CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 18

[Tempatan] CCTV bongkar rahsia ‘atok’ belasah, lempar kucing jiran

[Copy link]
Post time 14-5-2025 09:26 PM | Show all posts |Read mode


SEGAMAT – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menjadi bukti membongkar perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang warga emas mendera seekor kucing milik jirannya di Taman Yayasan, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sebelum kejadian, pemilik kucing berkenaan iaitu seorang wanita tempatan menyedari kucing jenis Turkish miliknya hilang.


“Wanita berkenaan membuat laporan polis dan pihaknya mengesan satu rakaman video serta gambar kejadian itu yang tular dalam media sosial memaparkan seekor kucing dalam keadaan cedera.


“Semasa kejadian itu, ketika mencari kucingnya wanita tersebut ternampak jirannya iaitu lelaki tempatan sedang menjolok sesuatu dalam longkang. Wanita itu kemudian mendapati kucingnya di dalam longkang berlumuran darah dipercayai dipukul suspek,”katanya ketika dihubungi hari ini.


Tambah Ahmad Zamry, menerusi pemeriksaan rakaman CCTV di kawasan kejiranan memaparkan perbuatan suspek memukul dan melempar kucing berkenaan ke kawasan rumah tidak berpenghuni.


Ujar beliau, tangkapan suspek yang berusia 70-an berkenaan dilakukan pada pukul 12.20 tengah malam tadi dan hasil soal siasat suspek mengakui memukul kucing berkenaan kerana merasa terganggu.- KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
So atok cina tu kena tahan dengan polis la eh.
Kut ye pun tk suka kucing, jgnla sampai pukul
dan sumbat dlm longkang.

Kejam
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sbb meol tak mudah kesian orang tua. Kalau boleh pukul, pukul ja orang2 tua syaitan sebegini. Percaya la masa muda yakni dari budak ke remaja ke belia, orang camni lagik dahsyat pukul, buli orang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Agama tadak larang belasah orang tua jahat. Agama soh respect elders jah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape kalau orang pukul kuching kita marah tapi kalau orang pijak semut kita buat derk je
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing berak dan kencing kasut ka cakar kerusi mahal ka
Sbb itu ada org suka duduk apartment xde kucing lipan cicak ayam tikus lalat nyamuk ular taw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2025 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah kejiranan tkde lah pulak kes dera kucing ni. tp kita mmg hati² nk lps kn kucing mesti tunggu kat luar lps tu kurung semula dlm rumah kucing.
nasib ler skrg musim panas je.. kucing pun berkurung je dlm rumah kucing.
risau ler org terlanggar ke apa.. pi korek pasu bunga org ke..
tk boleh nk marah jiran ler.. kalo kucing kita kena katok.
penting utk sunatkn kucing jantan sebelum dia pandai memancut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku salahkan orang yang mula2 kasi idea bela kucing yang takde faedah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bela kucing tu ok tp yg salah kau biarkan kucing kau merayap ke rumah kejiranan berak muntah kencing kat rumah org.  Dapat org yg baran mcm pakcik ni naya kucing.  Tak bokeh nak salahkan kucing atau pakcik yg dah lama geram rumah dia jadi jamban yg salah tuan punya kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org gila yg benci kucing x de maknanya kucing tu berak muntah kat rumah org...dapat dosa je buat fitnah tp korang membenarkan pembunuhan dan penderaan kucing ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kuzaime at 15-5-2025 07:48 AM

Aku ada jiran yg suka kutip segala kucing yg dia jumpa bawak balik ke rumah, masalahnya mana2 kucing yg sihat yg cantik reti pulak dia letak dalam sangkar, yg x berapa comel kat mata dia , dia main lepaskan aje macamtu.

Dah kucing tu merayau rumah jiran2 lain kencing berak merata. Makan pun entah dia bagi ke x sebab kadang kesian nampak aku bagilah makan, laju aje kucing2 tu makan.

Tak masuk lagi bab habis seat motor sampai koyak kucing dia cakar, kereta calar balar kena cakar. Cakap ngan 'tuan' dia pun serupa macam x cakap. Last2 ambik kucing yg konon kucing dia tu lepaskan ke tempat lain ajelah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 08:46 AM | Show all posts
Kt taman aku ada 1 lorong ni ada org tembak kucing guna ball bearing. Nampak kucing nk masuk rumah je dia tembak. Aku halau stray cat guna pop pop tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
acikonion replied at 15-5-2025 08:46 AM
Kt taman aku ada 1 lorong ni ada org tembak kucing guna ball bearing. Nampak kucing nk masuk rumah j ...

Ball bearing ni sakit and will lodge kat dlm badan dia.  Mcmana dia leh ada bb gun ni kan illegal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la kelakuan nakal kucing ni smpai marah benor pakcik tu..ko berak dalam kasut dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:38 AM | Show all posts
akies replied at 14-5-2025 09:57 PM
So atok cina tu kena tahan dengan polis la eh.
Kut ye pun tk suka kucing, jgnla sampai pukul
dan sum ...

org kalau dah x suka mmg dia xkan ada perikemanusiaan, dgn manusia pun org boleh buat kejam xpatah lg pada haiwan.'
sbb tu sebagai owner haiwan kena la jaga bebetul jgn biar lepas luar rumah sbb x selamat, kalau perumahan kampung ok lagi la kalau taman jgn cuba buat mcm kat kampung
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:40 AM | Show all posts
kuzaime replied at 15-5-2025 07:47 AM
Aku ada jiran yg suka kutip segala kucing yg dia jumpa bawak balik ke rumah, masalahnya mana2 kucing ...

kalau kat tempat aku hantar kat majlis je,cukup haul mmg majlis kasi pts,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 09:47 AM | Show all posts
paham kalau kucing yg dibela tu lepas bebas buat hal..berak kencing....tapi ikut citer tuan dia kucing ni in door..cuma terlepas sebab tingkap terbukak dia ingat dia dah masuk dalam sangkar...dia macam terpikir sebelum gi kije nak jenguk sangkar macm tu lah..terus dia cari..kucing jenis mahal terjaga tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:52 AM | Show all posts
Tapi nampak sangat pakcik suspect tue tak suka betul dengan kucing. Besar gedabak betul botol minyak size 5kg, diisi dengan air sirap/merah kat depan pagar rumah pakcik tue.

katanya tips kucing tak datang. Entah la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:57 AM | Show all posts

Dkt sini lagi dasyat ada Serial Cat Killer lagi! Polis tangkap tapi lepas itu bebas. So korang pergi lah protes dpn rumah orang tua ni. :-)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060106 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list