|
John, nak request kisah misteri hutan lagi kalau ada. Tapi kan kadang2 yg ko kena kacau ni, anak bini ada terkena tempias tak? Harapnya tak |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan bangsa lain ni bila terkena gangguan mistik ni memang akan percayakan agama Islam dan Tuhan kita  |
|
|
|
|
|
|
|
ala...baru nak masukkan pasal yang tu. haha |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada. tapi nak ikut flow cerita paksu ni dulu. pasal kena kacau tu alhamdulillah tak ada kena tempias. memang jaga biasanya, tak payah rushing, rehat dulu...balik rumah mesti anak melompat2 sambut. tenang2 dulu...kalau tak cukup tidur, tidur dulu. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 update ye..hari2 aku refresh tapi frust huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 3-2-2025 08:44 AM
ala...baru nak masukkan pasal yang tu. haha
Cerita je john. Sementara tunggu hang update ni aku baca balik cerita hang dari page 1
Kamon John |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa...hari ni mungkin. mungkin la tak frust 
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 6-2-2025 11:10 AM
Perhatian Ustaz Firdaus kembali kepada langsuir yang sedang bertenggek tidak jauh darinya.
“Apa yang kau mahu? Kenapa kacau budak2 ni semua?!” tanya ustaz dengan begitu lantang sekali.
“Perjanjian! Kau langgar perjanjian! Kau rosakkan rumah aku!” ujar makhluk tersebut.
“Aku tak tahu apa perjanjian kau, dengan siapa kau buat perjanjian tu. Apa yang aku tahu, kau tak sepatutnya berada di sini mengganggu kami!” tegas ustaz.
Ketika dialog sedang berlangsung, pintu dewan sekolah terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Menambahkan ketakutan di kalangan pelajar yang sudah sedia takut.
“Aku rasa sini macam lagi seram dari surau tadi,” ujar Paksu melihat beberapa orang sedang menenangkan kawan masing2 yang sedang kerasukan.
“Aku rasa yang paling seram sekarang ni, kenapa Farhana ada dekat kome berdua? Ingat dia ni anak patung ke?” soal Husni.
Segera dia mengajak beberapa orang kawan perempuannya untuk menarik Farhana yang masih lagi pengsan. Paksu cerita gaya jelingan diorang macamlah dia dengan Ah Seng tu nak culik kawan diorang. Culik nak bawak pergi mana? Semua terkurung di dalam kawasan sekolah.
Tidak lama kemudian, Ustaz Firdaus muncul berlari masuk ke dalam dewan dan menutupkan daun pintu dua kelopak di belakangnya. Apa yang memelikkan di sini, ada berapa banyak pintu di dalam dewan? Apa function dia tutup pintu yang satu itu kalau pintu2 lain masih ternganga luas.
“Hah hah ha…haram maunya…ajer letih,” Ustaz Firdaus termengah2.
“Habis…macam mana ni, ustaz?” tanya Husni.
“Ape kehenya kamu nanya aku? Kamu tau ke idak apa maksud ustaz tu? Ustaz tu maknanya cikgu! Ater apa bezanya aku dengan cikgu2 yang lain? Ngape kamu idak tanya deme sekali? Apakah salah dan dosaku? Apakah salah dan dosaku?!!” Ustaz Firdaus berdrama dengan tiba2.
Tatkala para pelajar dan guru di dalam dewan sedang kalut, huru hara dan sebagainya lah. Tiba2 Farhana bangun berkata dengan lantang, “otromen kepala jingga!”
“Astaghfirullah hal azim…kau dah kenapa, Farhana?” salah seorang kawannya beristighfar.
“Hehe…aku mimpi ngeri tadi. Mimpi jumpa hantu,” beritahu Farhana.
“Oh, itu bukan mimpi…tapi kenyataan. Nah lap air liur basi dekat mulut kau,” Ah Seng begitu kejam meranapkan sisa2 impian yang masih berbaki pada Farhana.
Mengikut teori dipegang Ah Seng, perkara begini mesti dilakukan bagai menanggalkan handsaplast pada luka, mestilah direntap sekaligus. Jangan ditarik perlahan2.
“Ngilu pulak rasanya…ingatkan aku supaya jangan bagi mamat sekor ni tarik handsaplast kat luka aku,” kata Paksu di dalam hati.
Berbalik kepada Ah Seng yang cuba menghulurkan sapu tangan kepada Farhana. Tangannya terhenti kerana telah dihalang salah seorang kawan Farhana. Tangan mereka bersentuhan di tengah2, dunia bagaikan terhenti seketika (bagi diorang berdua jelah…). Kiranya lebih kurang macam ending sebelum credit cerita korea yang biasa korang tengok tu. Siap ada background music lagi. Bezanya background muzik dia suara lelaki menyanyi.
Ku kirim di angin lalu
Sampaikan salam wahai kasihku
Tak jemu aku menunggu
Wajahmu dalam impian
Ku pujuk hati nan duka
Ku belai kasih untuk satria
Ku rela dikau berjuang
Membela nusa dan bangsa
Di hari yang mulia ini
Kau jauh di perbatasan
Ku kirim doa dan restu
Baktimu jadi sanjungan…
Masa ni semua terpana seketika. Sedangkan Paksu pulak bertanya dalam hati, “apehei pulak lagu raya?”
Tumpuan beralih ke arah suara yang menyanyikan lagu tadi. Seman duduk menyeringai berhampiran mereka. Entah dari mana muncul pun tiada siapa yang tahu.
“Eh, bukan ke Seman ni…” belum sempat Ah Seng menghabiskan kata2, Paksu dengan pantas menarik tangan Ustaz Firdaus dan berlindung di sebalik belakang orang tua tersebut sambil menunjukkan ke arah Seman.
“Haish…ngape aku lagi? Ngape? Asei jadi rope ni baru la kome nak manggil ustaz ke tok imam ke penggali kubur ke…tang bila makan sedap idak pulak nak pelawa,” Ustaz Firdaus memilih masa ini bagi menyampaikan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
“Ustaz, saya terlupa buat koje rumah,” Seman menyampuk.
“Ater bior lantoknya ler…bukannya aku nak check koje rumah kamu tengah2 malam buta ni?” ujar Ustaz Firdaus.
Tanpa disangka…suasana riuh rendah di dalam dewan boleh bertukar menjadi senyap dan sunyi, tanpa kedengaran sebarang suara.
Perlahan Ah Seng berbisik, “malaikat lalu…”
Entah hantu manalah yang ajar anak cina sorang ni? Sampaikan di dalam suasana serba saspens begini pun boleh bergurau benda yang bukan2. Tapi besar kemungkinannya Paksu juga yang mengajarnya.
Muncul kehadiran seorang lelaki tua bersongkok, memakai baju pagoda berwarna putih, berkain pelikat bersama tali pinggang ihram. Turut mengiringinya pengetua, warden dan beberapa orang guru yang lain.
“Dah kumpulkan semua dekat sini?” tanya lelaki tua tersebut.
“Tak semua. Kalau yang rasuk teruk sampai panjat bumbung, terbang2 tu memang tak dapat nak tarik ke sini,” jawab pengetua dengan penuh santun.
Lelaki tua itu mengangguk kepala sambil mengusap dagu biarpun wajahnya jambu tanpa misai dan janggut. Matanya bagaikan sedang melakukan scanning. Apa yang peliknya ketika ini, Seman terdiam seribu bahasa serta tidak berani mengangkat muka.
“Kau…!” lelaki tua itu menunjukkan jari.
Masing-masing mengelak hujung telunjuk lelaki tua itu sehingga meninggalkan Paksu seorang sahaja di dalam pandangannya. Paksu menoleh belakang. Hatinya berkata, “takkanlah aku, kot?”
Suara lelaki itu garau berkata, “kaulah! Bukan ada orang lain lagi kat situ.”
Serentak Paksu berkata di dalam hati, “aahh…kenapa aku? Kenapa bukan mentibang2 laut sekalian ni?”
