|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
ialsa episode 75 sinopsis
Jasmin masih memegang rantai dan sambil menangis dia mengeluarkan segala isi hatinya. Setiap ketika dia memakai rantai itu dia cuba meyakinkan diri sendiri walaupun dia dan Oliver tidak bersama dan walau Oliver tidak berada disampingnya dia hanya mahu berharap dan meneruskan kehidupan kerana dia amat menyintai Oliver. Walaupun Oliver telah menunjukkan yang tiada future atau kegembiraan dengan harapannya dia sanggup menunggu ...tetapi sekarang dia sudah keletihan dan dia sudah tidak bermaya lagi untuk berlawan dan dia menyerah kalah, dia tidak mahu bersama dengan Oliver ataupun melihatnya lagi. Jasmin terus menyerahkan rantai itu semula kepada Oliver dan meninggalkan tempat itu dengan hati yang luka sekali. Oliver turut menangis.
Hazel jatuh sakit dan terbaring di atas katil. Yolanda mengelapnya, Nea membawa makanan untuk Hazel dan menyuapkannya makan. Hazel terharu mereka menjaga nya dengn baik.
Oliver masuk kedalam kedai dan didalam Zsazsa, Daphne dan Mr Cheng sudah menanti. Bila ditanya tentang Jasmin, Oliver menjawab yang Jasmin keluar sebentar.
Dirumah Ynares, telefon berdering dan Roden dan Susana menjawab serentak. Yolanda berada ditalian dan Roden berkata biarlah dia menjawab telefon dan Susana meletakkan telefon dengan hati yang sedih.
Karri telah membeli barang-barang untuk digunakan dalam restaurant. Nea bertanya untuk apa barang-barang itu kerana kelihatan mahal sekali, mungkin pelanggan tidak akan datang kerana mereka fikir tempat itu mahal. Nea meneruskan lagi yang dia cuma orang biasa yang tidak mahu menyusahkan orang lain. Dia tidak mahu menerima benda-benda yang tidak sesuai dengan dirinya...dia cuma mahu something simple. Tetapi jawab Karri "it won't hurt, if you try right?"....Ivan menarik Karri dan biar mereka bercakap dahulu.....
Mr Cheng, Daphne, Zsazsa dan Oliver sudah menandatangani contract tetapi mereka masih mencari Jasmin. Oliver pula masih tidak bersuara. Mr Cheng berkata yang sudah tentu Jasmin amat gembira sekali dengan signing of contract tersebut. Mr Cheng juga memuji Jasmin mempunyai character yang baik. Oliver hanya masam saja.
Susana tidak menahan lagi dan dia mengangkat ganggang telefon dan terdengar suara Roden dan Yolanda tertawa didalam talian. Sedang mereka sibuk berbual, Jasmin telah sampai kerumah. Yolanda bertanya jika dia juga sakit, Jasmin hanya menjawab badannya tak berapa sihat. Jasmin juga bertanya jika Nea berada ditalian tetapi Yolanda hanya berkata tidak...kawan lelakinya. Jasmin masuk kedalam bilik, Yolanda meneruskan perbualan dengan Roden dan Susana mendengar segala perbualan mereka berdua dan perlahan-lahan dia meletakkan telefon itu.
Jasmin telah masuk kebilik adiknya dan dia dalam kesedihan. Hazel cuba bertanya dan memeluk kakaknya, Jasmin hanya mampu menangis tetapi tidak menjawab pertanyaan Hazel.
Ivan dan Karri berbincang...Karri cuba menjelaskan yang dia hanya mahu membantu. Ivan pula menerangkan yang dia faham akan situasi itu tetapi ada jenis pertolongan yang tidak perlu diminta..kadang-kadang kalau dipaksa untuk menerima ia akan membuat orang tidak akan appreciate dan Nea adalah orang yang tidak suka meminta dari orang lain. Dia tak suka rancangan nya rosak. Karri terdiam dengan kata-kata Ivan itu.
Ivan dan Karri mendapatkan Nea semula. Karri meminta maaf kepada Nea, dia cuma excited dengan pembukaan restaurant baru Nea, dia cuma mahu membantu. Nea juga meminta maaf kepada Karri kerana ada masa-masanya dia memang keras kepala dan mereka tertawa semula. Karri mengucapkan selamat tinggal dan berjanji tidak akan mengganggu. Nea walupun serba salah telah menahan Karri dan dia mahu menyediakan masakan untuk Karri dan Ivan sementara belum ada customer. Mereka bersetuju.
