CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noor2

luahan perasaan(gembira, sedih, marah, meluat)

[Copy link]
 Author| Post time 16-9-2019 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 16-9-2019 12:16 PM
kaka

Lama tak nampak kaka. Salute la kaka dan all yang jaga badan.

Hi Foxey darling. ..
Harap sihat... kaka jaga badan sebab kesah dari badan naik 4 bulan ke 5 bulan lepas lebih kurang tarikh tu lah. ....asyik rasa cepat mengantuk dan penat....lepas tu ada banyak selulit mula tumbuh belakang peha. ..terus fikir takkan nak biarkan. ..nanti nafsu makan lagi kuat dan lemak makin tebal. ..

Jadi kaka buat keputusan untuk workout dan seterusnya jogging. ..

Dulu sebelum jogging  kalau pegang besi mesti jari terasa ada arus elektrik. ..rupanya Kill Nancy bgtau tu kesan masalah jantung. ..sekarang pegang besi tak.ada rasa elektrik dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak cakap apa perasan aku hari ni..bercampur2..

Cuma terfikir balasan tu terjadi sebab kita belum betul2 memaafkan seseorang tu atau itu memang kifarah dari Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-9-2019 04:35 PM
Hi Foxey darling. ..
Harap sihat... kaka jaga badan sebab kesah dari badan naik 4 bulan ke 5 bula ...

Oohhhh begitu rupanya. Selain senaman, kaka jaga makan juga ka? Berapa lama kaka ambil untuk dapatkan berat badan ideal?

Rupanya pegang besi rasa elektrik tu ada kena-mengena dengan jantung.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
NamaKuMawar replied at 16-9-2019 04:36 PM
Tak tau nak cakap apa perasan aku hari ni..bercampur2..

Cuma terfikir balasan tu terjadi sebab ki ...

Halluuuu kaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasaan masa ni kenyang.

Dinner kepsi sat tadi. Order food panda dapat diskaun 62% or max RM31. Pastu adik nak makan eskrem. Guna grab food dapat 50% off lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 16-9-2019 09:47 PM
Halluuuu kaka

Haluuu foxeyyy...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 16-9-2019 09:46 PM
Oohhhh begitu rupanya. Selain senaman, kaka jaga makan juga ka? Berapa lama kaka ambil untuk dapat ...

Dalam 3 bulan dah nampak perubahan....
Amalkan minum air masak. ..tiap pagi lepas jogging kaka akan ke mcd drive thru. .hehe beli kopi o tanpa gula. ..

Hari ni tak.jogging...semalam pun sebab jerebu kuat. ..workout kat rumah ja. ..

Siang kaka makan macam biasa....sampai 3 kali makan. ..tapi malam tak makan ....

Kaka elakkan makanan bersantan. ..berminyak banyak. ...banyak kan makan sayur sebagai ulam. ..tu sajalah. ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 17-9-2019 07:37 AM
Dalam 3 bulan dah nampak perubahan....
Amalkan minum air masak. ..tiap pagi lepas jogging kaka ak ...

Kiranya kena jaga juga la makanan yang kita ambil kan kak? 3 bulan tu cepat juga tapi kaka takde la gemuk pun rasanya ni.

Fox pun dah berapa lama tak p jalan kat taman sebab jerebu. Kat sini teruk sangat jerebunya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa syukur hujan turun walau sekejap. Harap2 jerebu ni berkurang la sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
cloud_jade replied at 17-9-2019 10:38 PM
nak meluahkan kesedihan. ai tengah dalam pantang husband ai pergi outstation bwk familynya sekali be ...

To be fair, cloud kan dalam pantang, dah tentu emosi tu lebih sensitif. Tapi husband pun tak patut la tinggalkan cloud, p jalan dengan family. Kot ye pun, jangan la bagi tengok gambar2 depa jalan. Dah tentulah bertambah sedih. Adakah husband dah lama plan trip ni and takleh tangguh ke camana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 17-9-2019 05:35 PM
Kiranya kena jaga juga la makanan yang kita ambil kan kak? 3 bulan tu cepat juga tapi kaka takde l ...

Ya betul...3 bulan dah ada perubahan contoh lemak dah kurang...boleh nampak lemak tu makin kurang masa menuju ke 3 bulan tu....tapi sekarang dah keding pula rasa badan ni...

