:23 AM | Show all posts
Suchi replied at 7-4-2025 10:06 AM
Jiran dia ckp td 7 org yg belasah dia
Peliknya anak buah akak yg kena tikam tu jawab komen org kata  ...

jiran yang cakap kena belasah tu ahli keluarga orang tua tu ke?
ke jenis menjoyah kena bagi semua info?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-4-2025 10:23 AM
jiran yang cakap kena belasah tu ahli keluarga orang tua tu ke?
ke jenis menjoyah kena bagi semua  ...

Jiran sebelah umah suspek yg amuk tu laa
Dia kata 7 org yg belasah dlm berita yg polis tahan reman skrg ni 4 org
Katanya adik badik pacik tu gaklah
Acik yg kena tikam tu pun sebelah umah pakcik tu gak
Ada yg komen td katanya ada gaduh mulut
Kesahihan cerita taktau la mana satu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 11:04 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 7-4-2025 11:05 AM
renko replied at 7-4-2025 09:54 AM
Geng2 pembela belon xmau interframe ke kes cmni?

shehidang Kossim & Komal pemuda Umngok tak nak back saspek kes ni ke


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 11:26 AM | Show all posts
Suchi replied at 7-4-2025 10:57 AM
Jiran sebelah umah suspek yg amuk tu laa
Dia kata 7 org yg belasah dlm berita yg polis tahan reman ...

oh.. kisah gaduh sama jiran la ni ye..
bukan tetiba dari mana datang tikam orang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Amok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-4-2025 10:00 AM
mmg mental kut.. tp tak dirawat

to acik2 yg rasa ada masalah otak wengtak center tu, bawak2 la pi b ...

Sakit mental Pastu jd bahaya kt org lain 1 hal. Yg ambik tindakan sampai mati saspek pon 1 hal. Pastu spesis ni jgk la yg kulur kilir sembang pasal dosa pahala sorga neraka org. Salam Aidilfitri sis. Lama ka coti beraya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 12:56 PM | Show all posts
Allahhhh
tak pasal pasal yg 4 orang tu kena caj membunuh
paling tidak membunuh tanpa niat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 01:02 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 7-4-2025 04:01 AM
Sakit mental Pastu jd bahaya kt org lain 1 hal. Yg ambik tindakan sampai mati saspek pon 1 hal. Pa ...

tu la tu... hat yg hempuk sampai  mati tu ntoh le.. kut diikat saje kat pokok sampai pulis datang pun takpe le kut.. or gamak mendadih or mmg ada tiga serangkai, kena lepuk terus sadakalah... wallahualam, tidak berada di dlm situasi

macih.. salam syawal juga sis.. jemaat udah check2 emails, sabtu ahad check in masuk opeh,.. tu yg hari ni relaks sikit sbb keja kat staff udah bagi deme bergotong royong utk dishhhiapkannn
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-4-2025 01:02 PM
tu la tu... hat yg hempuk sampai  mati tu ntoh le.. kut diikat saje kat pokok sampai pulis datang  ...

Rasanya hempuk nak bagi dia tak reactive mengacu2 pisau, tapi badan rentua kan kalau pegang kuat2 memang senang lebam..pastu kot2 la heart attack dia mai...kiok je terus. I pernah je tengok orang psychosis teruk pukul 3 MA lelaki yang nak tenangkan dia, memang lebam2 patient tu kena pegang kuat2. Takde siapa pukul patient tu, dia yang meronta2 tumbuk  ,sepak, gigit MA betiga tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056666 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list