View: 359|Reply: 9
|
[Tempatan]
Wanita maut di Kesas terjun keluar van selepas bertengkar dengan suami
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang ditemui maut di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, di sini, kelmarin dipercayai terjun keluar daripada kenderaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menghadapi pertengkaran dengan suaminya.
“(Mangsa) ini tidak berlesen dan terlibat dalam kemalangan. Semasa pertengkaran, si isteri beritahu nak terjun sebelum berbuat demikian dan suami meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Rusdi berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, Selangor, pada hari kejadian.
Katanya, suspek direman empat hari sehingga 10 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang wanita maut selepas dicampak dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.58 petang.
Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun disahkan maut di lokasi oleh petugas hospital. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Laaa dok dekat area situ je..
Boleh balik rumah buat tak tau ek..
Hati kering betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tekad betul isteri terjun keluar drpd kereta.. tekad jugak suami nya buat bodo terus balik rmh  |
|
|
|
|
|
|
|
Tak larat dah kot idup dgn kaki stone |
|
|
|
|
|
|
|
So bkn dicampak la kan..mmg terjun? |
|
|
|
|
|
|
|
Nekadnya terjun... Gaduh sampai mcm mana sekali tu |
|
|
|
|
|
|
|
Memang da tekad sesangat. Kalau masih waras mesti dia pikir nak terjun kat traffic light ke, time keta slow ke. Ni time keta laju dia berani terjun, dia sendiri tau chances hidup 10%. Kalo ada anak mohon bertabah la. |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia +ve dadah uols.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|