Memang sebelum ni kaka x gemuk pun...cuma terasa berisi. .terutama perut...belakang badan rasa bonjol lemak. .dan peha nampak ada selulit. ...tapi sekarang semua dah hilang. ..target kaka nak 46kg lepas tu maintain. .X nak kurang lagi...sebab pakai jeans pun dah longgar pinggang ni..jeans saiz 28. ...

Kalau jerebu...Fox jgn jogging. ..hari ni kaka hantar anak ke sekolah. .tapi pelik kenapa macam tak banyak kereta ...otw balik tu pun tengok x de kereta ibu bapa hantar anak. ..balik rumah kaka terus workout. ..tengah workout pintu rumah dibuka. .terkejut tengok anak balik jalan kaki. .katanya sekolah tutup sebab jerebu. .hahaha. ..dia check hpnya rupanya cikgunya wasap hari ni sekolah tutup pukul 5am cikgu dia hantar info. .dia pun x  tgk hp subuh tadi....naya betul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat setiap satu ni dalam kiraan 100. ...setiap hari. ..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 10:25 AM | Show all posts
sampai je terus on ekon
ok, x pe...anggap la rumah dia pakai ekon 24 jam
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 18-9-2019 12:25 AM
To be fair, cloud kan dalam pantang, dah tentu emosi tu lebih sensitif. Tapi husband pun tak patut ...

trip 2 in 1. husband ada kerja kat sana.seminggu sblm tu dia ada bgtau. ai faham kerja tapi bila bawa fil dgn post gambar jalan ni ai jadi sedih pulak. ai ke yang mengada ke camne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2019 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Farid Ravi...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita Syahdu Pengalaman
Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam

Nama saya  Jesiah Ravi a/l Jacob. Nama tu menunjukkan Kristian. Memang kami asalnya Kristian. Tetapi Kristian yang tidak praktis. Ayah saya meninggal ketika saya dalam perut ibu. Saya anak yatim. Ibu membesarkan saya.

Sejak kecil saya terdedah kepada suasana dan budaya Melayu Islam. Lahir dan membesar di Kg Sg Choh. Majoriti penduduk adalah Melayu. Hanya ada dua keluarga sahaja Hindu.
Saya bertuah kerana rumah sewa kami bersebelahan dengan surau. Saya sentiasa melihat apa yang berlaku di surau. Bahkan saya dan kawan-kawan masuk dan bermain dalam surau. Saya mesra dengan suasana surau dan budaya masyarakat Islam.

Di sekolah kawan-kawan ajak saya masuk kelas Pendidikan Islam. Biasanya waktu PI saya akan keluar. Bila kawan ajak supaya jangan keluar waktu Ustazah masuk, saya pun cuba duduk. Ustazah tak marah rupanya. Bahkan Ustazah senyum kepada saya. Dia restu saya dalam kelasnya.

Makin lama makin seronok saya belajar pendidikan Islam. Saya tidak disuruh baca dan hafal. Tapi oleh kerana setiap hari berada dalam kelas Pendidikan Islam itu maka banyak benda saya hafal. Saya hafal Al Fatihah. Saya hafal ayat Kursi. Saya boleh azan dan jawab azan. Boleh takbir raya dan macam2 lagi…

Masa darjah 4 darjah 5 saya sudah hafal berbagai-bagai doa. Balik rumah saya cuba baca doa makan. Mak saya sangat marah, Kau baca apa ni. Tak boleh baca. Itu Melayu punya…
Saya tanya kenapa tak boleh. Ini hanya tanda kita terima kasih kepada Tuhan.

Akhirnya mak kata, “Ikut engkau lah. Tapi jangan baca kuat-kuat.”
Maka sejak itu setiap hari saya baca macam-macam doa. Bayangkan tiap hari mak saya dengar saya  baca doa makan, doa tidur. Barangkali itu memberi kesan juga kepada mak saya.

Antara yang saya tertarik dengan Pendidikan Islam ialah kisah nabi Ibrahim. Ayahnya buat berhala. Namrud sendiri tahu berhala itu tidak mampu bercakap. Tak boleh melihat. Tak boleh mudharat dan tak boleh bagi manfaat. Kisah Nabi Ibrahim ini begitu menyentap fitrah saya.