Paksu akur menghadirkan diri di hadapan lelaki tua itu. Hatinya kian resah memikirkan bagaimana hendak mengelak dan juga bagaimana hendak bercakap dengan orang tua di hadapannya itu.
OT – Orang tua
OT: kau anak siapa?
Paksu: kabor pun bukannya kamu tahu… (dalam hati)
OT: jawab!
Paksu: Pa…Pawang Husein.
OT: hmmm…itulah aku dapat rasa sesuatu yang luar biasa dari kau. Hanya kau seorang saja yang boleh tolong aku.
“Hamba pacal yang hina. Tidak tahu menahu apa yang berlaku. Adapun lebih molek sekiranya tok menyampaikan peluang ini kepada orang lain sahaja,” itulah ayat yang mahu disampaikan Paksu sehingga ke hari ini. Tapi last2 dia memendamkan sahaja sebaik mendengar lelaki tua tadi sekali lagi meminta jawapan darinya dengan nada tegas.
bersambung...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 6-2-2025 11:10 AM
Mahu tidak mahu, Paksu terpaksa juga menolong orang tua tersebut. Mujur kerjanya mudah sahaja, iaitu mengisikan air pada dua tong tangki berwarna hitam. Oleh kerana apa yang ada hanyalah getah paip biasa digunakan tukang kebun untuk menyiram pokok, jadinya…proses mengambil masa agak lama untuk memenuhkan setiap tong.
Kalau ikut cerita Paksu, isi tong tangki dekat dewan tak berapa seram sebab ramai. Tapi bila kena isi tong kedua, lokasi dia agak terasing sikit. Dalam masa yang sama, masih boleh kedengaran suara jeritan pelajar2 kerasukan yang diseret cikgu untuk dibawa ke dalam dewan. Paksu terus gelengkan kepala bagi mengembalikan fokus.
Alah, isi air dalam tong tangki je. Kemende la yang nak kena difokuskan? Bukannya kamera nak kena fokus. Oleh kerana tong air tu terletak berdekatan dengan lampu asrama perempuan, Paksu boleh nampak wajahnya di permukaan air. Katanyalah…tong hitam kot? Kulit Paksu tu pun bukannya terang mana.
Jadi dia teringat la cerita wayang pacak yang ditengoknya sebelum masuk asrama dulu. Masa zaman ni biasalah tengok wayang pacak dekat padang sekolah. Meriah, satu kampung datang. Dapat pulak tayangan masa tu cerita P. Ramlee, masam2 manis. Tapi macam biasa la...kena dengar dulu pesanan penaja, dapat pulak nak dekat pilihanraya. Meleret2 la panjangnya sebelum boleh mula cerita. Tapi boleh la pergi beli apa2 yang patut dekat india meniaga kacang. Masa ni kalau ada 15 sen pun dah dikira mewah.
Sebelum wujudnya bekas makanan tupperware, mak2 akan tanya tanya mana tikar mengkuang yang kau pinjam untuk buat alas duduk. Hah, tu yang merasa pergi mencari tikar dekat tengah padang dalam gelap malam. Hilang kalu, memang tak merasa dah alas tikar. Cari jela surat khabar.
Biasa yang jadi masalahnya wayang pacak ni selain daripada hujan, skrin tu boleh ditonton depan dan belakang. Jadi esoknya bila sembang dengan member kat sekolah jadi keliru pulak, dia cakap tangan kanan. Dia ni pulak cakap tangan kiri.
Ok, habis pasal wayang pacak. Paksu ni dia beranganlah…dalam air, ku terlihat wajah…
Nak dijadikan cerita, tak semena2 muncul wajah perempuan dan opkos la…apa yang pasti, wajah perempuan tu jauh lebih clear dari bayangan muka paksu dekat dalam air tu.
Paksu menoleh ke belakang, muka dia pucat lesi nengok ada pulak perempuan cun melecun. Macam mustahil la jugak, sebab kalau ikut cakap paksu, dia cam semua perempuan cun dalam sekolah tu. Baik cikgu mahupun pelajar. Tapi perempuan yang terapung di depan mata dia tu memang another level cun nya. Opkos la tak normal kalau dah terapung kaki tak jejak bumi.
“Tolong hentikan…tak kasihankah kakanda kepada adinda?” lafaz perempuan cantik tu.
“Wah, wah…kakanda adinda…belum pernah seumur hidup orang panggil aku cenggini,” kata Paksu di dalam hati.
Perempuan tadi bertanya, ”mengapa kanda terdiam seribu bahasa?”
Aku tak faham kenapa Paksu nak berpantun time macam ni,
Ikan belida permainan budak,
Anak panda mati tak mandi,
Tak perlu adinda ajak berborak,
Memang kakanda mengantuk lagi.
Sebagaimana muka korang yang konpius dengan pantun Paksu tadi, begitu jugalah dengan muka perempuan tu. Bukan perempuan tu je, muka orang tua tadi dengan cikgu bahasa melayu pun turut sama konpius. Diorang datang nak siapkan apa2 yang patut, tapi sekarang tak pasal2 ada satu tanda soal yang tersangat besar tinggal di dalam kepala diorang.
“Dah…berambus kau dari sini! Jangan ganggu urusan kami,” orang tua tu mengeraskan suara.
Orang tua tu sempat tarik kolar tengkuk Paksu sebab dah ready nak melangkah pergi, ingatkan suruh dia yang berambus dari situ. Perempuan tadi menarik muka memalingkan badan sebelum akhirnya lenyap dari pandangan mata.
Orang tua tu kemudiannya menaburkan beberapa jenis bunga dan dan daun, tuang minyak wangi dari sebuah botol kecil, memerah limau dan melengkapkannya dengan membaca sesuatu pada permukaan air. Setiap orang mungkin lain caranya…jangan kita sangka yang kita tahu tu paling tepat dan satu2 nya cara di dunia ni.
Tapi orang tua tu sempat menasihatkan Paksu supaya tidak begitu memikirkan sangat apa yang berlaku tadi. Biasalah bila dah ada satu tinggal kat satu2 tempat tu, dia akan tarik geng2 dia melepak sama. Kesilapannya memberi peluang untuk dia bertapak di suatu2 tempat tu.
Kalau ikut cerita Paksu, dia merupakan orang pertama yang disiram orang tua tu. Tapi bukannya sebab apa, Paksu dah memang ada dekat sebelah dia. Menggigil jugalah mandi air sejuk awal2 pagi. Orang tua tu serahkan kepada cikgu2 perempuan untuk memandikan pelajar2 perempuan dekat tempat disediakan. Apa yang dia ajar cuma meminta cikgu2 tu berselawat masa menyiramkan pelajar dan jimatkan air bagi cukup untuk semua.
“Dah, jom balik dewan. Jangan mengada nak tengok cikgu kamu siram budak2 perempuan,” ajak orang tua tadi.
“Eh? Sedap je tuduh aku,” kata Paksu dalam hati. Tapi ngikut jela. Takkan nak balik asrama sorang2?
Tak lama tu Paksu tengok la budak2 laki kena siram beramai2 bersebelahan dewan. Jadi ada la geng menggigil sama. Mana2 yang kerasukan tu terus pengsan sebaik disiram air. Ada juga yang cuba lari, kata Paksu dah macam main galah panjang nak menghalang budak tu dari lari. Kesnya bukan kerasukan pun…memang spesis malas mandi.
Dalam dua, tiga hari juga pelajar2 dipantau rapi. Pergi sekolah, duduk dewan, solat berjemaah dan balik asrama tidur. Tak lama selepas tu memang cuti sekolah, tapi takde la panjang mana…dalam seminggu lebih. Tapi memang semua diarahkan untuk pulang. Sekolah dan asrama perlu dikosongkan supaya orang tua tu boleh sambung selesaikan kerja. Bila diorang balik semula ke sekolah, masalah dialami sebelum ini turut selesai sama. Budak2 boleh buat perangai macam biasa. Pokok lama tu pulak, dah tak dapat dikesan. Sekali akar dia pun kena korek keluarkan.
