CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 17

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Bersama, Fara Fauzana Kembali Diulit Cinta? – ‘Saya Hargai Kehadiran Awak Dalam Hidup’

[Copy link]
Post time 23-5-2025 09:50 AM | Show all posts |Read mode



Hantaran seorang individu meraih perhatian selepas dilihat menyambut ulang tahun kelahiran bersama pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Izad meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Fara pada hari lahirnya.



Ujarnya, penyampai radio yang berusia 45 tahun itu menyambut ulang tahun kelahirannya sebanyak dua kali tahun ini.

Alhamdulillah, hari lahir tahun ini dikenang dan disambut bersama beberapa sahabat dan keluarga tersayang.

Tapi yang ini berhak dapat perhatian istimewa. Fara meraikan hari lahir saya dua kali tahun ini, atas sebab yang hanya kami berdua tahu.

Saya amat bersyukur Fara. Sama seperti saya menghargai kehadiran awak dalam hidup saya.

Perkongsian itu meraih perhatian kerana dianggap individu tersebut sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi ‘lampu hijau’ untuk meneruskan hubungan yang lebih serius. Selain itu, warganet menitipkan doa agar dipermudahkan urusan membina masjid.





Sumber: TikTok @IzadRaya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa Fara nak kawen. Maybe jantan tu ja beriya. Macam kes dia putus tunang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 10:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 45 ya fafau ni. Lagi 5 tahun dah cukup 50. Cepatnya masa berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Fara, dok single je laa.. ko ada duit, kerja, rumah semua complete.. jantan je xde.. x penting pun.. kalu ko salah pilih, habis semua benda yg ko ada..  kalau nk nikoh jugak, suruh laki sediakan rumah kelamin lain.. itu kalu aku laaa jd engko.. enjoy kot boleh pegi sana sini xde org kongkong..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu punya kes yg putus tu bukan ke dah hantar kad jemputan kawin? Umur 40+ tak yah fikir kawin la. Baik idup single happy kan diri sendiri. Nnti kawin dapat lelaki yg entah apa2 lagi tambah masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2025 12:53 PM | Show all posts
immortallez replied at 23-5-2025 12:12 PM
Dulu punya kes yg putus tu bukan ke dah hantar kad jemputan kawin? Umur 40+ tak yah fikir kawin la.  ...

okay apa.. carik kawan teman g masjid, teman g checkup spital hihihi
tapi kena cari yang berjenis la, yg stable and so on..
jangan main tangkap muat je,
kang bahagia takde, derita je ada..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:36 PM | Show all posts
dah makintua nampak laaa muka tu  ada air wajah kewanitaan sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau akak jd fara
Akak single aje

Tak byk dosa dgn suami
Tak pening dgn kerenah suami

Setakat kawan teman waktu tua teman p masjid... tak perlu pun.. kalau ada laki pun belum tentu dapat buat semua tu

Single itu tenang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Melepas le KJ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika berjodoh, Alhamdulillah.
Cuma di usia yang sebegini dan Fafau pun dah stabil, pilihlah pasangan yang sekufu dan mampu nak cope dengan lifestyle Fafau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hihi izad Raya ni bff die je la..try hard nau die ni nak Kan fafau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ritu mcm ada lalu fyp konon fafau yg bertunang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang nampak farah ni nak sgt ada pasangan...
Kalau on air meminta2 nak pasangan walaupun berlawak..
Tak kenan pulak dengarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kata muka sama tu nak membodek agak2 la
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kes ek dia tak jadi kahwin tu
Acik porem pun tak dpt hidu hal sebenar
Spekuan laki org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 25-5-2025 02:25 AM
Apa kes ek dia tak jadi kahwin tu
Acik porem pun tak dpt hidu hal sebenar
Spekuan laki org

Hello! Bukan laki orang. Jejaka tu single - kawan iols. Kaya okay mamat tu, old money harta bersepah di London. Kad kahwin semua dah edar, sekali minah ni buat PC tak jadi kahwin without discuss apa pun with that guy. Frust gila mamat tu. Tapi tak payah la minah ni kawin sebab she will never be ready to kawin pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 24-5-2025 10:47 PM
Hello! Bukan laki orang. Jejaka tu single - kawan iols. Kaya okay mamat tu, old money harta bersep ...

Ada juga baca spekuan kata sama spesis mcm zara zya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060927 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list