Saya kata, Ya Allah, sampai begitu sekali kita jahil kita tak fikir apa yang kita sembah selama ini. Akhirnya saya buat keputusan saya tidak akan sembah selain daripada Allah SWT.

Bila umur saya cukup 18 tahun, saya pergi Perkim bawa IC. Saya terus melafazkan dua kalimah syahadah pada hari berkenaan.
Setelah masuk Islam saya tinggal di rumah mak angkat saya. Saya cuba amalkan Islam setakat yang termampu. Namun saya tidak berani pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Kalau saya pergi solat jumaat, nanti keluarga saya akan tahu. Abang saya garang.

Minggu kedua, mak angkat saya suruh saya pergi menunaikan solat Jumaat. Bila saya pergi solat Jumaat, maka kecoh lah satu kampung. Sampai ke pengetahuan keluarga saya.

Lalu saya dipanggil menghadap satu majlis. Semua adik beradik berkumpul. Saya ditanya kenapa masuk Islam, saya jawab sebab saya minat dengan Islam. Sambil tanya sambil dipukulnya saya.

Saya dipukul dengan sangat teruk oleh abang saya. “Aku nak kamu tinggalkan Islam,” kata abang saya.
Saya kata, “Tak boleh bang.”
Dia kata, “Kenapa tak boleh?”
“Tak boleh bang. Saya dah pilih Islam. Mati hidup saya dengan Islam.”
“Oh Islam ajar kau kurang ajar ye!”
“Kenapa marah saya masuk Islam.”
“Kerana Islam tak betul.”
Saya tanya, “Kat mana Islam tak betul. Beritahu saya.”
“Aku tak perlu beritahu engkau mana yang tak betul.Tapi aku tahu Islam tu tak betul.”
“Beritahulah saya. Saya nak tahu. Kalau tak betul, sayapun tak nak ikut agama yang tak betul. Setahu saya semuanya betul.”
“Oh kau menjawab ye….”  Dia terus pukul saya. Saya undur sampai ke bucu hujung rumah dan di sana ada tiang yang tajam.

Dia tarik kepala saya dan tolak ke tiang. Kepala saya terkoyak. Darah laju mengalir. Saya kena 6-7 jahitan.

Setiap kali saya pergi Makkah, saya berdoa di multazam. Saya tak doa mintak pangkat, mintak jadi kaya, saya tak doa mintak saya jadi somebody….

Saya doa supaya Allah beri hidayah kepada mak saya. Itu saja pemberian Tuhan yang paling besar. Tidak ada lah nikmat yang lebih besar jika Allah beri hidayah kepada ibu kita. Betul dak?
Suatu hari saya jumpa mak saya. Saya anak bongsu. Macam mana sekalipun mak tak akan buang saya. Saya jumpa dia. Saya salam. Saya cium. Saya kata, “Mak saya nak minta
maaf.”
Mak kata, “Kenapa?”
“Saya banyak abai tanggung jawab saya terhadap mak.”
Mak kata, takpe, takpe.
Saya kata, “Tapi mak saya terkilan sangat.”
Mak kata,  “Kenapa?”
Saya kata, “Saya akan mati. Mak juga akan mati. Penghujung hayat kita  semua kita akan mati. Saya takut lepas itu mak ke tempat lain, saya ke tempat lain. Saya tak berpeluang lagi jumpa mak. Dan saya tak sanggup mak dibawa ke tempat yang saya tak suka.”

Mak saya menangis. Dia boleh faham apa maksud saya.
“Disebabkan saya Islam, mak tak Islam, nanti tempat kita tak sama mak. Kalau boleh saya nak di akhirat nanti saya dengan mak di tempat yang sama.”
Mak terus menangis. Saya kata, “Mak masuklah Islam mak.”
Mak kata, “Mak bukan tak mahu masuk Islam. Tapi kalau mak masuk Islam, nanti apa akan berlaku.”
Saya kata, “Mak jangan takut mak. Allah ada. Allah ada mak.”
“Ya mak tahu Islam agama yang baik.”
Saya ambik mak hari itu juga, “Mak jom ikut saya masuk Islam.”

Mak kata, “Jangan la hari ini.”
Saya kata, “Takpe mak. Mak Islam je lepas tu mak senyap saja. Takpe mak.”