Paksu pernah la tanya Seman dengan Hakim tentang keadaan masa diorang kerasukan tu, diorang langsung tak ingat apa2. Sesetengah budak ada yang ingat tapi sekadar boleh tengok tubuh diorang bergerak sendiri luar kawalan. Semenjak tu, diorang rasa macam musykil setiap kali dengar Seman menyanyi lagu Uji Rashid – Doa di hari yang mulia.
bersambung... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 6-2-2025 11:11 AM
Grrong…! Grrong!
Kedengaran bunyi garang enjin bas baru sahaja bergerak kembali sebaik menurunkan penumpang. Turut diselangi bunyi nyok nyek nyok nyek, macam ada skru yang tak cukup atau longgar.
Paksu menghirup udara segar sebaik tiba di kampung halamannya. Tempat pertama dikunjunginya pasti lah Warung Pak Itam.
“Pak Itam, ayor fanta merah satu,” order Paksu.
“Hamboi…kemain kamu nak minum ais? Idak ke dulu kamu semput?” negur Pak Itam.
“Dulu lain, sekarang lain Pak Itam…” ujar Paksu.
“Ater lengang je kedainya, Pak Itam? Abang saya idak nyinggah ke?” tanya Paksu.
“Oh, abang kamu ada juga datang sekali sekala…bawak anak buah kamu,” cerita Pak Itam.
“Huh, jawabnya sampai ke besor la budak tu datang ke warung ni,” kata Paksu tersengih.
“Abang kamu memang biasa bawak dia ke mana2. Maklum la…anak lelaki. Dibawaknya ke kampung sana nengok orang main ghazal. Tak pun ke bawah rumah Meor tu…lepas tu nengor ler anak buah kamu nyanyi aladom ayom2. Halus je suaranya…hahaha,” cerita Pak Itam dengan panjang lebar.
“Ater ayornya mana Pak Itam? Haus bebenor ni...” tanya Paksu.
“Kejap ler…aku nak cari siaran radio ni,” jawab Pak Itam memusing tombol bagi mencari siaran.
Bzztt…zzttt…zzzttt…
Lihat…padi menguning…
Menambah seri daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai2
Oh sungguh subur tanah airku…
Paksu menghela nafas panjang, “haaaa…baru la rasa macam balik ke Perak.” (Gaya sembang macam jauh benor je asrama tu)
Ketika menyedut straw, fikiran Paksu melayang teringatkan suatu ketika dahulu. Makcik dan pakciknya masing2 berkata Paksu tiada harapan, lahir tidak cukup bulan. Tambahan pula menghidap jantung berlubang. Pelbagai cara perubatan dicuba bagi membolehkan Paksu membesar normal seperti kanak2 yang lain.
Flashback Paksu
Sekalipun ada doktor yang berkata lubang pada jantungnya akan tertutup sendiri meningkat dewasa. Namun makciknya tetap tidak berputus asa membawa dia berubat secara kampung. Sehinggalah akhirnya mereka ditemukan dengan seorang wanita yang boleh dikatakan sudah agak berusia, bernama Miah.
“Apa sakit budak ni?” tanya Miah.
“Jantung berlubang,” jawab makcik Paksu.
Miah mengangguk kepala sebelum mengambil sesuatu dari mangkuk dan menunjukkannya kepada Paksu dan makciknya.
“Ini bertih jagung,” beritahu Miah.
Paksu dan makciknya sama2 mengangguk kepala. Lalu dia mengajak Paksu duduk lebih dekat dengannya. Dengan tiba-tiba dada Paksu ditoreh Miah menggunakan bertih jagung tersebut. Sakitnya mampu membuatkan Paksu yang masih kecil itu menangis meminta tolong. Tak terperi rasa sakitnya seperti dihiris kaca berkali-kali.
“Pegang budak ni jangan bagi dia lari,” arah Miah.
Makcik Paksu mengangguk kepala biarpun risau melihat anak buahnya menangis serta menjerit meminta tolong.
Apa yang bermain di fikiran Paksu ketika itu hanyalah mengatakan makciknya itu sudah tidak sayangkan dirinya lagi kerana tidak mahu menolong. Setelah menderita dengan agak lama, mereka berdua akhirnya dibenarkan pulang setelah memberikan wang pengeras.
Peliknya selepas itu Paksu tiada lagi masalah pernafasan dan boleh bermain bola sepak atau bermain kejar2 seperti kanak2 yang lain.
Beberapa tahun kemudian, Miah meninggal. Menurut orang2 kampung keadaannya agak ngeri ketika meninggal dunia dan sukar untuk diuruskan. Hanya sukar, bukannya mustahil. Apa yang perlu dilalui Paksu ketika zaman universiti nanti, itu lebih hampir kepada mustahil. Tetapi kita cerita nanti je…hahaha.
Tetapi apa yang perlu dilalui Paksu ketika membuat rawatan dengan Miah dulu, sehingga ke tua dia tak akan dapat melupakan betapa peritnya menahan kesakitan di dalam jangka masa yang panjang.
Melihat hutan belukar di belakang Warung Pak Itam juga mengingatkan dia nyaris dipatuk tedung ketika hendak mengail ikan. Mujur dia sempat melompat dan mengelak sebelum melarikan diri. Walaubagaimanapun, dia tetap merasa dipatuk ular berbisa ketika di dalam perjalanan pulang dari bermain.
Ketika itu dia merasa bagaikan sudah tiada esok baginya, tubuhnya bagaikan lumpuh. Dadanya terasa sesak sukar bernafas. Mujur ada yang segera membawanya ke hospital. Itupun doktor asyik bertanya apakah jenis ular yang telah mematuknya?
Apalah budak kecik seperti Paksu tahu tentang ular? Dia hanya merasa pedih pada tempat yang dipatuk. Tidak sempat pun melihat rupa ular tersebut. Tetapi doktor hanya melakukan kerjanya sahaja kerana tidak mahu tersilap memberikan antivenom, ianya boleh membawa maut sekiranya tersalah.
Di dalam erti kata lain…sekiranya korang dipatuk ular, pastikan korang bawa sekali ular tu sebagai rujukan hospital, ok?
Berbalik kepada Paksu tadi, syukur alhamdulillah antivenom yang diberikan doktor sesuai dengan bisa ular tadi. Cuma masalah yang perlu dihadapinya kini adalah tinggal di hospital seorang diri.
Untuk tiba di hospital, makciknya perlu menaiki bas ke pekan. Jadi boleh dikatakan ianya agak leceh. Tambah pula melakukan kerja kampung sehari2an, bukannya boleh suka2 tuang atau amik cuti. Dahlah budak lagi, sorang2 pulak tu. Misi pulak selalu berseloroh menakut2kan dia. Cakap kena tinggal la...kata nanti jadi 'Ular Man' lah...
Last2 Paksu lari pakai baju hospital balik ke kampung. Rasanya dia terserempak dengan orang kampung kat pekan, lepas tu minta hantarkan dia ke kampung.
Tak lupa juga peristiwa misteri di mana dia pernah ke gelanggang silat dengan ditemani pakciknya. Secara tiba2 ada salah seorang di antara pesilat tu naik ‘syeikh’. Sampaikan guru silat pesan dekat semua penonton supaya tidak tinggalkan gelanggang silat sehinggalah dia selesaikan perkara anak muridnya.
Tapi ada seorang laki ni dia tak nak dengar, biut gamaknya. Selangkah je keluar meninggalkan padang, tiba-tiba telinga kanan dia terputus. Tak ada siapa pun yang nampak macam mana telinga dia boleh terpisah dari tempatnya.
Begitulah kisah hidup Paksu, bertarung nyawa sedari kecil lagi. Bagaikan dihalau dari dunia ini. Tetapi dia sedaya upaya berpaut sehingga ke hari ini.
