DALAM diam pelakon Qi Razali selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Wardah, 29.
Berita gembira itu dikongsi oleh personaliti TV Fedtri Yahya di laman X miliknya pada pagi Ahad.
Fedtri turut bertindak sebagai pengacara majlis pernikahan pasangan berkenaan.
"Mengacarakan majlis pernikahan Babah," tulisnya ringkas.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsi, Qi atau Qushairi Mohammed Razali Wong, 48, dan pasangannya sedondon memakai busana pernikahan berwana putih.
Dipercayai majlis tersebut berlangsung di sebuah lokasi di Gopeng, Perak.
Namun majlis itu diadakan di lokasi terbuka berkonsepkan dalam taman yang dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai pasangan mempelai.
Dalam satu temu bual sebelum ini, pelakon filem Babah itu secara terbuka memberitahu dia sudah bergelar tunangan orang.
Qi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bakal isteri yang berjaya menambat hatinya.
Untuk rekod, Qi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti seperti Yuna dan Nelydia Senrose termasuk seorang model iaitu Nia Atasha namun berakhir dengan perpisahan. - mStar
|