Zsazsa, Daphne, Mr Cheng dan juga Oliver ingin minum ucap selamat dengan new partnership mereka dan mereka membuka wine, tetapi Oliver tidak bersuara. Mereka masih mencari Jasmin disitu sehinggakan ZsaZsa sempat berkata yang Jasmin selalu tidak hadir bekerja, tetapi telah dilawan kata-katanya itu oleh Daphne.
Ivan, Karri dan Nea sedang menikmati makanan. Ivan memuji sekali masakan Nea, sebab tu dia boleh bekerjasama dengan Nea kerana memang lazat makanan dari Nea. Kata Nea dia cuma tukang masak dan Oliver pula tukang makan dan memang Oliver kuat makan. Tambah Ivan lagi, masakan Nea lebih sedap dari tempat-tempat yang mahal yang mereka pernah makan. Bila ditanya oleh Nea apa specialty masakan dari Karri, Ivan pula yang menjawab...apa yang Karri akan buat, dia akan angkat telefon, pilih menu dan kalau tidak ada dalam menu dia akan menyuruh orang gaji untuk memasakkannya. Karri terasa malu dan Nea perasan.
Roden sedang makan sambil tersenyum-senyum. Susana datang hampir lalu menjamah makanan dari pinggan Roden. Dia dengan selamba bertanya sekiranya Roden mempunyai affair dengan perempuan lain. "Patutla kau menyuruh anak-anak kau supaya tidak ada hubungan dengan anak-anak Larry, sebab kau takut kau dan Yolanda akan tertangkap...Tak malu ker?! Tebal sekali muka kau!!" lalu Susana membaling garfu dari tangannya dan pergi dari situ. Roden cuma mampu menggelengkan kepala.
Oliver kini pergi ke rumah Jasmin dan bila dia sampai, Yolanda membenarkan dia masuk dan terus pergi ke bilik Jasmin. Dia tahu Oliver tidak akan membuat perkara yang tidak baik keatas Jasmin.
Ivan bertanya kepada Karri sekiranya dia ok kerana sejak mereka meninggalkan Nea, karri cuma diam saja...Lalu Karri bersuara "the next time you do a punch line please don't do it with my expense"....dan terus meninggalkan Ivan.....
Oliver mengetuk pintu bilik Jasmin dan tidak ada orang menjawab. Dia terus membenarkan dirinya masuk ke bilik Jasmin dan dia terlihat wooden gift yang dihadiahkannya kepada Jasmin semasa mereka pergi dulu. Dia juga terlihat Yellow Post-Its dalam frame dan dia mengambil Pink note lalu membacanya...'walau letih ...tak apa janji untuk bookstore....janji kau akan gembira'.Jasmin masuk kedalam bilik dan dia ternampak Oliver berada disitu dan bertanya apa yang Oliver buat disitu.
Dia masih mengingati kata-kata Oliver dan dia menyuruh Oliver keluar dari bilik itu. Tetapi Oliver mendekatkan dirinya pada Jasmin dan memegangnya. Jasmin tidak mahu memandang wajah Oliver. Oliver meminta ampun. Dia cuba untuk melupakan tapi cintanya kepada Jasmin semakin menebal. Dia mahu Jasmin bekerja semula di kedai buku dan dia memohon agar dia dapat menjadi sebahagian dari hidup Jasmin semula....Jasmin hanya merenung wajah Oliver.... |
|
|
|
|
|
|
|
saja je nk tlg ate anne masukkan caps ngan sinopsis sementara tgh x bz ni...
chow dulu ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
bye michily....thanks you...salamat... |
|
|
|
|
|
|
|
walang anuman baby...
till next time.......... adios |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by michily at 29-8-2005 02:50 PM
saja je nk tlg ate anne masukkan caps ngan sinopsis sementara tgh x bz ni...
chow dulu ye....
wahh wah wah tq mic...thanks a lot...ate x sedap badan last 2, 3 days...Asyik muntah dan memulas piyut nie ha....Alahai...So x berkesempatan nak masuk thread ni...:cak:...Anyway maraming maraming salamat...
:dia: To baby - happy morning na.... |
|
|
|
|
|
|
|
wah oliver ngan jasmin dah hampir nak baik dah...heheh siap cium2 lagi...
anne video takde ke?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|