Sedang asyik termenung, tiba2 Paksu dikejutkan dengan bunyi enjin vespa berhenti di tepi warung. Lelaki menunggangnya cukup dikenali Paksu kerana begitu anti dengan keluarga kami.
Berusia lewat 50-an, tidak tinggi dan tidak rendah. Bermisai tebal, janggut tiada. Bulat matanya merenung Paksu sambil berjalan ke tempat duduk.
“Apa tengok2? Ada hutang ke?” tanya lelaki itu dengan suara yang garau. Serentak membuatkan Paksu tertunduk diam merenung permukaan meja.
“Apa ke garang benor kamu, Jusoh? Budak ni bukannya buat apa-apa pun? Minum ayor je,” tegur Pak Itam.
“Tak apalah Pak Itam, saya nak jenguk mak saya sekejap,” Paksu meminta diri serta membuat pembayaran.
Pak Itam menggeleng kepala, “itulah kamu, Jusoh. Udah terasa budak tu. Entah kemenda yang kamu marah benor dengan budak tu. Bukannya dia buat apa2 dekat keluarga kamu.”
Pak Jusoh tidak mengendahkan nasihat Pak Itam, “ah, itu aku punya pasal! Sekarang ni aku nak pisang goreng dengan ayor coke.”
“Aih…mana kena makan pisang goreng dengan ayor coke?” Pak Itam tergelak kecil.
“Kamu jangan sibuk hal aku. Pergi buat leghaih, aku nak nengok kebun kejap lagi,” tegas Pak Jusoh.
“Garam kamu jangan lupa,” pesan Pak Jusoh.
“Hahaha. Yelah, Jusoh. Aku pergi ambil ya?” ujar Pak Itam ke bahagian dapur.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
When Hairi Met Saleh
Sedang Jusoh mencampurkan secubit garam ke dalam air minumannya, kedengaran bunyi brek basikal seperti baru ditukar. Semakin lama semakin kuat menghampiri Warung Pak Itam. Lelaki yang baru tiba di Warung Pak Itam ini bernama Hairi.
“Pak Itam, kopi o paneh satu,” ujarnya sambil menurunkan tongkat basikal.
Pemuda itu kemudiannya berjalan masuk ke dalam warung sambil mengipaskan topi dengan nafas agak mencungap sedikit.
“Hah, lain macam rajin kamu sekarang, Hairi? Pagi noreh getah, kadang ngambik upah nebas rumput dekat ladang dengan kebun pulak lagi. Kelmarin nolong Tok Jai menggali kubur pulak,” tegur Pak Itam sambil meletakkan secawan kopi o panas di meja Hairi.
Hairi tersenyum membalas, “gini ler ghopenye Pak Itam, belajor tak pandai. Nak nyambung ke tingkatan 4 pun tak lepas. Kalau tak dibuat begini, tak merasa ler awak nak kahwin nanti”.
“Amboi...gaya sembang macam udah ada calon je? Cer kaborkan siapa?” tanya Pak Itam duduk di hadapan Hairi.
“Pak eh...kemain pulak dia nak ngorek hei rahsia orang. Ater bior ler siapa pun pilihan si budak Hairi tu. Ada lebih baik Paknya ke kedai si budak Mat seberang sana tu. Susu tin dah nak habis. Telur, tepung, gula pun sama,” bebel Mak Odah.
“Yelah, Odah oii...aku pergi ler sekarang,” balas Pak Mat berat mengangkat badan bangun dari kerusi.
Tidak lama kemudian, Saleh pula tiba di Warung Pak Itam bersama dengan vespa milik ayahnya.
Hairi dan Saleh merupakan kawan baik sejak dari bangku sekolah lagi. Disebabkan mereka berdua sama2 gagal SRP, jadi mereka berdua hanya mampu melakukan kerja-kerja di kampung sahaja.
Hairi terus mengangkat tangannya memanggil Saleh, “Leh, jom minum!”
“A...aku...ta...tak dapat...lah. A...aku ker...ker...kerja ma...ma...malam ni,” ujar Saleh.
Saleh sememangnya gagap semenjak dari kecil lagi, Hairi seorang sahaja yang sabar berkawan dengannya. Sedangkan kawan-kawannya yang lain mengejeknya sejak di bangku sekolah lagi.
“Hah...ni dia bekal kamu, Mak Odah dah bungkuskan. Kerja elok-elok ye,” pesan Mak Odah sambil menghulurkan bekas makanan yang biasa dipesan oleh Saleh sebelum pergi kerja.
“Te...te...terima ka...kasih, Ma...Mak Odah,” balas Saleh sambil tersenyum.
“A...aku...pergi ke...kerja du...du...dulu,” ucap Saleh sambil mengangkat tangannya kepada Hairi.
“Untung kawan kamu tu, rajin bekerja. Malam menjaga tiket wayang kat pekan pulak,” kata Mak Odah sambil melihat Saleh berlalu pergi.
“Iya...bapaknya ada vespa, panjang juga ler langkahnya. Kalau awak ada motor, mau udah lepas ke Ipoh atau Kolumpo nun,” keluh Hairi sebaik meneguk air kopinya.
Pak Itam yang kebetulan baru sahaja pulang ke warungnya terus menegur, “haihh...kemain jauh lagi kamu nak pergi? Kalau habih orang-orang muda macam kamu ni ke bandar, kampung kita ni nanti tinggal orang-orang tua je sudahnya”.
“Huh! Entah apa dibanggakan sangat bekerja kat kolumpo tu. Macam dekat kampung ni dah tak cukup kerja lagi je,” Jusoh yang senyap dari tadi tiba2 mencelah.
“Ater...kalau dah itu yang dia nakkan, biornye ler. Dia nak juga merasa tukor angin,” celah Mak Odah sambil mengambil barang-barang yang dibawa Pak Itam.
Belum sempat Pak Itam berkata apa-apa, tiba-tiba salah seorang orang kampung tiba di warung memberitahu, “assalamualaikum, Pak Itam. Ada dengor berita ke? Tok Saidin udah meninggal dunia”.
“Innalillahi wainna ilahi rojiun...” ucap Pak Itam
“Kurang sorang lagi orang lama di dalam kampung ni,” kata Pak Jusoh menunduk kepala.
Hairi segera meneguk cawan kopi dan menghulurkan duit kepada Pak Itam sambil berkata, “kenalah saya beransor dulu. Nak bersiap-siap ke rumah Tok Jai nak menyiapkan apa-apa yang patut”.
“Hah, elok benorlah tu.Tok Ketua dengan Tok Imam dah tau ke?” tanya Pak Itam kepada lelaki tadi.
“Udah...deme semua ada kat rumah Tok Saidin,” dia menjawab soalan Pak Itam.
“Hah, elok benorlah tu. Odah, eloklah kita tutup kedai awal sikit hari ni. Boleh juga aku ke rumah Saidin kejap lagi,” beritahu Pak Itam.
Pada keesokan paginya, jenazah Saidin selamat dikebumikan. Hanya adik-adiknya yang datang, kerana arwah tidak mempunyai anak biarpun dahulunya pernah berkahwin.
“Ma...ma...macam man...mana ki...ki...kita?” tanya Saleh kepada Hairi.
Mengikut kebiasaannya mereka berdua akan menoreh getah di ladang milik Saidin. Namun, kini tuan punya ladang tersebut telah pun tiada. Ladang tersebut juga telah menjadi punca perbalahan di kalangan adik-adik Saidin, masing-masing berebut mengatakan mereka mempunyai hak.
“Idak ngape...kita buat je keroje ngait dengan ngupas nyior dulu,” cadang Hairi.
Lewat malam itu, Hairi dan Saleh pulang dari menonton wayang di pekan. Disebabkan Saleh bekerja di pawagam, jadi adakalanya dia mendapat tiket percuma dari tauke. Ketika ini, di dalam pawagam hanya mengunakan kipas, penghawa dingin terlalu mahal di zaman ini.
