CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7611|Reply: 0

Rosakkan harta awam, pempengaruh dipenjara 5 tahun

[Copy link]
Post time 3-2-2025 04:02 PM | Show all posts |Read mode


Bogota: Pempengaruh Colombia, Daneidy Barrera Rojas atau dikenali Epa Colombia, dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas merakamkan dirinya merosakkan harta awam ketika protes.

Oddity Central melaporkan, pada November 2019, Colombia digemparkan dengan protes ganas terhadap kerajaan pentadbiran bekas presiden Ivan Duque.

Ketika itu, pempengaruh Epa Colombia memuat naik video dirinya merosakkan stesen pengangkutan awam di sini, memecahkan tingkap, pembaca kad, dan daftar akses menggunakan tukul, dan mengecat dinding dengan cat semburan.

Video itu pantas menjadi tular hingga mendapat banyak perhatian dalam talian namun turut menjadi topik penyiasatan hingga Epa Colombia dijatuhi hukuman penjara awal tiga setengah tahun kerana melakukan kerosakan harta benda dan gangguan pengangkutan awam.

Epa Colombia kemudiannya memohon maaf atas tindakannya namun ia tidak membantu kerana Pejabat Pendakwa Raya membuat rayuan dan berjaya apabila pempengaruh berkenaan dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda bersamaan 493 gaji minimum bulanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035688 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list