DEMI keselesaan hidup, pelakon dan model Zahnita Wilson akhirnya membeli sebuah kereta berjenama Renault Captur berwarna biru bagi membantu memudahkan pergerakkan harian.
Menurut Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, kini dia tidak perlu lagu menggunakan kereta sewa seperti yang dilakukan sebelum ini.
"Lepas ini tak perlu dah lenjan pakai kereta sewa. Terima kasih kepada Elle dan Ida (jurujual).
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang rata-rata berharap Zahnita terus mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Mereka juga turut gembira melihat kemajuan yang dikecapi Zahnita sejak pelbagai isu melibatkan dirinya.
"Terbang tinggi Zahnita! Awak sangat bertuah rezeki sentiasa memihak kepada awak.
"Terus move on, awak pun nampak makin cantik berbanding sebelum ini," antara komen netizen. - mStar
|