Sebaik melalui kawasan tanah perkuburan, mereka berdua telah ditahan Tok Jai yang kebetulan berada di situ.
“Kamu buat keroje macam mana ni, Hairi? Aku baru je nak bagi kamu buat keroje sendiri lepas ni. Tapi, kalau kamu kroje cincai macam ni...payahlah,” kata Tok Jai dengan nada marah.
“Eh? Ngape pulak ni, Tok Jai. Pagi tadi saya buat kerja elok je,” balas Hairi sambil turun dari vespa.
Tok Jai menggamit tangannya memanggil Hairi sambil berkata, “moh kamu ikut aku kejap...benda ni kita kena selesaikan malam ni jugak”.
“Saleh, kamu lepak dulu dekat Warung Pak Itam. Karang pandai-pandailah aku nak nyampai ke sana,” pesan Hairi sambil menyerahkan topi keledar kepada Saleh.
Hairi melangkah di belakang Tok Jai dengan hanya berbekalkan sumber cahaya dari lampu suluh yang diberikan kepadanya.
Di dalam hatinya, dia masih tertanya-tanya, “silap apa pulak yang aku dah buat? Takkanlah aku letak kayu penanda terbalik? Bukannya buat keroje tengah gelap malam, hari terang pagi. Orang lain pun tengok idak cakap apa pun?”
Sebaik sahaja Tok Jai menghentikan langkahnya, jari telunjuknya terus sahaja menunjukkan ke arah kubur Saidin.
“Hah, ngapa Tok Jai? Nampak elok je?” tanya Hairi sebaik melihat kubur yang siap dikambuskannya pada pagi tadi.
Sambil mencekak pinggang, Tok Jai meninggikan suaranya, “elok kamu kata? Mana maunya kubur ni kamu kambus, tapi jenazahnya kat luor?!”
“Cer kamu tengok tu,” Tok Jai menunjukkan ke arah lembaga berbungkus kain kapan berdiri tidak jauh dari mereka berdua.
Mukanya saling tidak tumpah seperti Saidin, tetapi mukanya gelap serta sudah busuk dan berulat.
Hairi terus terduduk, di dalam hatinya beristighfar tidak berhenti-henti. Selama ini, dia hanya mendengar sahaja cerita dari orang-orang kampung tentang Tok Jai. Tetapi, kali ini barulah dia merasakan masalah dimiliki Tok Jai ni lebih besar daripada masalahnya yang gagal SRP dahulu.
“Udah ngape kamu duduk atas kubor orang pulak? Moh ler tolong aku kebumikan jenazah ini. Tak kesian ke kamu nengok dia tegak je berdiri macam ni?” ucap Tok Jai lagi sambil tangannya mula menyangkul tanah menggali kubur Saidin.
Hairi tidak membuang masa terus memalingkan badannya dan mula berlari pecut keluar dari kawasan tanah perkuburan tersebut.
Sepanjang dia berlari pecut, lembaga yang menyerupai Saidin itu sentiasa memunculkan dirinya di tepi jalan. Biarpun sudah banyak kali Hairi memintasnya, tetapi dia tetap muncul di checkpoint seterusnya. Dah macam batu nisan tulis lagi berapa kilometer pula.
Nafas Hairi tercungap teruk, sedangkan kubah masjid kampung pun masih belum dapat dilihatnya. Inikan pula atap Warung Pak Itam.
bersambung...
Ok, see you 2026 
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 6-2-2025 12:06 PM
When Hairi Met Saleh
Sedang Jusoh mencampurkan secubit garam ke dalam air minumannya, kedengaran bu ...
mcm biashe.. best sokmo..
alamakkkk 2026 ke bro  |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 6-2-2025 11:06 AM
When Hairi Met Saleh
Sedang Jusoh mencampurkan secubit garam ke dalam air minumannya, kedengaran bu ...
Kamon John, janganlah 2026???? |
|
|
|
|
|
|
|
2026 tu lebih selamat. hahaha. tapi aku cuba sekurang2 sebulan sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 1-3-2025 10:12 AM
2026 tu lebih selamat. hahaha. tapi aku cuba sekurang2 sebulan sekali
Oit tengah saspen tiber see you in 2026
Kamon john, sementara tunggu subuh ke buka puasa ke karang la sebaris dua  |
|
|
|
|
|
|
|
udah sebulan yeop.. 6.2.2025-5.3.2025 |
|
|
|
|
|
|
|
belum abih lagi bulan 3 nya...hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Brrtttt....brrtttt...dung dung dung...
Bunyi vespa Lambretta membelah kesunyian malam. Secara tak langsung memberikan sinar harapan buat Hairi di dalam menempuh situasi seram ini. Lantas dia segera melambai2kan tangan bagi menahan vespa tadi.
Jusoh segera memperlahankan vespa sebaik melihat kelibat Hairi. Dia menegur, “udah ngapa kamu berlari tepi jalan tengah malam buta ni? Habih basah beghojot badan kamu bermandi peluh. Nak masuk acara merentas desa ke?”
“Hagh...haiihhh...Pak Jusoh...hah...boleh ke numpangkan saya ke...haihh...Warung Pak Itam?” balas Hairi tercungap-cungap.
Jusoh terdiam seketika sambil membelai misainya yang tidak kelihatan, tidak ubah seperti seseorang yang sedang memikirkan sesuatu. Walhal dia hanya mahu berposing di atas vespa Lambretta baharu dibelinya pada tahun lepas. Manakala Hairi pula memaki hamun orang tua itu di dalam hati. Mukanya bukan main pucat lagi memerhatikan sekeliling.
“Apalah sangat? Moh ler naik belakang ni,” pelawa Jusoh.
Jusoh mula menunggang vespa dengan begitu santai sambil menyanyi lagu kempas kempis kempus. Sedang Hairi pula resah menoleh ke belakang. Di dalam hatinya tidak berhenti meratib perkataan sama, janganlah kau tiba2 muncul.
“Orang tua ni makan angin pulak malam-malam macam ni,” getus hati Hairi.
“Ater...ngape kamu asyik noleh ke belakang? Tadi kamu kena kejor dek kobo ke?” tanya Jusoh sambil berangan kalau2 ada ratu kebaya yang mahu menumpang vespanya.
Tidak perlu mendengar jawapan ataupun menoleh kepada Hairi, dia dapat merasakan pemuda itu sedang menggelengkan kepala sehingga vespanya bergerak kecil. Jusoh cuba meneka lagi, “takkan kena kejar dek patrol car pulak?”
Sekali lagi Hairi menggelengkan kepala, langsung Jusoh meneka, “ater...? Hantu ke yang ngejor kamu?”
Kali ini Hairi tidak pula menggelengkan kepala, peluh dingin mula menitik laju dari dahi Jusoh. Di hatinya masih berharap Hairi sebenarnya menggelengkan kepala tetapi secara perlahan. Disebabkan itu dia tidak dapat mengesan pergerakan dari belakang seperti tadi.
“Kamu ni...kalau kena kejor dengan mende alah tu, kaborlah siang tadi. Ni udah malam baru nak kabor. Idaklah aku santai je mawak vespa ni,” beritahu Jusoh dengan nada terketar-ketar tetapi masih cuba berlagak berani.
Sedangkan Hairi pula berkata di dalam hati, “ater...aku kena malam ni. Bukannya kena siang tadi. Keroje nak nyalahkan orang je orang tua ni.”
Vespa yang ditunggang Jusoh juga mula bergerak terhuyung-hayang ke kanan dan ke kiri disebabkan tangannya terketar2 ketakutan membayangkan sekiranya ada hantu yang akan menyergahnya nanti.
“Ka...kamu udah tonggeng tengok ke?” tanya Jusoh cuba memecah kesunyian. Yelah, kalau berdiam je melayan feel seram pun tak kena juga, kan?
Hairi bertanya kembali, “perlu ke Pak Jusoh?”
