View: 912|Reply: 8
|
[Dunia]
Bodoh! Nyawa melayang kerana ‘prank’ tekan loceng
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Seorang pemilik rumah menembak dan membunuh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun semasa dia dan rakan-rakannya merakam aksi gurauan untuk kandungan di laman sosial, lapor saluran berita NBC News kelmarin.
Kejadian berlaku di Spotsylvania, negeri Virginia, baru-baru ini.
Kumpulan remaja terbabit berkata, mereka sedang merakam gurauan menekan loceng pintu dan melarikan diri apabila pemilik rumah membuka pintu dan melepaskan tembakan.
Pemilik kediaman, Tyler Chase Butler ditahan atas tuduhan membunuh tanpa niat dan menggunakan senjata api.
Menurut pihak berkuasa, mangsa yang dikenali sebagai Michael Bosworth Jr., meninggal dunia di hospita, manakala rakannya turut terkena tembakan dan masih dirawat di hospital. Remaja ketiga dalam kumpulan mereka tidak terkena tembakan.
Butler, 27, memberitahu polis bahawa dia percaya remaja itu cuba menceroboh rumahnya, demikian menurut saluran berita NBC 4 Washington. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amek kau .
Buat prank2..ingat orang suka ke |
|
|
|
|
|
|
|
Geng PAK LAWAK kena take note.
Meluat tak sudah sudah melawak.
Lepas lawak lawak jadi DJ radio..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasal je tuan rumah kena dakwa.. sorang bodoh punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka perangai bodoh... undang2 kt amerika kawasan rumah ko tu hakmilik ko kan..
so dorang ada hak untuk pertahankan daripada penceroboh, kalau dorang tembak/tetak penceroboh tak salah..
sebab tu ramai orang simpan pistol/senapang kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 9-5-2025 03:10 PM
padan muka perangai bodoh... undang2 kt amerika kawasan rumah ko tu hakmilik ko kan..
so dorang ada ...
kalo kt Msia....apa pendapat saudara/i/tuan/puan??? |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia...asal ko bunuh org walaupun konsep dia ko nak mempertahankan diri...
kamooo salah kan..??
|
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr replied at 9-5-2025 05:06 PM
kat malaysia...asal ko bunuh org walaupun konsep dia ko nak mempertahankan diri...
kamooo salah ka ...
Selalu sgt jd camtu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|