View: 419|Reply: 17
|
[Tempatan]
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah terkejut 10,600 hektar tanah diceroboh di Raub sahaja
[Copy link]
|
|
RAUB – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut dan dukacita terhadap pencerobohan tanah seluas 10,600 hektar yang berlaku di daerah Raub akibat aktiviti penanaman durian secara haram.
Baginda bertitah, jumlah tersebut disifatkan sebagai angka yang sangat besar sekali gus menunjukkan isu pencerobohan tanah secara haram yang semakin berleluasa di negeri itu tidak boleh dipandang ringan.
“Setelah mendengar taklimat daripada penguat kuasa negeri, saya begitu terkejutlah dengan angka yang dikeluarkan tadi, 26,000 ekar (10,600 hektar) di daerah Raub sahaja dan ini adalah satu angka yang sangat besar.
“Namun tindakan seterusnya perlu dibuat dan saya harap semua pihak harus bekerjasama kerana kita tidak boleh membiarkan amalan aktiviti haram ini diteruskan,” titah baginda selepas berkenan berangkat bercemar duli meninjau kawasan penerokaan durian musang king di Hutan Simpan Sungai Klau di sini hari ini. Turut sama berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sultan Abdullah bertitah, isu pencerobohan tanah haram ini perlu dinoktahkan dan diselesaikan secara baik mengikut lunas undang-undang.
Ujar baginda, mana-mana pihak yang hendak memiliki tanah perlu membuat permohonan secara rasmi melalui proses-proses yang ditentukan oleh pihak kerajaan.
“Kalau (pencerobohan tanah) ini dibiarkan seolah-olah kita tidak ada pihak penguat kuasa, tidak ada pejabat hutan, tidak ada pejabat tanah, tidak ada pejabat MB (Menteri Besar) dan sebagainya.
“Kita boleh berusaha untuk menoktahkan perkara ini secara berperingkat-peringkat. Tak boleh buat secara mengejut dan sekali gus (kerana) itu mungkin susah sikit,” titah Sultan Pahang. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pekebun durian Raub penah claimed dorang dah tanam sejak 480 purnama yang lalu.
Itu dorang kata laa... tapi lazimnya 10 cakap 11 takleh caya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenyang makan durian patut terima kasih ja lah. Kuat drama betul la orang2 Pahang ni. Hutan simpan konon.
|
|
|
|
|
|
|
|
pas pk tilam empuk dan selesa, meolls engan ulas lanjutt... |
|
|
|
|
|
|
|


kannnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya pung terkejut juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 8-5-2025 11:29 PM
Terkejut konon padahal jika lalu situ hari2 nampak pokok durian
nasib baik zaman tun razak dulu2 sauk tanah luas buat felcra felda ladang pertanian yg tersusun menjana economy melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-5-2025 03:13 AM
asik terkejut dan terkejut:
|
|
|
|
|
|
|
|
Meluat!
sama mcm kes boksit... pura pura terkejut bila air laut pun merah, jalan jalan merah budak pun ada mati dlm lombong tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya yg terkejut2 ni sama ada cacat penglihatan/pendengaran
Xlayak jadi leader klu gini |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun terkejut yg sultan terkejut dengan berita yg mengejutkan ini..
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas dah terkantoi khenzz kalau tak kantoi, sapa pun tak terkezut gichew  |
|
|
|
|
|
|
|
Nak terkejut le jugak...
 |
|
|
|
|
|
|
|
10,600 hektar baru nak terkejut? Bukan sikit-sikit tanah tu...ermm.. Kalau tak nampak lagi, memang pelik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|