Hari yang sama saya Islamkan mak saya.
Mak masuk Islam bulan tiga (Mac).  Tarikh saya tak ingat. Yang pasti mak masuk Islam bulan tiga, bulan lima mak meninggal. Sempat la saya bawak mak belajar. Tapi makpun dah uzur masa tu.
Bagi saya kejayaan ialah bila Allah beri hidayah kepada mak saya. Satu kejayaan besar bagi saya. Sebab bukan senang nak ajak ibu masuk Islam. Saya rasa doa saya depan multazam dimakbulkan Allah.

Abang saya pula yang pukul dan halau saya. Kesabaran saya masa dipukul itu rupanya memberi kesan.
Suatu hari saya terima panggilan, “Ravi!” Saya Tanya siapa ni, lama dah orang tak panggil aku Ravi. Dia kata, “Aku abang kau.”
“Abang?”
“Ya, ini Devadas la…”
Oh ya. Devadas. Itu memang abang saya.
“Ye bang ada apa bang.
“Ravi, aku nak engkau bawa aku ke jalan lurus.”
“Jalan lurus?”
Saya tahu dia nak masuk Islam. Tapi saya tak mahu dia cakap kiasan-kiasan macam tu. Saya nak dia berterus terang.
“Abang nak masuk Islam ni. Boleh tak kau bawak aku masuk Islam.”

“Ok bang, abang kat mana. Sekarang juga saya pergi ambik abang.” Saya masa tu kat Bangi. Dia kat Rawang. Saya bawak kereta ke sana. Sambil tu saya telefon Pejabat Agama Kuala Kubu saya kata saya nak bawa abang saya masuk Islam. Hari ni juga. Dalam perjalanan saya tanya dia, “Dulu saya masuk Islam abang pukul saya. Teruk abang pukul. Macam mana pulak hari ni abang terbuka hati nak masuk Islam.” Sembang adik beradik la. Dia jawab, “Engkau ingat tak masa aku pukul kau dulu engkau Tanya satu soalan.” Memang saya dah tak ingat, dia pukul saya saya ingat la. Tapi soalan tu saya tak ingat. “Masa aku pukul engkau, engkau tanya apa yang tak betulnya Islam ni. Aku tak dapat jawab. Sejak hari tu aku mencari-cari apa yang tak betulnya Islam ni. Lama aku cari. Tak jumpa. Tiap kali aku cari, aku tak jumpa.  Maka aku tak ada pilihan lain, melainkan aku kena masuk Islam.”

Alhamdulillah, dia masuk Islam hari Isnin.
Hari Jumaat petang (selepas 5 hari), saya dapat panggilan dari rumah tumpangan saudara baru. Pukul 5 petang. Ustaz yang jaga rumah tu beritahu, “Minta maaf Ustaz. Nak beritahu satu perkara yang mengejutkan.”
Saya kata, “Apa dia?”
Dia kata, “Abang Ustaz dah meninggal!”
Saya kata dua tiga hari lepas saya jumpa dia. Dia sihat walafiat. Dia masuk Islam. Dan hari ini dia dipanggil Allah.
Yaa Allah….

hebat cerita ni.. abg dia sempat Islam 5 hari ja.. sudah pasti dosa dia hampir tiada semasa meninggal tu.. yg kita ni dah 30 tahun.. 40 tahun.. 50 tahun islam.. ntah byk mana dosa kita taktau nak cakap dah..

sebab tu kita tak boleh rasa bila tengok non muslim semua tu ahli neraka belaka.. ntah2 pengakhiran depa lebih baik dari kita yg nama islam baka ni..

semoga cerita2 begini bg semangat kat kita utk berdakwah ajak kwn2 kita masuk islam..
nak ajak mcm2 cara ada.. cara yg paling mudah, buat baik je.. tunjuk je akhlak yg baik.. slowly depa akan nilai.. mungkin selepas 10 tahun 20 tahun atas asbab itu dia masuk islam.. secara tak sedar kita dah bantu dia masuk islam..
peringatan kpd semua terutamanya diri sendiri agar kita tak tergolong sebagai muslim yg pentingkan diri sendiri..

