CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37|Reply: 0

[Sabah] Isu lampu jalan akan diselesaikan secara berperingkat

[Copy link]
Post time 20-5-2025 06:05 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Masalah lampu jalan yang terjadi di daerah ini akan di selesaikan secara berperingkat.

Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Chong Thien Ming berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk mengenai perkara itu khususnya di kawasan perumahan.

"Berikutan itu, saya telah memaklumkan aduan-aduan itu kepada MPS agar dapat menyelesaikan masalah itu segera.

"Selepas itu, saya menerima makluman bahawa isu berkenaan akan diselesaikan secara berperingkat, dari satu kawasan perumahan ke kawasan perumahan yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Selain itu katanya, jentera digunakan seperti 'skylift' turut mengalami masalah sekali gus boleh menyebabkan kelewatan kerja-kerja penyelenggaraan.

Bagaimanapun katanya, MPS mengambil inisiatif menyewa jentera berkenaan untuk meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Disebabkan cuaca yang tidak menentu, MPS hanya mampu melakukan kerja penyelenggaraan dalam tempoh setengah hari sahaja demi keselamatan pekerja.

"Saya merayu kepada orang awam agar bersabar dan beri masa kepada kerja-kerja penyelenggaraan itu, saya juga dari semasa ke semasa akan turun padang meninjau kerja-kerja berkenaan," katanya.

Pada ketika ini katanya, usaha penyelenggaraan sedang dilakukan di Taman Pertama di sini.

"Saya berterima kasih kepada MPS yang segera bertindak untuk menyelesaikan aduan rakyat," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.102855 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list