“Hek eleh, kamu ni...buat saspen ajer. Aku ingatkan betul2 lah terserempak hantu tadi. Ajernye...menda kamu tak pasti. Tak ada hujung pangkal. Entah2 kacang hantu dalam kampung ni punya kerja ke...malam halloween ke,” Jusoh kembali tenang dengan teorinya.
“Mana orang kampung kita sambut hari penguin, Pak Jusoh,” ujar Hairi.
“Aku cakap halloween, kok penguin pulak jadinya!?” sentak Jusoh.
“Hah...tu dia, Pak Jusoh. Cer cuba sahihkan betui ke idak dia tu hantu,” tunjuk Hairi dengan tangan terketar2 merentas pipi Jusoh.
Mata Jusoh terbeliak melihat muka pocong di hadapan mereka, serentak mukanya bertukar pucat. Di dalam keadaan vespanya bergerak tidak tentu arah, tangannya sempat memulas throttle memecut laju ke arah Warung Pak Itam.
“Ater dah periksa ke tu hantu betui ke idak?” tanya Hairi sambil memeluk kuat badan Jusoh.
“Gampang kamu! Jangan ditanya lagi! Aku nak periksa ape lagi kalau mukanya serupa si Saidin? Aku pun ada masa kebumi pagi tadi,” balas Jusoh dengan nada keras.
Sebaik sahaja tiba di Warung Pak Itam, Jusoh dan Hairi masing2 menggaru kepala melihat tiada sesiapa di situ. Warung tersebut seperti ditinggalkan di dalam keadaan tergesa-gesa dengan pinggan, makanan dan cawan masih di atas meja.
Satu jam yang lalu...
Saleh mematikan enjin sebaik sahaja menghentikan vespa di sebelah Warung Pak Itam.
“Ai, Saleh? Sorang je ke? Idak ke tadi kamu ke pekan dengan si Hairi?” tegur Pak Itam sambil mengemas meja makan tidak jauh dari Saleh.
“H...Hai...Hairi a...ada k...ke...kerja de...dengan T...Tok Jai,” jawab Saleh sambil berjalan ke dalam warung.
“Apa keje lah gamaknya udah gelap malam gini kat tanah kubur tu? Takkan ada orang meninggal lagi?” Pak Itam tertanya-tanya.
“Entahlah, Itam...kadang-kadang aku risau nengokkan si Jai tu. Tapi, dalam kampung ni dia sorang je yang mau buat keroje rope tu. Harapnya si Hairi tu boleh lah hendaknya nak meneruskan kerja2 si Jai tu,” celah Tok Penghulu sebelum menghirup secawan kopi panas.
“P...Pak I...Itam, a...air s...si...sirap s...satu,” pesan Saleh sambil duduk di meja bersebelahan dengan Tok Penghulu.
Serentak Tok Penghulu menegur Saleh, “hai...orang muda neguk ayor ais tengah2 malam ye? Kamu tu belum kahwin lagi...takut menyesal tak sudah karang”.
Saleh hanya tersengih meneman ketawa besar Tok Penghulu. Sebagaimana kebiasaan, keadaan di Warung Pak Itam begitu tenang dan aman damai sahaja. Orang2 kampung tidak putus berkunjung dan berbual2, ada yang bermain karom dan ada juga yang sedang termenung melayan lagu berkumandang di corong radio.
Dengan tiba2 ketenangan tersebut dipincangkan oleh seorang pemuda kampung bernama Rawang. Dia berlari masuk ke dalam warung di dalam keadaan tergesa-gesa. Dengan muka tak malu, dia terus sahaja meneguk air Saleh yang baru sahaja diletakkan di atas meja oleh Pak Itam.
“Woi, a...a...air a...akulah!” marah Saleh.
“Udah kenapa kamu ni? Kot iya pun haus, orda lah air dulu. Kesian si Saleh ni, dia pun haus jugak,” tegur Pak Itam sambil mengambil gelas yang telah kosong diletakkan Rawang di atas meja.
Rawang masih tidak mampu untuk berkata apa-apa, nafasnya masih lagi mencungap teruk. Peluh mengalir deras bagaikan air terjun Lata Kinjang, bermula dari dahi dan seterusnya menitik-nitik jatuh melalui dagu.
Giliran Tok Penghulu pula menegur Rawang, “hah, kabor ler lekas...ngape kamu tercungap berlari malam ni? Mana basikal kamu?”
Pak Itam menambah, “sebelum kamu cerita tu, ada lagi baik kamu turunkan bawah kain kamu tu dulu. Tak senonoh benor nampak kepala pitok.”
Di dalam nafas yang tercungap-cungap, Rawang menurunkan bawah kain sebelum memulakan cerita. Kalau tak, nanti ada yang marah bila aku cakap cerita ni bersambung tahun 2026.
Indah nian Istana Bunian...
Puteri Bunian, manis menawan...
Rawang santai mengayuh basikal menuju ke Warung Pak Itam sambil menyanyikan lagu Seri Bunian di malam hari dan di atas jalan nan sunyi. Pasti ianya satu perbuatan yang tidak akan dilakukan oleh mana2 insan yang waras. Tambah2 lagi memang ada kampung bunian dalam hutan sebelahnya. Ala, yang macam aku pernah cerita kat kome dulu?
Sepertimana cerita seram yang lain, basikalnya tiba2 sahaja tersangkut dan berhenti tanpa sebab. Lantas Rawang menegur, “eh? Udah kenapa ni? Rasa tadi awak idak melanggar apa-apa.”
|
|
|
|
|
|
|
|
“Aku ada langgar apa2 pantang larang ke nak ke sini tadi?” tanya Rawang lagi.
Rawang merupakan remaja sebaya dengan Paksu. Sekiranya berlaku apa2 dia pasti akan merujuk kepada perkara2 tahyul terlebih dahulu sebelum merujuk penjelasan logik akal. Dia semakin resah cuba menolak basikal ke depan beberapa kali. Lampu basikalnya menggunakan teknologi dinamo, jadi sekiranya tidak berjalan, tidak ada lah lampu.
Dia segera meraba2 gulungan kain pelikatnya bagi mengambil lampu suluh. Mujur dia sempat merembatnya dari rumah jiran. Seterusnya dia mula menyuluh dan memeriksa tayar basikal, kedua2nya ada angin. Sepatutnya tidak ada apa2 masalah. Seterusnya dia menurunkan tongkat lalu memusingkan pedal basikal.
Tayar belakang berpusing dengan baik, rantai juga sepatutnya tidak ada masalah. Rawang terus menggaru2 kepalanya yang tidak gatal sambil memikirkan mengapa basikalnya tidak boleh berjalan ke depan sedangkan jalan tar tersebut tidak juga berlubang.
Sekali lagi dia menunggang basikalnya serta menolak tongkat ke belakang sebelum memulakan kayuhan. Sama seperti tadi, masih tidak boleh digerakkan.
Dengan rasa geram Rawang menyuluh ke belakang. Kini, barulah jelas...terdapat penumpang di tempat duduk belakang basikal. Tubuhnya berbungkus kain putih yang mempunyai kesan tanah. Mukanya pula gelap, manakala matanya putih menatap wajah Rawang.
“Aaaaaaahhhhhhhh...!!!!” jerit Rawang sebelum mula berlari pecut menuju ke arah Warung Pak Itam.
“Haiya, mana ada hantu dalam ini kampung,” celah satu2nya lelaki berbangsa cina di dalam kampung ini.
Tok Penghulu menegur, “kamu jangan cakap takbur, Ah Siong...nanti terkena dekat batang hidung kamu baru tahu tinggi rendah tanah pama ni.”
“Itu hantu kalau wa jumpa aaa...wa kasi silambam sama dia. Kasi ajar sikit,” tambah Ah Siong sambil melakukan gerak tangan.
Salah seorang pemuda menegurnya, “silambam tu orang india, kamu bukan ke kungfu?”
