CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 6

[Dunia] Afghanistan haram permainan catur

[Copy link]
Post time 12-5-2025 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 12-5-2025 03:36 PM


KABUL – Kerajaan Taliban di Afghanistan mengharamkan permainan catur sehingga tarikh diberitahu kelak ekoran kebimbangan permainan itu dijadikan sumber perjudian, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Seorang pegawai berkata, permainan catur dilarang sehingga keserasiannya dengan undang-undang Islam dapat ditentukan.

Jurucakap Pengarah Sukan Taliban, Atal Mashwani berkata, catur dalam undang-undang syariah Islam dianggap sebagai cara perjudian.

“Terdapat pertimbangan agama mengenai sukan catur. Sehingga pertimbangan ini ditangani, sukan catur digantung di Afghanistan,” katanya kepada agensi berita AFP.

Seorang pemilik kafe di Kabul yang menganjurkan pertandingan catur tidak rasmi sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkata, dia menghormati keputusan itu tetapi ia akan menjejaskan perniagaannya.

“Golongan muda tidak mempunyai banyak aktiviti hari ini, justeru ramai datang ke sini setiap hari,” kata Azizullah Gulzada.

“Mereka akan menikmati secawan teh dan mencabar rakan-rakan untuk bermain catur,” tambahnya.

Catur adalah sukan terbaharu yang diharamkan oleh Taliban.

Tahun lalu, pihak berkuasa mengharamkan pertarungan bebas seperti seni mempertahankan diri campuran (MMA) dalam pertandingan profesional, dengan mengatakan bahawa ia terlalu ganas dan bermasalah berkenaan dengan syariah. – AGENSI


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Boko Haram....semua bahan bacaan adalah haram kecuali Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 12-5-2025 08:40 AM

Bila dah terlalu gila ekstrem beragama.

Tapi duluuuu, lama dulu, memang ada terbaca pasal sorang mufti negara Ereb ni haramkan catur atas alasan melalaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Patung Buddha gergasi kat Bamyan tu dulu pun kemain Taliban kasik rosak.

Ujung2 now jadikan tempat tu kawasan pelancongan, kutip revenue. Nak tanya siked hapo hukum negara guna duit hasil dari idol tourism? Har.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-5-2025 04:38 PM
Patung Buddha gergasi kat Bamyan tu dulu pun kemain Taliban kasik rosak.

Ujung2 now jadikan tempat  ...

Cer sisthur try email board tourism Afganistan tu...tgk ape yg diaorg reply..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin tamai penyanyi yang kalau dah sendu mula la jadi ustaz

Terkini si afghan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2025 09:31 PM | Show all posts
main game di handphone ada kena haramkah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.530654 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list