Semuga kita dilindungi Allah dari perasaan ujub dan riaq, dan permudahkan utk menyampaikan islam kepada hamba Allah yg lain....
#HidayahMilikALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 08:03 AM | Show all posts
kesah ustad ravi tu dah berpuluh kali aku baca
kt tv ceramah dia msti dia cerita pasal ni
ceramah al haidayah
ceramah kt rtm
ceramah kt porem perdana
ceramah kt tanyalah ustad
ceramah pendek kt fb
kisah di fb

same old same old bak kata manakkuti

nice story to inspire

thanks anyway..aku menyebok kt borak like who cares.

well..who you need to see is not what you want to see.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 24-9-2019 08:03 AM
kesah ustad ravi tu dah berpuluh kali aku baca
kt tv ceramah dia msti dia cerita pasal ni
ceramah  ...

Masuk lah rose. ...tak pa. ..
Anyway...aku baru terima kisah ni. ...memang bagi inspirasi sebab ni kisah benar dia. ...rupanya lama dah orang tahu....aku je baru tahu hehe...tapi seronok untuk di share. ..

Tapi sebelum.aku share aku klik gugel tentang dia...memang kisah benar ...ada 1 lagi kisah dia kena sindir masa nak mula bagi ceramah pada masyarakat sebab orang pandang dia mualaf.....konon ilmu dia rendah ...
Apolah masyarakat kita ni...pandang mualaf macam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cabaran sebagai pendakwah

Tidak dinafikan pada awal penglibatan dalam kerja dakwah, Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah, menghadapi cabaran getir berhadapan dengan masyarakat yang tidak mempercayainya kerana penguasaan ilmu agamanya masih kurang dan ketika itu pula beliau sedang belajar di Perkim.

Katanya, walaupun ketika itu baru menginjak usia empat tahun memeluk Islam, namun penguasaannya masih baharu dan beliau terasa begitu kerdil untuk berkongsi ilmunya yang terhad.

Namun demikian, masyarakat boleh menerima dirinya seadanya sebagai seorang pendakwah mualaf. Kekurangan tersebut tidak dilihat sebagai satu kelemahan malah diberi sokongan moral dengan kata-kata motivasi.

“Ada yang memuji walaupun saya baru memeluk agama Islam tetapi saya dapat menguasai bacaan al-Quran dan hadis dengan baik, mampu bercakap di pentas dakwah, dan berani berbicara tentang Islam di hadapan muslim asal.

“Ada juga segelintir yang jumlahnya saya katakan terlalu kecil yang menyindir dan memandang sinis sehingga kata-kata mereka mengguris perasaan saya.

“Pernah juga saya dengar ada yang berkata, ‘kami lebih tahu kerana kami Islam asal, awak yang perlu banyak belajar kerana awak mualaf’ dan ada juga yang bertanya ‘kenapa awak masuk Islam’ berbanding soalan apa yang mendorong saya memeluk Islam.

“Ungkapan tersebut seolah-olah menunjukkan mereka tidak bersetuju saya memeluk Islam. Pernah ketika saya menyampaikan ceramah di sebuah masjid, saya berkata ‘tepuk dada tanya iman’ tetapi ada seorang hamba Allah yang menjawab, ‘iman kami sudah mantap’.

“Bahasa-bahasa yang ditujukan kepada saya membuatkan saya sedikit tersentak dan mungkin mereka beranggapan saya tidak layak untuk memberikan ceramah tetapi saya tidak mudah melatah.

“Saya menganggap itulah cabaran yang perlu saya hadapi dan bersabar dalam apa jua sekalipun demi dakwah yang ingin saya sampaikan kepada orang ramai,” katanya.

Selepas sahaja tamat pengajian di Jordan, beliau lebih yakin untuk meneruskan kerja dakwahnya kerana percaya apa yang dipelajari boleh dikongsi kepada masyarakat.

Beliau sendiri pernah bertalaqi bersama muktabar dan ulama-ulama dari Syria, Iraq dan Jordan, dan kini tugasnya pula untuk disampaikan kepada generasi-generasi muda yang lain.

Diberi kepercayaan untuk mengendalikan soal jawab agama di Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjudul Kapsul terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), program televisyen pertama itu menjadi batu loncatan untuk terus bergerak aktif sebagai pendakwah bebas.

Katanya, dia tidak berharap untuk muncul di kaca televisyen tetapi peluang yang datang tidak dapat ditolaknya kerana memikirkan media adalah medium yang paling baik untuk menyampaikan dakwah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.117531 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list