“Kungfu pun kungfulah...wa boleh saja,” balas Ah Siong meneguk air.
Pak Itam menggelengkan kepalanya sebelum bertanya kepada Rawang, “kat mana kamu tinggalkan basikal kamu tu?”
“Dekat padang sekolah sana tu, Pak Itam,” jawab Rawang menunjukkan dengan jari.
“Eh, dekat benorlah kalau gitu gayanya,” kata Tok Penghulu termenung jauh.
Tiba-tiba seorang pemuda bingkas bangun dan berkata, “alamak! Awak lupa mak awak suruh belikan kicap tadi”.
Seorang lagi lelaki tua juga bingkas bangun menyerahkan duit kepada Pak Itam dan berkata, “aku pun nak beransur dululah...lupa pulak aku ni demam lagi sebenarnya. Tak elok kalau berembun malam2 macam ni”.
Pelbagai alasan yang tidak munasabah serta munakahat diberikan mereka sambil tergesa-gesa meninggalkan Warung Pak Itam. Sehinggalah akhirnya hanya tinggal Pak Itam, Tok Penghulu, Ah Siong, Saleh dan Rawang sahaja di dalam warung.
“Kalau gini gayanya, mau awak pun nutup kedai awal malam ni,” ujar Pak Itam sambil mengemas pinggan dan cawan yang ditinggalkan pelanggan2nya tadi.
“Tak payah takut hantulah...wa kan ada?” kata Ah Siong sambil menepuk dadanya.
“Aku risau kamu ni cakap takbur dari tadi...” belum sempat Tok Penghulu menghabiskan kata-katanya, mereka semua terdengar suara Saleh menjerit.
Serentak pandangan mata mereka tertumpu kepada Saleh yang cuba menunjukkan sesuatu pada ruangan dapur. Namun begitu, mereka tetap sabar menantikan perkataan yang bakal keluar dari bibir Saleh.
“H...ha....han...” beritahu Saleh tergagap-gagap.
“Han apa, Saleh?” tanya Rawang yang sabar menantikan Saleh menghabiskan perkataannya bersama Tok Penghulu, Ah Siong dan Pak Itam.
“Hantu!” jerit Saleh sambil tangannya terketar-ketar menunjukkan ke arah belakang mereka berempat.
“Hantu?” tanya mereka serentak menoleh ke ruangan dapur. Tetapi tiada apa2 pula di dalamnya. Isteri Pak Itam pun sudah berada di rumah ketika ini. Tidak mungkin pula dia terkejut melihat kelibat Mak Odah memakai bedak sejuk.
“Mana ada hantunya, Sa...eh? Dah hilang budak bertuah tu?” tanya Tok Penghulu.
“Haiya...vespa pun tinggal,” kata Ah Siong menepuk dahi.
“Wa rasa aaa...dia macam singaja mahu minum pree. Itu lah dia kasi salahkan itu hantu,” Ah Siong membentangkan teorinya.
“Ater...ayor sirap je pun...apa lah sangat? Mari Itam, aku bayorkan makan minum aku sekali dengan si Salleh,” ujar Tok Penghulu mengeluarkan wang dari poket dada baju melayu.
“Aiyaaa...lu pun sulah takut mahu balik awal ka? Wa sulah cakap tadi...ini kampung mana ada hantu. Kan?” Ah Siong bercakap besar sambil menegur lembaga di sebelahnya.
“Lu pakai bungkus satu macam ni talak panas ka?” tegurnya lagi melihat pocong di sebelahnya. Sedangkan Pak Itam, Tok Penghulu dan Rawang masing2 kaku bagaikan patung di pasar raya.
Lampu pelita yang dipasang di dalam warung juga tiba-tiba terpadam kesemuanya. Darah menyurup naik ke muka masing2, tanpa membuang masa mereka terus lari bertebaran meninggalkan Warung Pak Itam.
Tok Penghulu terus menghidupkan enjin motosikal sebelum mula memecut pergi, sehinggakan tidak perasan Ah Siong sedang menumpang motosikalnya di belakang sambil memeluk badannya.
“Kamu ler ni, mulut cabui benor...udah muncui tu, ngape kamu idak silambam ke...kungfukan natang tu?” dia memarahi Ah Siong.
“Wa baru ingat laoshi dulu ada cakap, guna untuk pertahan diri saja maa...dia tak keluar tangan kaki dari itu kain mau pukul wa. Macam mana mau lawan?” Ah Siong memberikan alasan.
Di dalam masa yang sama, Pak Itam dan Rawang ketika ini sedang berlari ke arah yang sama. Lantas Pak Itam menegurnya, “ater ngape kamu berlari nuju ke rumah aku pulak ni?”
“Rumah saya jauh, Pak Itam. Boleh ler bagi saya numpang semalam dua,” rayu Rawang sambil berlari di sebelah Pak Itam.
“Haish...apa kejadahnya tiba-tiba kamu nak numpang tidur kat rumah aku? Tak boleh! Rumah aku ada anak dara, kamu tu udah ler selalu ngintai anak dara aku mandi. Tak percaya aku dekat kamu, setan!” marah Pak Itam sambil menendang2 Rawang menjauhi arah rumahnya.
“Pak Itam! Sewaktu darurat macam ni, ada lebih baik kita lupakan je kisah silam saya. Sekiranya perlu saya bertanggungjawab, saya rela jadi menantu Pak Itam,” Rawang memberikan hujahnya. Larian mereka terhenti di situ kerana terdapat isu yang perlu diselesaikan.
“Aku karate jugak tengkuk kamu karang! Silam kejadahnya kalau semalam baru je aku ngejor kamu kat belakang bilik ayor mengintai anak aku? Kot yer pun aku nak carikan laki untuk anak aku, idak ler kutu berahak apah koje idak dibuat kat dalam kampung ni. Patut pergi sekolah, monteng,” marah Pak Itam.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pak Itam main kasar nampak? Tak bagi cakap lah tak bagi...tak payah lah nak ungkit saya ponteng sekolah bagai,” ujar Rawang.
“Udah berapa kali aku nerangkan dekat kamu...memang aku tak bagi. Dah, pergi berambus sana,” halau Pak Itam.
“Apa lah Pak Itam ni...kedekut nak mampus! Taik hidung masin! Tunggu lah aku habis sekolah nanti,” sungut Rawang berjalan meninggalkan laluan untuk ke rumah Pak Itam.
“Kenapa kalau kau dah habis sekolah nanti!?” agah Pak Itam.
Tanpa membalas apa2, Rawang mencicit lari kerana takut dibeduk Pak Itam. Pada awalnya dia bersungut tidak berpuas hati dengan layanan Pak Itam, namun lama kelamaan dia kembali teringat apa yang menyebabkan dia berlari ke sini. Mula dia tidak tentu arah memerhatikan keadaan sekeliling.
Psst...pssttt...
“Apa tu? Bunyi pocong ke? Eh, aku mana tahu bunyi pocong tu macam mana,” tanya Rawang menyuluh ke arah bunyi suara tadi.
Ater ngapa pulak disuluhkan? Mungkin di dalam otak mereng Rawang beranggapan mengetahui itu lebih baik daripada tidak tahu. Nasibnya baik yang disuluhnya itu adalah Saleh.
“Wo...woi...aa...apa suluh...m...ma...mata ni?” tegur Saleh.
“Fuh...Bang Saleh rupanya. Buat takut orang yang dah sedia takut je...” Rawang menghembuskan nafas lega.
Saleh turun dari pokok dan bertanya, “aa...apa k...kau b...”
Rawang terlebih dahulu mencelah, “sudah lah Bang Saleh. Apa kata abang tumpangkan je saya balik? Lagi besor faedahnya daripada kita menyembang dekat sini. Buatnya kena sergah nanti? Apah tak hei...”
“Eeemmm...emm...macam tu...”
“Ya, jom kita pergi tengok vespa Bang Saleh dekat Warung Pak Itam,” sekali lagi dia memotong kata2 Saleh.
Langkah mereka berdua terhenti dihalang Saleh, “aaa...apa kata...ka...ka...kau pergi tt...tengok d...dia ada la...lagi ke tak.”
Rawang laju sahaja membantah, “eh, mana boleh macam tu. Saya ni kan lagi muda? Lebih afdal kalau Abang Saleh yang pergi periksa.”
“Mm...macam tu pu...pulak?” Saleh tidak berpuas hati.
“Macam tu lah...nak macam mana lagi? Dah, toksah melawan. Tak takut kena tulah ke nanti? Awak ni berdaulat...” Rawang menolak belakang Saleh.
Saleh menggaru kepala dan masih menoleh ke arah Rawang biarpun sedang berjalan menghampiri warung. Pasti di dalam hatinya bertanya, tulah daulat celah mana pakai baju koyak, kain pelikat lebam dengan terompah.
“Nanti kalau nampak terus beritahu. Jangan tergagap2 macam tadi. Nak lari pun dah tak sempat,” pesan Rawang.
Saleh melangkah sedikit demi sedikit menghampiri warung yang gelap gelita. Tetapi mungkin juga kerana matanya dipejamkan kerana takut ternampak apa2 yang tidak sepatutnya.
“Woi, Saleh? Kenapa kau berjalan pejam mata? Terlanggar dinding warung baru tau,” tegur Hairi menunggu sejak dari tadi lagi bersama Jusoh.
Mahu gugur jantung Saleh ditegur Hairi secara tiba2. Sudah lah suasana begitu saspens sekali. Di dalam masa yang sama, dia juga dapat menghembuskan nafas lega kerana kembali bertemu dengan kawan baiknya.
“Apa dah jadi sampai kosong tak ada orang malam ni? Pelita pun padam, tapi tingkap dengan pintu dapur ni ternganga,” tanya Jusoh mencekak pinggang setelah meletakkan botol minuman fanta merah di atas meja.
Sebagai seorang belia kampung yang baik, Saleh cuba menerangkan apa yang berlaku. Tetapi Rawang terlebih dahulu tampil berkata, “kalau bagi Abang Saleh cerita, alamatnya sampai esok pagi pun tak tentu selesai. Bior awak je yang ceritakan.”
Biarpun cerita Rawang terdapat gebang di sana sini, namun cerita akarnya tetap sampai walaupun agak jauh menyimpang.
Jusoh: Itu lah aku dah kata...mesti ada berlaku sesuatu menjadi asbab mengapa kedai ni sampai kosong macam ni.
Hairi: Ada ke? Tadi Pak Jusoh mintak saya ambilkan botol fanta merah ni kat dapur je. Haus katanya...
Saleh: Ka...ka...kami..
Rawang: Orang2 tua bercakap tak elok menyampuk. Tak gitu Pak Jusoh? (pegang bahu Saleh)
Hairi: Aku rasa lah...ada lebih baik kita tinggalkan je kedai ni. Macam bahaya...
Rawang: Bahaya ke Pak Jusoh?
Jusoh: Mana ada...kome tak pernah dengar teori lintor menyambar?
Saleh: T...te...
Rawang: Shhh...teori apa tu, Pak Jusoh?
Jusoh muka bangga menerangkan, “kebarangkalian lintor ni menyambor tempat yang sama adalah satu di dalam sembilan juta.”
Hairi, Saleh dan Rawang masing2 memandang di antara satu sama lain.
Saleh bertanya, “a...apa ke...ke...”
Jusoh terlebih dahulu berkata, “cuba bagi orang lain yang tanya.”
Hairi menepuk bahu kawan baiknya bagi menjaga perasaannya sebelum mengemukakan soalan, “apa kena mengena dengan situasi kita sekarang ni, Pak Jusoh?”
“Macam yang aku terangkan tadi lah...apa ke benak bebenor mengkeme semua ni? Kebarangkalian untuk dia tu datang ke sini sekali lagi tu satu di dalam sembilan juta,” Jusoh bengkeng.
“Maknanya...” Rawang cuba mengeluarkan perkataan seolah2 dia sedang berfikir.
“Maknanya kebarangkalian besar pocong tu takkan datang ke sini lagi?” Hairi meminta kepastian.
“Huu...handei Pak Jusoh. Awak ni udah ler lemah bab kebarangkalian dalam matematik,” puji Rawang.
“Haa...tahu pun,” ujar Jusoh sebelum meneguk botol minuman tadi sementara Hairi dan Saleh masih berfikir sama ada mereka boleh menerima teori Jusoh yang begitu di luar norma.
“Eh, aku pun haus jugak. Baik aku tibai air botol kickapoo kat dapur kejap,” ujar Rawang.
“Amboi...kemain haus orang tua ni,” tegur Hairi melihat Jusoh hampir menghabiskan botol minuman.
“Aku haus lah...kome apa tahu?” jawab Jusoh di dalam hati sebelum terpandang kelibat berwarna putih melalui botol kaca yang sedang diteguknya.
Serentak membuatkan dia tersemburkan air di dalam mulutnya sehingga membasahi muka Hairi dan Saleh. Belum sempat Hairi berkata apa2, Saleh terlebih dahulu mendepakan sebelah tangan di hadapan dadanya. Seolah2 berkata bagi aku pulak bercakap.
“A...a...apahal Pak...Pak Jusoh nn...ni? Ha...haa...habis basah!” dia bangga kerana berjaya mengatakan sesuatu setelah berkali2 dihalang.
Jusoh tidak terus menjawab persoalan Saleh tadi. Sebaliknya, dia sekali lagi melihat melalui cermin botol kaca di tangannya tadi. Lalu tersentak, kelibat putih tersebut masih berada di tempat yang sama. Tetapi sebaik dia melihat dengan pandangan mata kasar, dia tidak pula dapat melihat apa2 di seberang mejanya.
“Cer kamu nengokkan dari kaca botol ni...mata aku ni rabun ke pun?” Jusoh menyental mata sambil menghulurkan botol.
Hairi dan Saleh masing2 hairan mendengar permintaan Jusoh. Tetapi mereka berdua tetap menurutkan sahaja dengan melihat melalui botol minuman kaca.
“Tak ada apa2 pun, Pak Jusoh?” tanya Hairi sebelum menghulurkan kepada Saleh.
Kawan baiknya turut menggelengkan kepala, “tt...tak nam...nampak a...apa...”
Kata2 Saleh terhenti sebaik mendengar bunyi enjin vespa Jusoh dihidupkan dan serentak meninggalkan mereka di dalam keadaan terpinga2. Tidak tahu apa yang patut dibuat pada botol di tangan Saleh.
“Apa kehe orang tua ni? Tiba2 pergi macam tu je. Mesti nak suruh kita pergi buang botol yang dia habis minum ni. Buat helah macam2,” sungut Hairi.
Sementara mendengar kawan baiknya itu bersungut, Saleh terlebih dahulu terserempak dengan apa yang dilihat Jusoh tadi. Pocong tersebut sedang berdiri di sebalik penghadang tepi warung yang diperbuat dari papan. Tanpa membuang masa cuba menerangkan apa yang dilihatnya kepada Hairi, Saleh terus memusingkan kepala kawan baiknya ke arah lembaga tersebut sebelum berlari ke arah vespa milik bapanya.
“Woi, Saleh. Jangan tinggalkan aku,” ucap Hairi kelam kabut mengikut di belakang kawan baiknya.
“Ce...cepat!” Saleh segera menghidupkan enjin sementara menunggu Hairi.
Di dalam keadaan tergesa2 Hairi melompat ke tempat duduk belakang sebelum dipacu pergi Saleh meninggalkan Warung Pak Itam.
Tidak lama kemudian, Rawang muncul berkata, “menang besor kome...ayor dapat, kuih lopeh pun dapat.”
“Eh? Mana deme semua tadi?” tanya Rawang kehairanan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|